Tuesday 29 January 2013

KUIH LAPIS PEBERET FARRAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Last weekend nakdara saya balik, cuti panjang kann.. dari Maulud Nabi sampailah ke Thaipusam. Seperti biasa, bila anak balik pasti kita sebagai ibu nak jugak buat atau masak makanan kegemaran mereka. Farrah memang sedari kecik suka sangat makanan KUIH LAPIS. Sebelum ini pernah juga beberapa kali saya mencuba buatnya dan sering juga memperolehi kegagalan. Adakalanya keras sangatlah dan adakalanya pula lembik sangat sampai kena makan ngan sudu.. hehee.. Tapi dek kerana Farrah suka sangat dia sudukanlah juga, langsung tak terbuang.




Saya tak pernah putus asa dan terus mencuba mencari resepi yang terbaek demi anak. Saya pun memang suka jugak makan kuih ni dari kecik lagi, tu yang menurun kat Farrah agaknya. Dulu selalu makan yang Mak buat. Memang sedap betul yang Mak buat tapi masalahnya cam biasalah, Mak masak mana ada recipe dengan sukatan yang betul. Dia main lebur jer pun dah jadi elok dan sedap. Tangan orang lamalah katakan, cuma yang saya tau Kuih Lapis Mak banyak guna tepung beras. Tetiba masa saya skodeng blog MAMA SARA NUR saya terpandang akan resepi Kuih Lapisnya yang agak memenuhi citarasa saya. Saya pun terus amik recipe yang asalnya dari Kak Ann, PERIUKTANAH. Alhamdulillah, setelah mencuba memang sangat berpuas hati dan mudah membuatnya. Terima kasih banyak banyak buat Mama Sara Nur dan Kak Ann, inilah recipe yang saya cari selama ini. Cuma ada sedikit yang saya adjust mengikut kesesuaian dan citarasa saya. Saya mohon share di sini recipenya buat rujukan saya, anak saya nanti dan juga teman teman yang berminat dengan KUIH LAPIS yang sangat sedap ini.


BAHAN BAHAN :

3 cawan Tepung Beras
6 sudu besar Tepung Gandum
6 sudu besar Tepung Jagung
6 cawan santan dari 1 biji Kelapa
1 1/4 cawan Gula Kaster
1/2 sudu teh Garam Halus
Sedikit Pewarna Merah
Sedikit Perisa Ros




CARA CARA :

Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul rata hingga tidak berbintil dan tapiskan. Masukkan sedikit perisa ros dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan satu lagi biarkan pada warna asalnya.

Lenserkan bekas yang bersesuaian dengan sedikit minyak. Dengan sukatan 1 cawan metrik tuangkan adunan merah atau tanpa warna dulu yang mana suka ke dalam loyang atau bekas pilihan. Tutup kukusan dan kukuskan selama lebih kurang 10 minit atau hingga lapisan itu masak. Jika disentuh dengan jari, ia tidak melekat tu masaklah sudah. Kemudian tuangkan lapisan kedua dengan perlahan lahan pada sukatan yang sama, 1 cawan juga dengan warna yang berlainan dan kukus lagi. Ulang proses hingga habis dan pastikan diakhiri dengan warna merah. 

Setelah lapisan terakhir masak, buka tutup kukus dan biar ia terus mengukus dengan keadaan tidak bertutup selama lebih kurang 10-15 minit. Ini bertujuan untuk mengeringkan lebihan air yang ada di permukaan kuih. Sejukkan betul betul sebelum dipotong. Jika dipotong panas panas nanti tak cantik rupanya. Bagi saya kuih lapis yang perfect adalah yang boleh dimakan selapis selapis camni. Selamat Mencuba..





Friday 25 January 2013

SPICES JOURNEY @ AROMA FEBRUARY 2013



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dengan izin Allah kita bersua lagi di laman ini. Saya nak berkongsi sedikit dengan teman teman kegembiraan saya. Setelah sekian lama saya berkecimpung dalam dunia masakan ni, buat yang ke sekian kalinya barulah munculnya di Majalah AROMA keluaran Februari ni. Actually, beberapa kali juga saya dirisik risik oleh beberapa pihak majalah tapi tulah.. medang jer saya tak sempat nak submit b4 dateline tu. Al maklum jerlah saya ni dengan dunia kelam kabut sentiasa. Tah apa yang  sibuk sangat pun tak taulah. Owhh.. pernah jugak sekali di dalam MAJALAH JELITA MEI 2012 di ruangan blogger masakan. 




Segalanya bermula dari sebagai hobi dan saja suka suka dengan teman teman rapat. Pada awalnya, nak mengarang recipe pun saya tak pandai. Siap cakap pada kengkawan yang bertanya tu, "Saya masak mana ada recipe, semua main cekup cekup dan cecampak jer".. hehee.. Lepas tu bila ramai yang mula menanya recipe saya pun bagilah recipe yang ala ala boleh paham dibaca orang dan tanpa disangka teruslah berpanjangan hingga ujudnya blog SPICES JOURNEY ni. Terus terang cakap, semua ini adalah hasil dari galakan dan sokongan teman teman sendiri walau tak kurang juga dengan berbagai dugaan dan cemuhan yang saya terima. Takperlah.. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jauh dalam lubuk hati saya ni, tak lain hanya berniat untuk berkongsi ilmu masakan yang saya tahu serba sedikit dan ingin memanjangkan sedeqah semampu saya. Insyaallah.. Selagi diizin Allah SWT..




Terima kasih juga pada adek manis Siti Dimiati Awe' selaku Editor yang telah memberi ruang untuk mengetengahkan 18 jenis recipe saya dan penuh sabar menanti. Bukan apa, masa tu saya baru jer lepas pindah. Semua barang barang tah ke mana mana letaknya dengan UNIFI belum sempat berpasang. Nak email pun terpaksa mintak tolong hubby send dari office dia. Tapi tulah, kalau segala dah menjadi ketentuannya, memang apa jua rintangan dapat dihadapi. Cuma RALAT sikit sebab ada satu page tu tersilap masuk gambar. Boleh refer balik dalam blog saya yer pada N3 MOIST CHOC CHEESE CAKE dan STRAWBERRY GLAZE PIE untuk gambar sebenar. Recipenya betul, cuma gambar jer tersilap. Biasalah kann.. Selagi bernama manusia, pasti tidak lari dari membuat kesilapan. Kita semua manusia biasa dan pihak AROMA juga berjanji akan membetulkannya pada edisi keluaran akan datang.




Pada kengkawan yang berminat bolehlah dapatkan Majalah AROMA di parasan sekarang. Saya dimaklumkan oleh pihak AROMA agak laris jugak jualan bulan ni. 2 hari yang lepas jer saya call tanya, dia cakap dah tinggal 10 naskah kat office tu. Harini tak taulah ada lagi ker tak. Alhamdulillah Majalah AROMA semakin dikenali umum dan demand semakin tinggi nampaknya. Tahniah pada keseluruhan team juga atas kerja keras anda. Saya share sebahagian dari recipe yang telah discan dari majalah ini.




Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan blogger dari DAPUR IBUNDO yang juga telah bersama dengan saya dalam majalah ini. Recipe dari bundo tak kurang juga menarik dan melelehkan air liur saya sentiasa. Moga bundo juga terus sukses dan bersemangat menghasilkan recipe yang mantoppp.. :)




Sunday 20 January 2013

ROTI TELUR SEMPOi JER.. :)



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua. Apa khabar semua?? Tentu seronok berhujung minggu dengan keluarga tercinta. Saya minggu agak sunyi rasanya, anak tunggal pengarang jantung saya tu tak balik. Hubby pun sibuk dengan berbagai bagai urusan, tinggallah saya sebatang kera kat umah semalam.. Pandai pandailah layandiri untuk hilangkan boring dan rasa rindu yang amat sangat ni. Pantang lalu book store jugak sekarang, mesti ada buku yang sangkut buat mengisi masa masa yang terluang. Layan jugak nengok gambar gambar masakan yang mengancam tu. Untung untung boleh jadi pembakar semangat nak memasak selain dapat belajar sikit sikit cara dorang amik angle untuk snap picture makanan yang mengancam tu. 




Mood nak masak pun tak berapa nak ada. Beli roti sebuku aritu pun susah nak habis sampai kena masuk dalam fridge supaya tahan. Nak dibuang sayanglaa pulak rasanya. Susah hubby kita cari rezeki kann.. Jalan yang paling mudah dan paling cepat dapat makan, buat ROTI TELUR ni jerlah. Dulu kalau Farrah ada, dialah yang rajin buat ni. Kalini bila dah tinggal sengsorang kenalah godek sendiri.. Sempoi jer.. Saya ceritalah jugak yer walau sesapa pun memang dah tau membuatnya. Saja, untuk ilangkan kebosanan saya isikanlah dengan bermain dengan kamera dan menulis di sini.




BAHAN BAHAN :

5 keping Roti Wholemeal
2 biji Telur Ayam
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih
Sedikit Serbuk Oregano
Secubit Garam
Sedikit Minyak Zaitun/Margerin


Satukan semua bahan di atas kecuali minyak zaitun. Pukul hingga sebati dan kembang sedikit. Panaskan non stick pan dan renjiskan dengan sedikit minyak zaitun. Celupkan roti ke dalam bahan telur yang telah dipukul tadi kedua dua belah. Goreng di atas pan dan di balikkan hingga garing dan masak sekata. Angkat, dan ulangi hingga habis. Enak dihidangkan bersama salad atau apa juga yang menjadi kegemaran memasing. Sangat sesuai dijadikan juadah sarapan pagi atau minum petang. Selamat Mencuba.. (",)




Roti telur ni memang peberet kami adek beradek sejak kecik dulu. Ingat lagi, kalau Mak buat dulu memang berebut rebut kami makan. Sebuku roti tu memang confirmlah tak cukup. Masa tu mana ada Roti Gardenia bagai ni kann.. Roti Benggali tu jer Mak buat, siap kena potong dua lagi roti tu.. Manisnya kenangan zaman itu. 

Minggu depan saya mungkin tak dapat bersiaran sangat. Saya nak balik kampung nengok Mak saya nak operate matanya yang mengalami pendarahan. Doakan Mak saya yer.. Mudah mudahan operation tu berjalan dengan lancar dan Mak boleh pulih segera. Ameenn.. 




Chop! Chop!.. Nak share happines dengan kengkawan jap.. Pencapaian paling cemerlang untuk tahun ni agaknya.. Koleksi Beg 'Jurulatih' buatku pemberian dari Encik Hubby, my habibi. Terima kasih yang tak terhingga dan syukur atas rezekiMU Ya Allah. Dalam hati ada taman derr.. ;)



Sunday 13 January 2013

RED VELVET CAKE



Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu Semua. Alhamdulillah mood membaking datang balik bila anakanda tercinta balik weekend ni. Lama jugak saya tak buat Kek Baldu Merah aka RVC ni, tetiba teringinlaa pulak. Kebetulan ada member nyebut teringin nak makan, saya pun lagilah bersemangat nak membuatnya. Kalau tak kang, dekat sebulan dok dalam fridge tu.

Recipe ni dulu saya skodeng kat Joy of Baking tapi setelah beberapa kali mencuba saya adjust balik sikit sikit mengikut citarasa saya. Okaylah saya takleh bebel pepanjang kalini, semua ahli keluarga ada dirumah jadi kena gunakan betul betul quality time dengan keluarga tercinta kann.. Bukan senang dapat berkumpul anak beranak camni sekarang. Recipe ni juga asalnya dalam bahasa inggeris, saya cuba alih bahasakan ke bahasa malaysia semampu saya.




BAHAN BAHAN :

2 1/2 cawan Tepung Cake
1/2 sudu kecil Garam Halus
2 sudu kecil Serbuk Koko
1 cawan Unsalted High Quality Butter @ Suhu bilik
1 cawan Gula Kaster
3 biji Telur Size A
1 sudu kecil Vanilla Extract
1 1/2 cwn Buttermilk
1 sudu kecil Gel Pewarna Merah
1 sudu kecil Cuka/Jus Lemon
1 sudu kecil Baking Soda

BUTTERMILK saya lebih suka guna yang buat sendiri, cuma campurkan 1 cawan Yoghurt atau Sour Cream dengan 1/2 cawan Susu Sejat Ideal. Yoghurt juga boleh dibuat dengan mencampurkan 3 sudu besar Lemon Juice pada 1 cawan Susu Sejat Ideal dan kacau rata. Ia akan membeku sedikit dan terus masukkan dalam fridge dulu seketika. Sebaiknya kita sediakan terlebih dahulu sebelum mula membuat cake.

TEPUNG CAKE juga boleh dibuat sendiri. Untuk mendapat sukatan 1 cawan Tepung Cake, campurkan 2 sudu besar Tepung Jagung pada 3/4 cawan Tepung Gandum atau Tepung Superfine dan ayak. Tepung Cake juga BUKAN Tepung Naik Sendiri/Self Raising Flour. Jangan silap nanti lain jadi texture cake RVC.


Wilton Gel Colour Paste yang saya suka guna untuk RVC


Panaskan oven pada suhu 175C selama lebih kurang 10 minit dan griskan 2 loyang bulat berukuran 9 inci. Dalam mangkuk berasingan ayakkan tepung cake, garam dan serbuk koko dan ketepikan dulu. Dalam mangkuk electric mixer pula,  pukul butter hingga lembut selama lebih kurang 1-2 minit. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang dan ringan lebih kurang 2-3 minit. Selepas itu masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebentar hingga kembang. Masukkan Vanilla extract dan pukul hingga sebati.

Dalam measuring cup kacau sebati Buttermilk (yoghurt, susu sejat dan gel pewarna makanan merah). Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan ke dalam adunan berselang seli dengan bahan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan garam tadi. 




Campurkan baking soda dengan cuka dalam bekas kecil menjadi buih buih kecil. Tuangkan ke dalam adunan dan dengan pantas kacau rata dengan spatula. Kemudian dengan pantas juga bahagikan adunan kepada 2 bahagian, tuang ke dalam loyang pembakar. Bakar dalam oven dengan menggunakan api atas bawah pada suhu 175C selama 30-40 min atau mengikut kapasiti oven memasing. Setelah masak, sejukkan dulu atas jaring selama lebih kurang 10 minit dan kemudian terbalikkan. Sebaiknya mengikut pesanan recipe omputih ni juga, dibalut cake yang telah sejuk tadi dengan plastik dan masukkan ke dalam fridge selama 1 jam atau semalaman untuk memudahkan kerja membubuh filling dan cheese frosting pada cake.




Seterusnya kita buat CREAM CHEESE FROSTING pulak. Jika nak buat deco boleh gantikan Mascarpone Cheese tu dengan Butter dan tak perlu letak Whipping Cream TETAPI saya lebih suka dengan bahan dan cara di bawah. Ianya lebih sedap dan rasa seperti makan cake dengan eskrem jer.. Sedap bangettt.. Cuma kalau nak deco sikit sikit tu, saya masukkan sedikit dalam piping bag dan sejukkan dalam fridge sebentar sebelum dideco supaya dia keras sikit dan senang untuk dibentuk. Terpulanglah pada citarasa memasing, saya lebih mementingkan rasa yang sedap daripada rupanya.


CREAM CHEESE FROSTING :

250gm Cream Cheese @ Suhu Bilik
250gm Mascarpone Cheese @ Suhu Bilik
1 sudu kecil Vanilla Extract/Lemon Juice
1 cawan Gula Icing ~~ diayak
1/4 cawan UHT Whipping/Thickened Cream

Dalam mangkuk elektrik mixer, pukul cream cheese dan mascarpone cheese hingga halus. Masukkan vanilla extract dan gula icing hingga sebati dan halus. Kemudian masukkan cream dan pukul hingga cukup pekat untuk disapu. Boleh juga ditambah sedikit lagi gula icing jika perlu. 

SELAMAT MENCUBA!!!.. ;)





Friday 11 January 2013

AYAM KICAP BEREMPAH & BERSANTAN



Ayam laeii.. Apo nak buek, Ayam yo yang den ado kann.. hehehh.. Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang penuh barokah buat semua yang saya kasihi. Pejam celik, pejam celik dah sampai ke ujung minggu balik. Cepat betul masa berlalu dan yang paling menceriakan saya harini Farrah balik. Terubat juga rasa rindu di hati ibu ni nanti.

Berbalik pada cerita ayam, saya memang dah buntu nak masak apa. Dah banyak hari jugak tak berasap dapur tu, asyik eat out jer menjak tinggal berdua ni. Bukan apa, takat dua mulut takder mood sangat nak masak. Penat memasak berkecah dapo tapi makannya tak seberapa sangat. Kalau masak pun yang simple simple macam Ayam Masak Kicap yang saya buat ni lah. Kebetulan stock ayam kampung masih banyak dalam peti tu, kira on jerlah tapi kalau guna ayam biasa pun boleh jugak. Jom nengok ceno den buek lauk sempoi ni.. :)




BAHAN BAHAN :

1/2 ekor Ayam
2 sudu besar Rempah Kari Daging
2-3 sudu besar Kicap Pekat 
1/2 cawan Santan Pekat
2 Batang Serai ~~ dititik
2-3 Biji Bawang Besar *
3 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
2-3 tangkai Daun Kari
1-2 kuntum Bunga Lawang
Sedikit Kulit Kayu Manis
Minyak utk Menggoreng & Menumis
Sedikit Perahan Air Asam Jawa
Sedikit serbuk Lada Hitam
Air Secukupnya
Garam dan Gula secukup rasa




Bersihkan ayam yang telah dipotong mengikut citarasa memasing dan toskan. Gaulkan dengan garam kunyit dan goreng hingga agak agak masak. Tak perlu garing sangat. Jika guna ayam yang jenis keras seperti ayam kampung lanjut usia atau ayam pencen tak perlulah digoreng. Ayam saya ni muda remaja, maka saya gorenglah.

Panaskan minyak untuk menumis dan tumis semua bahan bertanda (*) yang dihiris halus bersama serai yang dititik, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari. Tumis hingga keperangan dan naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh menjadi pes dengan sedikit garam. Goreng rempah hingga agak garing, dikacau selalu supaya tidak hangit bawahnya dan masak sekata. Masukkan pula kicap pekat dan sedikit air. Jika guna ayam yang agak keras @ lanjut usia boleh masukkan sekarang dan masak hingga lembut. Tambahkan air mengikut keperluan sehingga ayam tu lembut. Jika guna ayam biasa boleh terus masukkan perahan air asam jawa dan diikuti dengan santan. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan biarkan masak sekejap dengan api perlahan. Setelah agak pekat dan masak rata perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan bolehlah dihidangkan. Boleh juga ditambah dengan kentang goreng dan buah tomato jika suka. Selamat Mencuba.. :)



Monday 7 January 2013

KARI AYAM KAMPUNG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Agak lama saya tak bersiaran kann.. Apa khabar semua pengunjung Spices Journey dan kengkawan Bloggerku? Maaf jua kalau ada komen komen yang tak sempat saya balas dan tak dapat juga nak jenguk dapur kengkawan. Jangan majuk yer, saya sibuk dan leteh sangat ngan urusan pindah dan bermacam macam hal yang nak diuruskan. Internet pun belum ada lagi, tengah tunggu UNIFI, katanya minggu ni tapi tak taulah. Saya cuma dapat guna hotspot dari tab jer. Tu pun line tak berapa elok, kejap ada, lamaaaa ilang.. Untuk N3 ni pun saya mencuba nasib jer.. 




Sunyi sungguh rasa kat dalam rumah ni sehari hari. Farrah dah masuk hostel, tinggal kami berdua jer kat umah. Takder dah kawan saya nak gaduh gaduh. Apa pun demi masa depan dia yang nak menghadapi peperiksaan SPM ujung tahun ni, saya simpan jauh jauh perasaan rindu dan sedih ni walau dalam hati ni Allah taala jer yang tahu betapa rindunya. Mohon pada Allah supaya Farrah dilindungiNYA sentiasa dan cemerlang dalam pelajarannya. Last weekend, Farrah balik kerana ada barangnya yang tertinggal. Sempatlah saya masakkan KARI AYAM KAMPUNG kegemarannya ini. Lama jugak dah dia request tapi tulah dengan suasana kelam kabut asyik kena postpone jer. Ayam kampung ni semua hubby bela sendiri, masa nak pindah aritu terpaksalah dikorbankan. Memang sedaplah ayam kampung masak apa pun kann.. Kalau nak tau camner saya buat, meh meh sini nengok.. :)




BAHAN BAHAN :

1 ekor Ayam Kampung
50 gm Rempah Kari Daging ~~ Saya guna BABAS
3 sudu besar Cili Mesin ~~ blh tambah klu nak pedas lagi
2-3 biji buah Tomato ~~ yang masak ranum
300 ml Santan Pekat @ Santan Kotak cap Ayam
3-4 biji Ubi Kentang ~~ dibelah 4
Minyak untuk Menumis ~~ saya guna Minyak Jagung
Air Secukupnya atau Santan Cair ~~ utk merebus ayam
3 helai Daun Pandan ~~ disiat siatkan
2-3 tangkai Daun Kari
2 batang Cili Hijau
Sedikit Kulit Kayu Manis dan Bunga Lawang ~~ jika suka
1 biji Bawang Besar *
5-6 ulas Bawang Merah *
3 ulas Bawang Putih *
2 inci Halia *
Garam Secukup Rasa




CARA CARANYA :

Bersihkan ayam yang telah dipotong dan toskan. Hiris nipis dan halus semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan dalam periuk yang bersesuaian. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang dan semua bahan yang bertanda (*) hingga keperangan dan naik bau. Masukkan juga daun kari dan daun pandan. Bancuhkan rempah kari, cili mesin, sedikit santan cair dan sedikit garam menjadi pes. Kemudian tumis atau goreng hingga garing, pecah minyak dan naik bau. Guna api kecil jer supaya rempah tu masak sempurna dan tidak hangit. 

Bila rempah dah cukup masak, masukkan ayam tadi dan biarkan dikecutkan atau dimasak sebentar dengan rempah tu tadi. Masukkan juga buah tomato yang dibelah belah untuk mendapatkan rasa juicy sikit. Dikacau selalu supaya tidak melekat atau hangit di bahagian bawah periuk.  Selepas itu baru dimasukkan air atau santan cair dan masak hingga ayam tu empuk dan lembut. Bila sudah betul betul empuk bolehlah dimasukkan ubi kentang dan santan pekat. Perisakan dengan garam secukup rasa. Jika suka lebih masam boleh ditambahkan lagi buah tomato. Boleh juga dipatah patahkan beberapa batang cili hijau ke dalam kuah jika suka. 




Setelah siap, bolehlah dihidangkan. Terbaek jika dihidangkan bersama pappadom dan sambal belacan. Saya ni ala kadar jer. Maklumlah baru pindah rumah, dengan pinggan mangkuk apa yang jumpa jer. Nak snap picture pun segala saya punya reflector ngan tripod pun tah kemana mana. Tak sempat nak cari dengan muka anak dan hubby yang dah lapar dan tak sempat sempat nak makan. Ini jerlah dapat saya rakamkan dalam keadaan serba kekurangan dan terketaq ketaq. Apa apa pun Selamat Mencuba. Ni kalo besoknya perangat cencah Roti Jala atau PEKNGA laa kan.. Pergghhh.. Memang Mantop.. ;P