Thursday 30 August 2012

Rayaku yang serba Sederhana



Assalamualaikum dan Salam Lebaran juga buat teman teman yang masih sibuk beraya tu. Pastinya penuh dan padat juga dengan undangan Open house sana sini kann.. hmmm.. Siapkan perut jerlah kan.. Agak lama jugak saya tak sempat nak menghapdet kat sini. Sibuknya ya amat dengan raya kalini, sibuk di dapo jerlah. Lepas seminggu raya saya pun tumbang, demam, batuk, selsema semua attack.. come in package lagi tu. Arini laa baru rasa segar sikit, setelah ngam ngam antibiotic complete habis makan. Syukur.. Alhamdulillah.. leh sambung berghayo laie.. :b




Mehlaa nengok sikit sikit yang ado ni suasana lebaran aritu. Apa yang sempat dan teringat jer dengan Raya kami yang serba sederhana walau macam macam dugaan yang mendatang. Saya cuma dapat buat Ketupat, Rendang Ciliapi Itek, Rendang Campo Campo, Sayur Lodeh dan Kuah Kacang jer. Gambar kuah kacang pun lupa nak snap. Banyak gambar makanan yang terlupa nak snap. tahlaa.. Memang kelam kabut sungguh, mana yang nak berkejar balik ke kampung suami untuk tahlil buat arwah ibunya lagi. Selalu tu, pada raya raya yang lepas Mak saya pun sesama kat dapo. Tahun ni dengan keadaannya yang tidak nampak tu, tak sompeklaa saya nak chilloq.. padan muko den. Nak gi cari Lomang Peberet kek Kondong pun tak sompek.




Walaubagaimanapun, syukur ke hadrat illahi.. sederhana pun kira beraya jugaklah. Live dari Kuali, Piyuk dan Balang pun hokkay gaklaa.. hehehh.. 




Inilah keluarga kecilku yang amat kusayangi. Semuanya adek adekku bersama keluarga memasing, saya anak yang sulung.  Juga tak ketinggalan gambar Mak dan Abah tercinta yang dapat saya rakamkan. Pada yang dapat sipi sipi tu, mintak mangaplah banyak banyak yer deknon.. ni jer yang hakaq jumpa dalam SD card tu. Apasal korang tak pose elok elok? Jangan marah beta yer my darling semua. Anyway, thank you very much atas kasih sayang Adek adek  dan anak anak semua yang juga banyak membantu akak meringankan tugas tugas persiapan raya aritu. Maafkan akak juga seandainya ada terkasar bahasa dan tersilap tutur kata yang sedar dan juga tak berapa sedar tu yer.. Luv uols very very much my familia..  Muahhhhh..




Pada teman teman dan pengunjung pengunjung setia 'SPICES JOURNEY' juga, Selamat Beraya dan Hati Hati di Jalanraya. Take care and Have a nice Weekend. SALAM MERDEKA RAYA!!..



Saturday 18 August 2012

Alhamdulillah.. Siap gak Sekut Ghayo den..




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
 Yeayyyyy!!!.. Siap gak sekut ghayo den.. Alhamdulillah.. :)
Japgi saya dah nak balik umah omak pulak. Agenda arini, nak mengisi ketupat, merendang daging campo campo dan itek. Tak ketinggalan juga sambal kacang dan sayur lodeh mak lodeh tu. Memang kompom sampai ke besoklaa saya berketuntang celah dapur umah Mak nanti. 


~~ BISKUT ARAB ~~


Sebelum saya balik, mehlaa layan sekut ghayo saya yang dah siap. Fresh from the ovenku.. hehehh.. poyos nyer laa plak.. Bukan hapa deknon, sebenarnya hakaq ni hepi sangat dapat menyudahkan sekut sekut ni semua walaupun di saat saat genting. Jenuh dok henjut dua beranak. Macam nak patah pinggang ni dibuatnya. Macamana laa pada yang miaga sekut sampai beribu ribu ni? Hakaq nak jadikan 5 jenis ni pon kusss semangat. Seb baik bersemangat waja gak. Camnerpun walau dapat buat sekut bodoe jer ni, saya rasa puas dapat membuatnya sendiri especially yang dari resepi asal Mak saya sendiri. Cuma sekut Dark Choc Chip tu jer saya chilloq resepi dari Nigella Lawson tapi adalaa yang saya dah modified sikit base on experience pada percubaan pertama saya tahun lepas. 


~~ DARK CHOC CHIP & PISTACHIO COOKIES ~~


Kalau sekut Tart Nenas ni resepinya dah ada kat N3 TART NENAS GEBUSS ni yer. Kalau nak mencuba, bawak bawaklaa skodeng yer. Tart nenas ni lah yang terakhir siap malam tadi.


~~ TART NENAS GEBUSS ~~


Resepi Biskut Dahlia pula saya baru jer masukkan resepinya pada N3 yang lepas. Boleh skodeng kat sini SINI juga.


~~ BISKUT DAHLIA ~~


Resepi yang lain, Biskut Arab, Semperit dan Dark Choc Chip Cookies tu nanti kendian kendian dah lapang lapang sikit saya masukkanlah.


~~ SEMPERIT ~~

Okaylah, saya kena check out dulu. Sesudah subuh ni nak ke pasar jap, ada bahan yang perlu dibeli sikit untuk projek Cooking with love saya arini. 




To all my beloved frens and followers yang beragama islam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Marilah kita bermaaf maafan sesama kita. Jika ada salah silap saya, mohon ampun dan maaf zahir batin. Semoga bergembira bersama insan tersayang dan Hati hati memandu ketika beraya. Salam Lebaran dari saya sekeluarga. 


Friday 17 August 2012

BISKUT DAHLIA.. Sekut raya ku yg Pertama!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Inilah sekut rayaku yang pertama siap. hehehh.. Saya ni buat yang senang senang jer.. Yang sesusah tu rasanya buat raya tahun ni memang tak tercapai akalku. Tak cukup tanah nak mengejarnya dengan macam macam kejadian menimpa. Jadilah.. tapi sekut dahlia ni boleh dikatakan antara yang wajib ada pada setiap kali raya selain sekut arab, samperit dan tart nenas. Lagi satu yang tak pernah tinggal kuih bangkit santan Mak, tapi nampaknya tahun ni memang takderlah kuih bangkit tu dengan keadaan mata Mak yang tak berapa nampak. Insyaallah akan saya cuba belajar juga satu hari nanti.




Resepi asal Biskut Dahlia ni adalah dari kitab lama Mak saya sendiri. Memang dari dulu saya follow jer sebab dah terbiasa dengan resepinya. Dari zaman kanak kanak lagilah saya dok menyibukkan diri tatkala menjelang raya. Cuma dulu biasa letak ler ceri warna ijau ker merah atas dia tu, sekarang ni saya dah upgrade sikit taruk choc chip jer.. bukan hapa, den maleh nak motong buah ceri tu. hehehh.. Dan juga pada kali ni saya menggunakan tepung custard cap Bunga Merah yang dikirim oleh teman alam maya saya Sheeda Fendi. Thank you so much dear, memang sedaplah guna tepung ni. Biskutnya pun jadi cantik, tak kuning sangat cam selalu tu. Siap belikan saya acuan samperit tembaga pecah 12 dari Aloq Setaq lagi tu. Hanya Allah taala dapat membalas jasa baikmu teman.. :)




Okaylah takleh membebel lelama sangat, i need a rest for a while. Sok ada lagi 2 jenis kukis yang nak dihenjut. Semuanya untuk stock rumah Mak. Moga dipermudahkan. Pada kengkawan yang masih menanti resepi ni, maaflah bebanyak jika agak terlewat saya masukkan. Saya tersangatlah bzeenya. Kalau tak sempat nak buat tuk raya kalini, buatlaa raya tahun depan yer. Saya pun tak sangka ada yang nak resepinya sebab sudah ramai saya nengok kengkawan share resepi biskut dahlia ni. Kalau tau, dari awal saya dah buat dan share resepinya. Jomlah kita nengok resepi sempoi turun temurun ni.




BAHAN BAHAN :
400 gm Tepung Jagung ~~ saya guna cap BUTTERFLY
300 gm Tepung Kastard ~~ saya guna cap Bunga Merah
1 1/2 cawan Tepung Gandum Superfine
500 gm Butter ~~ Saya guna Buttercup dlm tin
2 cawan Gula Kaster
2 biji Telur ~~ saya buang tali pusatnya
1 sudu kecil vanilla extract/essence

Pukul butter dengan gula hingga sebati. Saya guna senduk kayu jer sebab kalau guna mixer adunan akan lebih cair dan menyebabkan penggunaan tepung yang lebih. Nanti biskut kita jadi keras. Ni yang saya tau lah yer.. apa yang Mak saya ajar dulu. Kemudian masukkan telur yang telah dikacau dengan vanilla extract/essence dan pukul sebentar hingga rata. Satukan dan gaul rata ketiga tiga jenis tepung di atas. Kalau rajin nak ayak pun cantekk. Akhir sekali masukkan kesemua tepung itu dan gaul hingga rata dan sebati jer. Jika adunan agak kering dan susah untuk ditekan, bolehlah tambah sedikit butter untuk melembabkannya. Tetapi jangan sampai lembik sangat, nanti bila dibakar kelopak bunga dahlia tu akan jatuh meleper. Tak berapa canteklah rupa sekut tu nanti. Selamat mencuba.




Akhir kata dari saya, Salam Aidil Fitri buat semua dan Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada salah dan silap saya selama ini. Juga pada yang akan travel ke kampung halaman, hati hati memandu. 



Thursday 16 August 2012

Nasi Kacang PARPU & Pulut UDANG




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua. Dalam sedar tak sedar kita sudah menghampiri penghujung Ramadhan rupanya. Insyaallah tak berapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal. Bagi saya entahlah.. ala kadar jer lah nampaknya. Hebat sungguh dugaan Ramadhan saya kali ni. Pertamanya, dikejutkan dengan berita Mak saya tidak dapat melihat dan yang terbaru ni pada tanggal 23 Ramadhan baru ni Ibu Mertua saya pula kembali ke Rahmatullah. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. Al Fatihah.


Gambar Arwah yg ada dlm simpanan bersama SIL pada Eid fitri yg lalu.. kini tinggal kenangan.. Al Fatihah.. :'(


Di kala saya sedang sibuk menyediakan juadah berbuka inilah tetiba hubby mendapat panggilan dari salah seorang kakaknya mengenai kondisi Maknya yang kurang sihat. Hubby pun bergegas pulang seorang dulu memandangkan masih banyak urusan yang terbengkalai di rumah. Besok pun anak nak ke sekolah. Kami sangka sekadar demam dan sakit biasa jer. Tetiba belum pun sempat waktu berbuka, saya dapat panggilan dari hubby yang masih dalam perjalanan berkata dengan sebaknya, "Mak dah tak ada".. Innalillahi wa innailaihi rojiun.. Memang sungguh tak disangka sangka sebab kami baru jer aritu balik berbuka puasa dengan arwah. Beliau masih nampak sihat dan riang bercerita. Tapi tulah, kalau memang sudah itu ketentuanNYA tiada siapa yang boleh merubahnya. Hanya Redha dengan ujian ini. Hubby yang sangat terpukul dengan ujian ini. Hingga ke hari ini kesedihan itu masih jelas terpancar di raut wajahnya. Kehilangan seorang ibu yang sangat penyayang tatkala Eid Fitri menjelang tiba. Bayangkanlah.. Kami tak sempat Mak, nak beraya dan bermaafan dengan Mak pada raya kalini. Harap Mak ampunkanlah jika ada dosa dan salah silap kami selama ini. Jasa baik Mak selama ini tak pernah saya lupakan hingga menjaga dan mengurut saya ketika dalam pantang tatkala melahirkan anak saya. Tatkala ditimpa berbagai musibah juga, Mak juga tempat kami mengadu dan selalu cakap, "Doakan kami yer Mak".. dan yang pasti Mak akan terus menjawab, "Yer.. Mak doakan.. Mak akan sentiasa doakan tiap kali lepas Mak Solat".. Allahhuakbarrr.. Ya Allah.. Tempatkanlahnya ditempat yang terbaik di sisimu. Ameen..




Oleh kerana terlalu banyak hal yang mendatang, N3 ni pun tertunda juga. Agak banyak hari juga saya tak sempat nak menjenguk ke sini. Kaylah.. Jomlah saya sharekan resepi PULUT UDANG & NASI KACANG PARPU ni dulu. Pasni saya nak sambung mengukis sikit. Banyak lagi dalam list tu, tahlah sempat ker tak. Semalam baru sempat buat sekut Dahlia jer sejenis. Kalau tak sempat, apa yang ada jerlah nampaknya. PULUT UDANG tu sempoi jer, saya guna inti Coqbadaq yang ada lebih aritu. Sama jer intinya tu. Boleh refer kat N3 COQBADAK ni untuk melihat resepinya. Bagi resepi dan cara mengukus pulutnya pula boleh refer kat N3 SERIMUKA ni pula dan ikut bahagian pulut tu. Boleh yer.. Saya kesuntukan masa nak kopipes. Selepas itu, letakkan pulut di atas daun pisang, diikuti dengan intinya dan dimampatkan sedikit membentuk bulat memanjang. Kemudian digulung dan disematkan dengan lidi tajam untuk mengekalkan bentuk dan kemampatannya tu. Akhir sekali dipanggang hingga agak garing keliling pulut tu dan dibalik balikkan selalu supaya masak sekata.




Bagi NASI KACANG PARPU @ DHAL ni pula lebih kurang macam saya masak nasi lemak juga. Cuma yang ni saya rebus dulu kacang parpu atau dhal tu hingga kembang dan empuk, kemudiannya di masak bersama nasi tu. Resepinya  as below ;)


~~ BAHAN BAHAN ~~
4 cawan Beras ** Saya guna basmathi
Segenggam Kacang Parpu @ Dhal
200 ml Santan Kotak ** Ayam brand
5 cawan Air ** adjust ikut jenis beras yg diguna
2 ulas Bawang Putih ** hiris nipis
3 ulas Bawang Merah ** hiris nipis
1/2 biji Bawang Besar ** dihiris nipis
1 inci Halia ** dimayang halus
2 helai Daun Pandan ** disiat n disimpul
1 inci Halia ** diketuk
2 sudu kecil Garam atau secukup rasa
Sedikit Minyak utk menumis ** Saya guna Myk Jagung
Sedikit Serbuk Kunyit
Daun Pisang ** Jika ada




Mula mula kita rebus dulu kacang parpu atau dhal tu hingga kembang dan empuk. Beras tu dibasuh dan ditoskan. Kemudian satukan dengan kacang parpu, santan, air, garam, serbuk kunyit daun pandan dan halia yang diketuk ke dalam peruik yang bersesuaian atau rice cooker. Sementara tu tumis bawang bawang yang dihiris dan halia yang dimayang tadi dengan sedikit minyak hingga agak agak layu. Ni memang cara saya buat nasi lemak. Suka cara camni sebab akan lebih wangi baunya. Kemudian tuang jer ke dalam periuk nasi dengan minyak tu sekali tadi dan masaklah hingga masak. Sesekali dikacau supaya ia masak sekata. Setelah siap dimasak, boleh dihidangkan. Enak sekali dimakan dengan Sambal tumis giteww.. Saya buat Sambal tumis sotong jer aritu. Selamat Mencuba.. 





Saturday 11 August 2012

SERIMUKA jer Ramadhan.. :)




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Asal Serimuka jer Ramadhan, Asal Ramadhan jer Serimuka.. hehehh.. Camtulah kesahnya, memang bila bulan posa jer lah yang terjadinya Kuih Serimuka ku ni. Kali terakhir saya buat pun Ramadhan tahun lepas. Setahun derr, baru dapat makan Serimuka lagi. Patutlah En Somi beria ia cakap, "Wah!!.. Sedapnyer Serimuka awak arini".. ngeee.. Berseri serilah muka hakaq ni tadi deknon.. Rupa rupanyer baru terkenang, Setahun laki den tak makan Serimuka.. Ya Ampunn.. Memanglah isteri yang disesali sungguh ni.. kehkehkehh..




Kali ni kuih Serimuka teman dah upgrade sikit cara membuatnya. Nilaa juga pekdahnya berteman teman di alam maya. Dapat gak tumpang skodeng cara teman teman buat. Kalau dulu, kepala serimuka yang hijau tu selepas bancuh saya terus kukus jer cam yang Mak saya selalu buat. Tapi kalini saya kacau dulu sekejap hingga agak likat sikit, baru lah tuang atas pulut tu dan kukus. Bahan bahan dan yang lain tu sama jer cam resepi saya yang KAT SINI. Tapi takperlah, malam ni bateri saya terlebih sikit. Saya arrange balik recipe SERIMUKA ni kat sini. Jom pi dapoq!!..




~~ BAHAN BAHAN ~~

Lapisan Atas:
200 ml santan kotak (Ayam brand)
1 cawan Gula Pasir
4 biji telur
2 cawan Air
10 helai Daun Pandan
3/4 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
Secubit Garam
Sedikit Pewarna Hijau
Sebatang Kulit Kayu Manis (jika suka)


Lapisan Bawah :
3 cawan Beras Pulut Susu (direndam 1 jam)
200 ml Santan kotak (Ayam brand)
1 cawan air
Garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)


* Note : Saya nak cepat, guna santan kotak Ayam brand tu jer. Bagi tekak saya takder masalah sebab kalo cap tu okay, tak tengik cam yang lain tu. Rasanya pun sama jer cam santan segar. Tapi kalau ada yang tak berkenan, nak guna santan segar atau perah pandai pandailah mengagaknya yer asalkan sukatannya tak lari insyaallah takder masalah.




CARA Bahagian Bawah :
Toskan beras pulut yang telah direndam tadi. Saya guna pulut susu, tak perlu rendam lama sangat. Cukup direndam dalam sejam sahaja. Kalau guna pulut biasa, rendamlah lebih lama. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan ratakan. Satukan santan, air dan garam, kacau dan masukkan ke dalam pulut. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga pulut masak dan kembang betul. Selepas itu diangkat keluar dari kukusan, tekan tekan dan mampatkan pulut tu. Ketepikan dulu.




CARA Bahagian Atas :
Blend daun pandan bersama 2 cawan air dan kulit kayu manis (jika suka), perah ambil airnya. Hati hati bila memerah, takut kena kulit kayu manis tu. Daun pandan tu pula jangan blend sampai halus sangat yer nanti terasa cam perat. Pernah dengar tak perat tu eak? Saya pon tak taulaa istilah lain nak nyebutnya tu, pasai selalu mak saya cakap tu lah. Dia cam terasa getah dia kowt, beh kurang camtu lah.




Satukan santan, gula, telur, garam, air daun pandan dan pewarna hijau kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung kacau lagi hingga sebati dan tapiskan agar tidak berketul. Kacau sebentar dengan kaedah double boil hingga agak likat. Saya kacau dalam bekas kukusan yang berisi air tu. Selepas itu baru tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi dan kukus selama lebih kurang 30 minit. Api kukusan jangan kuat sangat, nanti takut banyak sangat wap jatuh ke atas permukaan kuih kita. Tak cantik jadi permukaan kuih tu nanti. Sebaiknya, balut pengukus dengan kain atau tuala supaya wapnya tak jatuh atas permukaan kuih tu. Bila sudah masak, jangan terus matikan apinya. Biar dikukus sebentar dengan tutup terbuka lebih kurang dalam 10 minit untuk mengeringkan air yang ada dipermukaan kuih tu. Sejukkan dulu betul betul baru dipotong. Kalau dipotong panas panas pun boleh gak kalau dah tak sabar, tapi tak chomey lah rupanya nanti. hehehh..




Menu saya untuk Iftar kalini sempoi jer.. Selain kuih Serimuka ni, masak kan NASI GORENG SEAFOOD jer. Tak tau dah hapa nak dimasak, buntu sudah. Pastu anak saya Farrah buatkan SIRAP BANDUNG SODA. Hohoho!!.. Terbaek ayer Sirap Bandung anakku.. am so PROUD of you.. Alhamdulillahh.. :)




Okaylah.. jadilah buat kalini membebelnyer yer.. Saya nak gi landing jap sebelum taim sahur. Besok rasanya dah mula sibuk. Nak mencari baju raya anak bertuah tu. Selai pun tak berbeli lagi kat dia. Insyaallah kalau takder aral minggu depan sudah mau mula projek biskut raya pulak. Alaa biskut koboi jer pun yang nak dibuat. Saya memang tak buatlah biskut yang banyak banyak kerja tu.. Tak kuasa Mak.. hehehh.. bukan apa, dorang tak suka sangat. Kalau buat pun selalu tu biskut yang betul betul dorang nak makan jer. Kalau tak nanti sampai raya haji sok pun ada lagi kuih tu dalam balang. Sayang jer terbuang. Hmm.. tak gak benti ni.. adoyyyaiii.. dahlah.. Apa apa pun pada yang ingin membuat Kuih Serimuka tu,  SELAMAT MENCUBA yer.. Insyaallah jadi, MALAYSIA BOLEH!!.. Daaaa..




Thursday 9 August 2012

TERBAEK Dari LADANG derr..




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Berbuka apa harini? Saya arini tak masak, OFF lah pulak. Dapur tu pun dah jemu nengok muka saya kowt.. hehehh.. Tak larat dah hari hari dok kerja berketuntang kat ceruk dapo. Tayangan arini pulak not so new, siaran tertunda jugak. Baru ni laa sempat nak masukkannya. Sibuk sungguh derr Ramadhan ni, tak cukup tanah dibuatnya. Mana nak kejar semua urusan umah yang bertangga, nak masak, nak amik anak balik sekolah. Pastu yang paling dok mengejar, Sang cahaya mentari tu nak menyenap gambor gambor ni semua. Kang kalo hari dah gelap, kelam kusamlah gambornya. Seboleh bolehnya saya tak nak ambil gambar guna flash, tak suka sangat hasilnya. Tapi kalau dah takder pilihan dan tak sempat jugak, Mak bedal jerlah. hehehh..




Pernah makan tak URAP DAUN MERANTI? Saya pun festaim makan ni. Selalu tu hubby suruh masak lemak jer. Kalau Urap pulak sebelum saya cuma buat dengan pucuk ubi, memang sedap. Tetiba bila ke pasar nampak daun meranti hubby terus cakap suh buat Urap.. So, i followw.. tapi sedaplah jugak cuma daunnya agak lembut berbanding dengan daun pucuk ubi yang agak kenyal kenyal bila dikunyah. Apa apa pun, ianya amat sedap dan sangat membuka selera. Kena pulak aritu saya masak lemak ciliapi perut tembusu pulak. Pastu goreng ikan jeruk ngan sambal gesek lagi.. duhhh.. telan ayor lior jerlah yer.. :b




Resepi dan cara buat URAP ni saya dapat dari MIL adik saya yang berasal dari Johor. Mungkin ada jugak yang panggil Kerabu rasanya tapi bahan yang digunakan ada yang berlainan sedikit. Cara yang saya belajar dari Makcik tu senang jer. Memula celur sekejap daun meranti atau pucuk ubi tu dalam air panas yang diletakkan garam dan sedikit minyak. Angkat,toskan dan ketepikan dulu. Kemudian ambil sedikit ciliapi ikutlah tahan pedas takat mana, 6-7 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit ikan bilis dan goreng semua dengan sedikit minyak sebentar hingga agak layu. Sejukkan sebentar, kemudian diblend kering atau ditumbuk. Jangan masukkan air. Gaul rata dengan sedikit kelapa parut yang putih dan masak sekejap dalam kuali. Perisakan dengan sedikit garam. Matikan api dan gaulkan dengan daun yang dicelur tadi. Perahkan sedikit limau kasturi, rasa cukup tak masin dan masamnya mengikut citarasa memasing. Bolehlah dihidangkan.




Masak Lemak Cili Api (MLCA) Perut tembusu ni pon festaim saya kena masak dan festaim jugaklah saya merasa makan. Masa memula hubby tunjuk kat pasar, termenung jugak saya camner nak dikesahkannya ni? Hubby yang beria ia sangat nak, sedap kata dia. Tapi dia pun pernah makan jer, bukannya pernah mengerjakannya. Bila di nengok seramlaa jugak, panjangggg.. tali perut lembulah katakan. Saya yang tak berapa cerdik bab perut tembusu ni teruslah ker rumah my parent mintak Tunjuk ajarku Sifu!! Abahlah yang mengajar hubby camner nak bersihkan. Seb baekk.. selamat saya. Rupanya, kena dijolok keluar isi perotnya dulu dan kemudian diterbalikkan pulak. Sikit punya kerja laa haaiii.. adehh.. Lepas tu dibersihkan dengan limau, bilas dengan air hingga bersih dan rebus dengan halia dan serai yang diketuk untuk cairkan lemak lemak yang tertinggal dan hilangkan baunya. Setelah direbus seketika, dibuang airnya dan ditoskan. Gunting perut tu pendek supaya senang untuk dimakan dan bolehlah dimasak mengikut bahan bahan yang di bawah.




BAHAN BAHAN :
1 kg Perut Tembusu
Segenggam Ciliapi 
2 inci Kunyit hidup
Serai dalam 6-7 batang ~~ dititik
1-2 helai Daun Kunyit ~~ disiat siat
500 Santan Pekat
500 Santan Cair
1 keping Asam Keping
Sedikit Belimbing Buluh
Garam secukup rasa




Kisar atau kalau rajin nak tumbuk lagi sedap, ciliapi dan kunyit hidup tu dan titik serai tu. Sediakan periuk, masukkan perut tembusu yang telah dipotong, ciliapi dan Kunyit yang telah dikisar tadi, serai, halia dan santan cair dulu. Jerang atas dapur dan masak hingga perut tu empuk dan lembut. Kalau tak empuk lagi, bolehlah ditambah lagi air dan sambung merebus lagi. Bila cukup lembut dan sudah hampir kering baru masukkan santan pekat, asam keping dan garam secukupnya. Biarkan mendidih seketika sambil dikacau selalu. Siat siatkan daun kunyit tadi dan masuk ke dalam gulai tu. Gulai perut ni sedap cukup pekat, pedas, masin dan masamnya. Jangan masak lama sangat bila dah masuk santan nanti dia terbit minyak tak cantik gulai kita. Akhir sekali baru masukkan belimbing buluh. Masak sebentar dan matikan apinya.


(pic dari N3 Kuih Keria, terlupa pulak nak snap.. tapi sama jer, ni gak rupanya Sambal Gesek..)


Selain tu, yang dimasak sewaktu dengannya juga, Limpa Goreng berempah. Ni anak dara saya Farrah yang sibuk sangat nak makan. Lama dah dok menyebut dengan ayat standard dia tu, "Dah terasa rasa kat tekak ibu".. Kebetulan masa gi pasar tu nampak ada pulak, saya pun belikanlah sekali. Masak ni sempoi jer, tapi walaupun sempoi dan hitam hitam si tampuk manis rupanya, rasanya tetap mantop dan kababoom dengan  Rempah Tok Mak tu. Harum serumah baunya masa memasak dan rasanya pun sungguh sedap. 




BAHAN BAHAN :
1 kg Limpa Lembu @ Hati Lembu
2 biji Bawang Besar *
2 ulas Bawang Putih *
2 inci Halia *
2 batang Cili Merah *
3 batang Cili Merah ~~ penting *
7-9 tangkai Cili Api ~~ jika suka pedas *
2 sudu besar Rempah Tok Mak 
1 sudu besar Lada Hitam ~~ ditumbuk
Satu sudu kecil Serbuk Kunyit
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis




Potong limpa @ hati lembu size kiub anggaran 1-2 inci. Basuh dengan sedikit tepung untuk meghilangkan baunya, bilas bersih dan toskan airnya. Gaulkan dengan serbuk kunyit. Hiris semua bahan bertanda (*). Halia dimayang halus. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dihiris tadi hingga layu dan masukkan Rempah Tok Mak. Goreng sebentar dan masukkan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan limpa @ hati lembu tadi, kacau rata hingga masak dan kering darahnya. Tak perlu masak lama sangat nanti dia akan mengeras, tak berapa sedap. Masukkan juga lada hitam yang ditumbuk dan perisakan dengan sedikit garam dan gula secukupnya mengikut citarasa memasing. Jika suka atau ada stok dalam fridge, boleh juga bubuh capsicum dan bawang besar sebelum matikan api untuk menaikkan lagi serinya.




Dah makan macam macam ni, kita minumlah pulak jus Roselle ni. Saya dan keluarga memang suka sangat jus Roselle ni. Sangat baguslah, membuang air berlebihan dalam badan. Abah saya paling suka, sebab bila dia minum bengkak di kakinya surut. Tapi janganlah buh gula yer, minum gitu jer.. Vitamin C dia pun sangatlah tinggi. Selalu kalau rasa nak demam atau selsema, minum ni cepat cepat terus tak jadi demam. Khasiat yang lain saya tak sempat nak gugel lagi. ROSELLE CHEESE BROWNIES pun saya pernah buat guna pati Roselle ni. Memang serius sedap sangat, taklah cam selalu tu terasa pahit colour tu. Kalau nak nengok dan nak mencuba resepinya boleh click kat N3 ROSELLE CHEESE BROWNIES ni. Saya juga ingin mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada teman alam maya saya Rock Rocky yang telah bersusah payah mengepos buah Roselle hasil dari kebunnya di Johor kepada saya. Mudah mudahan makin lebatlah buah roselle tanamannya.




Cukuplah sampai di sini dulu. Panjang bebenor dah ni. Kepada teman teman yang beragama islam, Selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat menyediakan persiapan Raya yang bakal tiba tak lama lagi ni. Pesanan terakhir dari saya JANGAN MAIN MERCUN!!!.. BAHAYA!!.. Daaa..



Wednesday 8 August 2012

Cucur Badak @ COQBADAK




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua. Alhamdulillah dengan izin Allah saya kembali bersiaran di sini. Pertamanya mohon maaf pada teman teman yang agak lama menantikan resepi Coqbadak saya ni. Bukan apa, agak sibuk gaklaa dengan menguruskan Mak saya. Alhamdulillah pada hari Isnin aritu Mak telah menjalani rawatan laser mata kirinya dulu. Mata kanannya tak boleh buat apa apa lagi menurut doctor kerana masih banyak pendarahannya. Kondisi penglihatannya tetap sama, takder perubahan langsung. Apa apa pun saya sentiasa mengharapkan dan berdoa yang terbaik buat ibundaku yang tercinta. Insyaallah saya akan cuba juga sedaya upaya saya untuk mendapat rawatan yang terbaek dalam masa yang terdekat ni. Sedeh sangat bila Mak sebut, "Mak tak dapat nak Mengaji lagi".. :'(




Seperti yang dijanjikan saya akan berkongsi sebaiknya dan semampu saya resepi Kuih Coqbadak saya ni. Biasa orang panggil cucur badak kann.. Tapi saya ni orang utara, dah terbiasa dengan sebutan Coqbadak singkatan dari Cucoq Badak. Resepi asal ni, cam biasalah dari tunjuk ajar Mak saya sendiri. Cuma segala sukatan tu terpaksalah saya workout sendiri untuk kengkawan. Maklumlah, mak mak kita masak manalah ada resepi bagai kann.. dorang jeling dan cecampak jer dah kompom menjadi. Sebelum ni saya buat pun tak pernah guna resepi, semuanya sesedap tangan dan lidah jer.. tetapi demi teman temanku yang tersayang akan kuabadikan resepi COQBADAK ku disini. hehehh.. Jomm pi dapoq!!.. Kita buat inti dia dulu.




BAHAN BAHAN (INTI) :
1 biji Kelapa Parut ~~ yg sedang, tak tua sangat
150 gm Udang ~~ size kecil
500 ml Air ~~ anggaran
1 sudu kecil Rempah Tok Mak ~~ jika ada
1 sudu besar Jintan Manis ~~ direndam sebentar *
2 batang Serai *
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 sudu kecil Udang Kering *
3 sudu besar Cili Mesin
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
Garam dan Gula secukup rasa



Tenkiu my dear Farrah, tolong ibu kukoq nyioq.. :)




Sediakan kelapa parut dari kelapa yang sederhana tua dan ambil putihnya sahaja. Blend atau kalau rajin tumbuk semua bahan bertanda (*). Satukan semua bahan di atas dan gaul rata. Masak dengan api sederhana hingga hilang rasa dan bau cili. Jika rasa cili tu masih terasa, bolehlah tambah lagi sedikit air dan terus mengacau hingga kering. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Jika dah masak sejukkan dulu dan sementara tu kita buatkan adunan keledek dulu.




BAHAN BAHAN :
1 kilo Keledek ~~ saya suka keledek oren
1 cawan Tepung Gandum
Sedikit Garam
Air secukupnya untuk merebus




Buangkan kulit keledek, potong potongkan dan rebus hingga empuk. Masukkan sedikit garam dan air pada paras agak agak tenggelam keledek tu. Tak perlu banyak sangat air sebab keledek cepat empuk. Bila sudah empuk, toskan air yang berlebihan dan sejukkan sebentar. Jangan dilenyek atau dibancuh dengan tepung dulu ketika keledek tu masih panas kerana ini masih lembik dan akan menyebabkan penggunaan tepung yang berlebihan dari sukatan asal. Kuih tu akan jadi keras nanti kalau terlebih tepung.




Setelah keledek betul betul sejuk barulah dilenyek hingga hancur. Masukkan tepung dan sedikit garam. Gaul dan uli sedikit hingga sebati dan sekata. Tak perlu lama sangat. Bulat bulatkan doh, leperkan dan masukkan inti. Setelah siap kesemuanya, bolehlah digoreng dengan api yang sederhana dan dibalik balikkan selalu supaya masak sekata. Angkat dan toskan minyaknya sebentar sebelum dihidangkan. Siaplah sudah Coqbadak kita ni. Sempoi jer kann.. Selamat Mencuba dan Selamat menjalani ibadah puasa.. (",)


Sunday 5 August 2012

NASI ARAB Lagi..




Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu semua. Alhamdulillah dengan berkat dan izin Allah SWT kini kita sudah berada di pertengahan Ramadhan. Ramai juga kengkawan yang saya nampak sudah mula membuat persiapan untuk kedatangan Syawal yang semakin hampir. Saya ni apa pun belum buat, baju raya anak pun belum beli. Tak taulah kenapa, untuk yang ke sekelian kalinya raya tahun ini saya tak kesah langsung nak menempah baju raya macam tahun tahun yang sudah. Bukan apa, baju raya tahun lepas pun tak habis pakai lagi. Baju Farrah pun saya nak cari yang readymade jerlah takat sepasang dua. Jadilah.. Kalau tak nanti baju tu pun dipakainya sekali jer, pastu dok laa tergantung jer baju baju tu. Memang takder maknanya laa dia nak pakai baju kurung selalu.




Atas permintaan anak saya Farrah juga, semalam saya buat NASI ARAB lagi. Tak jemu jemu dia dengan Nasi Arab ni, pelek betul saya nengok. Dulu saya pun dah pernah buat versi daging ni, boleh nengok kat SINI. Cuma pada kalini saya ada olah sikit, saja nak mencuba cuba untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Alhamdullillah sedap jugak dan saya rasa amat berpuas hati atas percubaan kali ini. Kalau ada kengkawan yang berminat nak mencuba, jomlah nengok resepi dari saya yang tak berapa nak Arab ni.. hehehh..




BAHAN BAHAN :
6 pot(rice cooker) Basmathi
1 kg Daging
3 biji Bawang Besar
2 inci Halia
3 biji Buah Tomato yg masak
Minyak Sapi + Minyak Zaitun ~~ utk menumis
Sedikit Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga dan Cengkih
2 sudu besar Rempah Sup 
Garam secukup rasa (lebeh kurang 3 sudu kecil)
2-3 helai daun pandan
Sedikit Lada hitam biji (jika suka) 
Sedikit Saffron
Sedikit Pewarna Kuning
Sedikit Daun Pudina




Rebus daging yang dipotong sebesar 3 jari dengan air yang banyak. Masukkan bawang besar, buah tomato dan halia yang telah diblend, serta rempah sup dan sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Masak hingga empuk.

Kemudian sediakan periuk untuk memasak nasi. Panaskan minyak sapi dan minyak zaitun. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Kemudian masukkan pula daging yg telah direbus tadi bersama daun pandan yang telah disiat dan disimpul. Goreng sebentar daging tu bagi agak garing sedikit. Perisakan dengan sedikit garam dan saffron, kacau rata dan bolehlah diangkat keluar. Kalau suka boleh juga bubuh sedikit lada hitam biji. Selepas itu, masukkan pula sedikit saffron (jika ada) dan air rebusan daging tadi dalam 8 pot rice cooker. Tapi ini bergantung pada jenis beras jugaklaa.. Beras tu kena rendam dulu selama 10 min, kemudian basuh dan toskan sebelum dimasak. Bubuh garam dan transfer ke rice cooker, biarkan sampai masak. Sesekali kacau perlahan supaya masak sekata. Jangan kacau kerap sangat bila dah kering, nanti dia hancur, tak cantik nasi kita. Bila dah masak betul, titik titikkan sedikit pewarna kuning ke atas nasi tadi untuk mencantekkan warna nasi tu. Jangan dikacau dulu, tutup balik periuk tu. Masukkan sedikit daun pudina untuk menaikkan aromanya. Hidangkan bersama daging tadi.




Untuk SOS dia, blend lebih kurang 3 biji buah tomato (buang bijinya) dgn sedikit cili padi/cili merah, daun pudina, daun ketumbar dan garam mengikut citarasa. Perahkan sedikit lemon (ikut selera laa, nak masam takat mana). Tambahkan juga sedikit minyak Zaitun dalam bahan yang diblend tu.

Untuk Salad pula, potong dadu timun (saya suka timun jepun), traffic light capsicum dan tomato (buang bijinya). Kalau suka boleh juga bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kemudian gaulkan bersama sedikit garam, minyak zaitun, daun pudina dan daun ketumbar yang dicincang halus hingga rata. 

Kalau suka, boleh juga buat yogurt.. Saya guna Natural Yoghurt yang digaul rata dengan sedikit daun pudina dan daun ketumbar yg dicincang halus. Perisakan dengan sedikit garam. Siap!!.. Senang kann.. Jika ada yang tak suka atau tak boleh makan daging, boleh juga mencuba versi Ayam seperti yang pernah saya buat suatu ketika dulu. Boleh juga rujuk ker N3 NASI MANDY AYAM ini jika berminat.




Saya juga menyediakan kuih Coqbadak semalam. Insyaallah pada next N3 saya kongsikan pula resepi Coqbadak saya tu yer. Selamat Berpuasa.. :)