Wednesday 11 July 2012

Nasi MANDY Ayam Lagi..


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Arini saya masak Nasi Mandy Ayam lagi.. Asyik nengok kengkawan dok mengepos Nasi Mandy hasil yang dorang cuba dari resepi saya tu terlioq laa pulak. Lama gak dah tak masak nasi ni. Bukan apa, dulu punya tak benti doq keja masak ni jer sampai naik jemu. Tapi kann.. yang paling strong reason nak masak menu ni sebab excited sangat nak menggayakan pinggan antik ni yang my hubby baru belikan kat Melaka aritu. Thank you my darlink, suka sangat.. Kami berdua ni  memang antique lover. So, kalau ada permintaan untuk barang barang antik tu taklah susah sangat nak dapat sebab kami berkongsi minat yang sama.




Recipe NASI AYAM MANDY ni dah ada kat SINI yer.. Jemputlah skodeng kalau nak mencuba. Oleh kerana dah lama tak masak menu ni, arini memang terlebih sudahh laa saya makan.. sangat sangat berselera laa pulakk.. duhhh..  Memang kembang setaman lagi laa jawabnya. Dahlaa doq sedia kembang ni.. huhuu..




Bila dah buat Nasi Mandy ni teringatlaa pulak nak buat Puding Caramel lagi. Farrah suka sangat tuu.. Dulu masa saya tak pandai lagi masak Nasi Mandy ni, setiap kali bila pegi makan kat Restoran Nasi Arab SABA di Cyberjaya tu anak saya Farrah mesti request Puding Caramel dia. Makanya, saya buatkanlah untuk anak bertuah tu. Bukannya susah sangat pun kann.. Recipe PUDING CARAMEL tu pulak boleh nengok kat SINI yer..




Lagi satu yang sangat saya suka dan telah lama saya idamkan ni lah dia Tiffin Antik bertangkai tembaga. Lama betul saya doq menjeling menjeling kat dapo Cik Mat Gebu. Dalam hati punyalaa teringin untuk memilikinya. Tapi taklah mengharap sangat sebab faham jerlah barang dah lama ni bukan senang nak dapat lagi. Sungguh tak disangka ketika saya berjalan jalan di Dataran Pahlawan Mall, Melaka boleh saya terpandangkan tiffin ni. Buntang mataku memandangnya.. umpama pucuk dicita ulam mendatang.. hrmm harganya boleh tahanlah jugak. Lama jugaklah ku gosok gosok, pegang letak, pegang letak.. memikirkan duit yang nak keluarlah. Tapi hati kecil ni berkata, jika tak grab tak taulah bila akan jumpa lagi. Lama agaknya my hubby sian nengok kan muka seposenku tu, dia pun belikanlah.. Yahooooo!!!.. Dapat jugak akhirnya.. Alhamdulillahhh.. again.. Thank you so much my dear.. Hanya Allah Maha Mengetahui, How Deep is my Love~~ ;D




11 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Shiela

sungguh menyelerakan nasi mandy tu...dh terasa mcm kat tekak gitu...aduhhh!!!

Unknown said...

Selamat hari rabu Sheila..
waduh2 semuanya sedap belaka dari nasi mandy,lepas tu akak bekenan kat capsicum yg diletak segala benda kat sana tu I likeee, pastu karamel nya menggoda tekak lah,dan yang paling best tiffin tu dah ada kembarnya kan dengan cikmat gebu kita tu..akak pun kalau terjumpa nak beli jugak hahaa

Shiela said...

Wsalam Nuridah.. Jom jom buat.. :)

Shiela said...

Selamat hari Rabu jugak Kak Noor.. Terima kasih sudi jenguk dapo saya ni.. hrmm.. kalau jumpa mesti beli taww.. :)

Mat Gebu said...

Assalammualaikum...
Seriussss saya berkenan juga sebab ada gambar ikan, cukup rare dan ada "ong" kata org cina (dgr boleh caya jangan).......jeles tiba2...

Shiela said...

Wsalam Mat Gebu.. betul betul kita dengar jerlah.. tp tiffin Mat pun cantek.. saya suka sangat..

Unknown said...

Assalamualaikum, Boleh tanya beras yang Noor guna tu brand apa ya?

Shiela said...

Wsalam Rosmawati.. Saya guna beras PUSA jenama Jasmine.. :-)

Azie said...

Cantik cantik cantik. Cantik gambar

Unknown said...

thanks nanti boleh la cuba

Shiela said...

thank Azie.. :)