Monday, 21 November 2011

MASAK LEMAK CILIPADI



Masak Lemak Cilipadi ni memang masakan kegemaran Anak tunggalku Farrah.. Naknak klu daging atau ayam dimasak macam ni.. memang tak hengatlah dia makan nanti.. Memandangkan daging Qurban tu masih ada lagi dlm peti tu dan agak lama jugak tak masak masakan ni, Arini buatlaa..

Bahan bahan dia taklah susah sangat nak cari dan taklah jugak banyak sgt.. Antaranya ;
1 kg Daging
Cili padi dlm segenggam (boleh kurangkan, klu tk kuat pedas)
Kunyit hidup dalam 2 inci
Serai dalam 3-4 batang (dititik)
Bawang Merah  4-5 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Ubi Kentang 2-3 biji
Santan 400 ml (saya guna santan kotak Ayam brand)
Air dalam 500 ml
Asam Keping sekeping
Garam secukup rasa (lbh kurang 3 sudu kecil)

Mula mula kisar atau klu rajin nak tumbuk pon boleh jugak, cilipadi dan kunyit hidup tu dan titik serai tu. Sediakan periuk, masukkan Daging, Cilipadi dan Kunyit yg telah dikisar tadi, Serai, Air, dan sedikit Santan dulu supaya tak terbersin bersin kita dgn bau ciliapi tu nanti. Kemudian rebus hingga daging tu empuk dan lembut. Klu tak empuk lagi, bolehlaa ditambah lagi Air dan sambung merebus lagi. Bila daging dah lembut, bolehlaa masukkan pula ubi kentang dan masak hingga empuk. Selepas tu baru kita masukkan kesemua santan, asam keping, garam secukup rasa dan biarkan mendidih seketika. Jgn masak lama sangat, nanti dia terbit minyak tak cantek gulai kita nanti.

Klu kita Masak Lemak Cili Padi Ayam atau ikan, tak perlulah kita rebus dulu, masak jer semua sekali dgn santan sampai menggelegak. Bila lauk tu dah masak betul dan rasa garam semua dah cukup, kira siaplaa dah tuu.. Cuma kalau gulai ikan, kita lebihkan sikit asam keping tu, guna dlm 3 keping camtu atau ikutlaa selera memasing nak masam takat mana.

Dan lagi satu, klu nak diikutkan yg betul betul ori Masak Lemak Cilipadi nih, langsung tak perlu bubuh bawang tapi santan kita kena guna lebihlaa sikit supaya kuah dia tak cair sangat. Saya bubuh laa jugak klu MLCP daging atau ayam, cuma MLCP ikan jer yg saya tak bubuh. Kalau ada daun kunyit sehelai atau dua, siat siatkan masuk dalam gulai tu pon lagi sedap dan menaikkan lagi aroma masakan kita nanti. Ni cara yang saya tahulaa.. Saya pon bukan anak jati Negeri Sembilan, sekadar belajar sedikit sedikit dari teman teman dan dah agak lama laa membesar di NS ni..


Haaa.. Ni lawan dia.. kann.. Sayur dalam peti sejuk dah takde stock, teringat pulak buah Mangga tengah banyak kt belakang rumah tu.. Buat Kerabu Mangga jelah kan, pastu goreng pulak Ikan Gelama pekasam, pergghhh.. Mak Mertua lalu depan pon tak nampaklah.. apa lagi klu lalu belakang kannn.. hehee..



Saya makan duluuu.. Tak kuat semangatlah nak tunggu En Haseben sampai.. Pls excuse me today My Darlink.. Bau Ikan Pekasam Goreng tu amat menggoncang jiwaku sampailaa ke perotku..  ;P

2 comments:

Anonymous said...

Sedapnya masak lemak cili padi digandingkan dgn ikan pekasam ni mak mentua lalu pun tak perasan oooo. Senyum sokmo.

Nurul said...

Wah, sedappppnya K Shila... masak lemak + kerabu mangga + pekasam, gandingannya tu mmg mantop... hehe :)