Monday, 7 November 2011

Sotong Goreng Tepung


Hepi sangatttt... Kali ni baru jadi betoi 'Sotong Goreng Tepong' ku.. chantek jer melekat tepong tuu kannn.. Thanx Sue Aleen for the mabeles recipe.. Cuma akak ada add chilli flake n tepong jagung jer sikit tadi.. Pasni tkyah sesusah gi Melaka lg klu nk makan.. beli sotong, buad sendiri jer.. :)

BAHAN BAHAN :
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah
sedikit chilli flakes
sedikit daun kari

CARANYA :
1. Bersih dan toskan sotong. Potong kecil-kecil.
2. Gaul sotong dengan garam dan lada sulah.
3. Pukul telur dan rendamkan sotong seketika di dalam telur.
4. Satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, chilli flakes dan daun kari. Sotong yang telah disalut dengan telur tadi, disalut pula dengan adunan ini. Salut hingga tepung melekat pada sotong.
5. Goreng dalam minyak yang panas sedikit demi sedikit untuk mengelakkan sotong meletup. 


2 comments:

Anonymous said...

Nampak crunchy sotong tu. Delicious from Senyum Sokmo

Norshila Abd Rahman said...

Mmg crunchy.. cubalah.. :)