Wednesday, 23 November 2011

BLUEBERRY Custard Pie





Sebenarnya, saya tak berapa sihat harini.. Kalau nak diikutkan hati, malas nak buat apa apa.. nak baring jer.. Kepala ni macam nak pecah rasanya, badan pon semua sakit sakit.. Tapi, bila terbayangkan wajah Suami yang tak berapa jernih bila lepas makan bukak fridge takde dessert semalam.. Kesian laa pulak.. berkali kali pulak tu dia bertanya.. "Dessert dessert takde ker?"... Alaaahaiii... Actually, stock bahan2 pon banyak yg dah habis.. tu yang tak tahu apa yang nak direka tuu.. Makanya, harini kugagahi juga keluar bersama anak kesayanganku pergi mencari bahan bahan.. Terpandang pulak buah Blueberry yg agak fresh jugak.. hurmm.. terus terlintas di kepala jemala ku ini akan 'Blueberry Custard Pie'.. buadnya pon senang jer.. Recipe dia pon dah hampir 90% ada dalam CPU ku.. hehee.. kira On jer lah kann...





Langkah mengePIE kumulakan dgn menggaul 1 1/4 cawan tepung gandum, 1/2 buku unsalted butter (120 gms) bersama 1/4 cawan gula icing dan 1/4 sudu kecil garam. Butter tu yang sejuk dari peti terus yer. 

Setelah semuanya mesra alam, saya masukkan ke dalam acuan pie yg removable tu dan ratakan mengikut bentuk acuan tu. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 15-20 min. Apabila dikeluarkan dari peti sejuk. cucuk cucukkan sedikit permukaan pie tu dgn garpu dan bakar selama 25-30 min pada suhu 170 deg Celcius. Tapi ni bergantung jugak pada oven memasing yer.. Kena check it out selalu. Agak2 dah bertukar ke warna kuning keemasan tu kira masaklaa dah tuu..

Seterusnya, saya sediakan pulak CUSTARDnya. Mula mula pukul dulu 2 biji merah telor bersama 1 sudu besar gula hingga agak kembang, kemudian masukkan 3 sudu besar tepung jagung. Masak pula 1 cawan susu (saya guna susu ideal) dgn 2 sudu besar gula. Bila dah hampir mendiddih, masukkan bahan telor kuning tadi dan kacau cepat cepat dgn api perlahan. Bila dah agak pekat, masukkan 1 sudu besar butter dan kacau rata. Matikan api dan tuang ke atas permukaan Pie tadi dan ratakan.

Akhir sekali, buat GLAZE dia pulak. Saya guna fresh Blueberry, adalaa dlm satu cawan kowt.. Mula mula masak separuh dari buah Blueberry tu dgn 1/4 cawan air dan 2 sudu besar gula (boleh kurangkan klu tak suka manis). Setelah buah dan gula tu agak hancur, masukkan 1 sudu kecil tepung jagung yg dibancuh dgn 1/4 cawan air. Masak bagi pekat, tp taklaa pekat sangat, agak agak cam gel dan boleh dituanglaa.. Akhir sekali, masukkan balance buah Blueberry tadi, kacau kacau sebentar dan angkat. Jgn lama sgt, nanti buah tu pecah tak canteklaa nak ghupa dia kann.. Pastu, tuang jer glaze tu atas permukaan Custard pada Pie tu dan ratakan. Bila dah agak tak panas lagi, bolehlaa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Yayyy.. jadilaa dahh.. Sedap dihidangkan ketika sejuk atau Omputih cakap 'Serve Chilled'  :P


3 comments:

elaira said...

makan ati laa kak tengok bluberi pai ni.... huhu oh bluberi....huhu

Shiela said...

Jgn makan ati elaira.. makan pie blueberry tu.. hikhik.. :)

Anonymous said...

haiisss meleleh air liur negok...hihihii