Tuesday, 15 November 2011

PEACH Custard Pie



Mmm.. Dah kemaghuk buat Pie laa pulak.. hehee.. Bila Pie Strawberry yg buat aritu dah abis, 'Clean n Clear'.. Tekak ni terasa rasa lak cam nak lagi.. Takleh tahannnn.. :P

Intai intai dalam fridge, nampak ada pulak stock buah peach dan buah kiwi, ermmm... chantek gak tu kan.. bahan yang lain cam tepung gandum, tepung jagung, susu ideal, gula icing n butter memang dah sedia ada.. Apa lagi?? Ku mulakanlah operasinya.. ;-)





Langkah mengePIE kumulakan dgn menggaul 1 1/4 cawan tepung gandum, 1/2 buku unsalted butter (120 gms) bersama 1/4 cawan gula icing dan 1/4 sudu kecil garam. Butter tu yang sejuk dari peti terus yer. 

Setelah semuanya mesra alam, saya masukkan ke dalam acuan pie yg removable tu dan ratakan mengikut bentuk acuan tu. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 15-20 min. Apabila dikeluarkan dari peti sejuk. cucuk cucukkan sedikit permukaan pie tu dgn garpu dan bakar selama 25-30 min pada suhu 170 deg Celcius. Tapi ni bergantung jugak pada oven memasing yer.. Kena checkidauudd selalu. Agak2 dah bertukar ke warna kuning keemasan tu kira masaklaa dah tu. Lagi satu, kalau masa masak tu nampak pie tu cam naik kat tengah dia tu tekan tekan sikit dengan senduk kayu. Kalau ada bahan pemberat yang bersesuaian juga kita boleh letak di tengahnya ketika memasak. Tapi lecehlah camtu.. bila nampak naik tu, tekan jer perlahan ngan senduk lagi senang citer.

Seterusnya, saya sediakan pulak CUSTARDnya. Mula mula pukul dulu 2 biji merah telor bersama 1 sudu besar gula hingga agak kembang, kemudian masukkan 3 sudu besar tepung jagung. Masak pula 1 cawan susu (saya guna susu ideal) dgn 1 sudu besar gula. Kalau suka manis, bolehlaa tambah lagi 1 sudu besar gula, saya tak suka memanis sangat. Suka yang sedang sedang ajer. Bila susu dah hampir mendidih, masukkan bahan telur kuning tadi dan kacau cepat cepat dgn api perlahan. Bila dah agak pekat, masukkan 1 sudu besar butter dan kacau rata. Matikan api dan tuang ke atas permukaan Pie tadi dan ratakan. Sejukkan sebentar custard tu dan susunkan buah peach di atasnya atau dengan apa saja buah yang menjadi pilihan hati dan tekak.. heheh..

Akhir sekali, buat GLAZE dia pulak. Ambil air buah peach yang ada dalam tin tu dalam 1/2 cawan, bancuh dengan 1/2 sudu kecil tepung jagung dan 1 sudu besar Gula. Gula ni boleh adjust ikut citarasa kita yer. Kalau rasa air peach tu dah cukup manis, kalau taknak buh gula pon boley. Rasalah dulu yer.. Pastu masak dan kacau kacau hingga agak pekat sedikit. Selepas tu bolehlaa disapukan ke atas permukaan Pie yang telah kita susun dengan buah buah itu. Kalau nak tuang pon boleh, tapi nanti tak jambu arr pie kita kan.. Saya suka sapu sapu jer untuk mengilatkan dia jer. Kalau taknak buh pon boleh jugak atau lagi satu cara mudah, guna jem apricot yang dibancuh dengan sedikit air panas dan sapu jer kat atas buah buah tu. Bila dah agak tak panas lagi, bolehlaa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Yayyy.. jadilaa dahh.. Sedap dihidangkan ketika sejuk atau Omputih cakap 'Serve Chilled'  :P

Masyaallah.. sedapnyaaa... sebenarnya saya memang suka makan Custard Pie ni dari dulu.. Sanggup tu gi Delifrance kalau teragak nak makan.. tapi sekarang, saya dah makin expert membuat pie ni.. takyah laa susah susah nak gi Delifrance lagi kann.. ahakkss.. ;D



4 comments:

rahel said...

Salam tuan rumah..ada org kat umah tak? hehe..
sodap sangat nampak pie tu..

Norshila Abd Rahman said...

Wsalam Rahel.. ada ni.. hehee..

Suhaidasy Muhamad said...

assalamualaikum...wah..sedapnya pie tu...mohon nak amik resepinya...terliur sungguh tgk pie yg amat menggiurkan ni..hehehe

Shiela said...

Wsalam.. boleh Suhaidasy.. amik lah.. :)