Tuesday, 1 November 2011

Choc Cheez layer cake

Okay.. ni resepi 'Choc Cheez' layer cake..

Pape pun,panaskan kukusan siap2 n loyang yg dh dilengserkan skali..

Bahan2 tuk Lapisan Cheez

250 gm cheez cream
60 gm gula kastor
25 ml air
25 gm tepung gandum
1 biji telur Gred A
Masukkan semua bahan dlm mangkuk (kecuali telor) n pukul hingga kembang/gebu
Masukkan telur n pukul lg hingga sebati. Pukul kejap je..
klu suka, masukkan sedikit lemon zest (lg sedap n wangi)

Bahan2 utk lapisan kek choc moist

(A)
1 cwn gula kastor
1 cwn serbuk coklat
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak (i guna myk jagung + butter sedikit)
Semua bhn2 ni combine, masak atas api hingga larut n mendidih skt. Kemudian sejukkan sebentar.

(B)
3/4 cwn tepung
1 sd kecik baking powder
1 sd kecik soda bicarbonate
(sdu kecik yg nie i pkai sudu kfc tu je)
**smua bhn2 nie combine n ayak 3kali ye..

(C)
4 biji telor (pukul smpai kembang n berbuih)

-masukkan selang seli tepung n telor ke dalam adunan coklat td smpai habis ye..pastu bhgi 2..
-kukus 1 bhgian adunan coklat slame 15-20minit..
-dh masak,msukkan adunan cheese plak n kukus slame 15-20minit
-last skali msuk balance adunan coklat td n kukus slame 40minit /hingga masak..
-dh sejuk,baru telangkupkan..buh ganache choc kat atas nye.

Topping Coklat Ganache

150ml whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.


No comments: