Tuesday, 22 May 2012

BUBUR LAMBUK.. Resepi BondaKu


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat Semua.. Alhamdulillah.. dah masuk ke bulan Rejab dah kita.. Hari ni 1 Rejab, dan ramai juga yang berpuasa sunat kann.. Saya dan anak saya juga berpuasa harini. Mudah mudahan puasa kita diterima Allah SWT dengan sebaik baiknya. Insyaallah..




Bila berpuasa antara menu kegemaran kami adalah BUBUR LAMBUK. Suka sangat.. Dia cam tak kenyang sangat, just nice tuk perut bila berbuka tu. Makanya di N3 yang ini saya ingin berkongsi resepi Bubur Lambuk yang saya selalu buat. Resepi ni memang saya follow dari Bonda tersayang saya. Memang Bubur Lambuk yang macamni jerlah yang sentiasa menjadi kegemaran kami sekeluarga dari dulu. Cuma kali ni saya gunakan Rempah Soto Tok Mak. Lagilaa mantop dan harum bubur saya ni. Tapi kalau pada kengkawan yang takder Rempah Soto Tok Mak boleh juga gantikan dengan rempah sup. 




~~ BAHAN BAHAN ~~

2 cup (rice cooker) Beras ~~ Saya guna Basmathi

500 gm Daging atau Tulang Lembu
Sedikit Daun Sup dan Daun Bawang
12 ekor Udang Basah ~~ nak buh lebih pun boleh
1 sudu besar Rempah Soto 'Tok Mak' ~~ klu tkder guna rempah sup 
1 cawan Santan Pekat ~~ Saya guna santan ktk Ayam brand
2 btg Serai ~~ dititik
1 inci Halia ~~ diketuk ketuk
1 sudu kecil lada hitam ~~ jika suka
Garam Secukup Rasa
1 biji Bawang Besar *
2 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
~~ Tumbuk semua bahan bertanda (*)




Rebus daging atau tulang dgn bahan yang ditumbuk tadi dan rempah Soto Tok Mak atau Rempah Sup hingga empuk. Kemudian masukkan beras, serai dan halia yang telah diketuk. Bila beras dah agak kembang masukkan santan dan lada hitam. Lada hitam tu saya suka masukkan sebijik sebijik camtu jer.. ikutlah cirasa memasing, kalau nak ketuk sikit pon boleh. Bila dah hampir masak baru masukkan udang dan garam secukup rasa.


~~ TUMIS DARAT ~~

6-8 ulas Bawang Merah ~~ dihiris nipis
2 ulas Bawang Putih ~~ dihiris nipis
Sedikit Halba
1 sudu besar Minyak Sapi
Sedikit Minyak Masak


Setelah bubur siap dimasak,  bolehlah kita buatkan bahan untuk Tumis Darat. Panaskan kuali yg berisi sedikit minyak masak dan minyak sapi. Minyak tu bajet cam nak menumis jer banyaknya. Goreng bawang merah dan bawang putih hingga keperangan gitu. Bila dah dekat dekat nak perang tu baru masukkan sedikit halba tadi yer. Kemudian tuang ke dalam periuk bubur yang telah siap dimasak tadi. Tutup periuk sebentar agar aroma wangi serap ke dalam bubur. Bila nak makan atau dihidangkan tabur jer daun sup dan daun bawang  yang dihiris. Selamat Mencuba.. (",)


11 comments:

ibundo said...

salam shiela. Sedapnyaaaa.. Ni bundo tadah mangkuk mintak tolong isik.

Shiela said...

Wsalam Bundo.. alaahaiii.. kalau dekat mmg saya isikkan bundo..

Rohah said...

Tak tahan tgk bubur lambuk akak...pebret tauuu

dapurCikWan said...

teringat bulan puasa..tak sabar nak tunggu ramadhan ;)) hari2 boleh makan bubur lambuk..heheh..sedap tu.teliur cikwan tengok.

Shiela said...

Rohah.. yuk melambuk.. :)

Shiela said...

Cikwan.. memang hidangan yang sangat sesuai untuk berbuka puasa kann.. :)

ijan said...

Teliur plk tngk bubur lmbt chahaya shiela ni....
sll mkn time bulan puasa je...nmpk gayanya nk kena buat ni

Syed Ahmad Fathi said...

ada tips tak nak buat bawang goreng tu.tadi saya buat tak jadi pon.

eMMe said...

Salam Ramadhan, google resepi bubur lambuk, tu yg sampai sini, pohon share, terimakasih...

Chia Szepin said...

Bubur Lambuk ni yang sebenar benarnya ikan atau daging?

Amy Marsella bt Ali Mansor said...

WOW!!mabeles..boleh la sy tukar resepi bubur anak saya..yg tak berapa nak sedap tuh.hihi...bulan puasa ni g amik bubur lambuk kat masjid..skali anak sy yg 9bulan tuh suka sgt..tu yg cari resepi bubur lambuk ni...bleh buat utk my baby.tq dear