Friday, 18 November 2011

NASI BERIANI & KURMA DAGING



Lama betol tak buat Nasi Beriani sendiri. Ku intai intai my kitchen, bahan bahan cam ada dalam rumah, daun pudina lebih buat Laksa semalam pon byk lagi, hurmmm... sayang pulak nengok daun tu masih fresh lagi, tanpa fikir panjang lagi terus usahakan menjadikan Nasi Beriani itu kenyataan.. Daging Qurban banyak lagi ada dalam peti sejuk tu, masak Kurma pon sedap.





~~ NASI BERIANI ~~

Bahan bahan :
4 pot rice cooker basmathi
5 pot rice cooker air rebusan daging/ayam (stock)
5-6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 btg serai (dititik)
2 helai daun pandan
sedikit daun pudina
Sedikit daun ketumbar atau daun sup (yg mana suka)
2 sudu kecil Rempah Beriani (saya guna 'Mother's Recipe' brand)
200 ml Yoghurt
Sedikit Saffron
1 ketul kecil Gula Batu
Garam lebih kurang 2 sudu kecil atau secukup rasa
1/2 cawan minyak utk menumis, dicampur sedikit ghee
Sedikit kulit kayu manis n bunga lawang (klu suka)
(blend/hiris halus semua bahan bertanda *)


Mula mula Rendam dulu beras Basmathi selama 10 minit. Kemudian bilas dan toskan. Panaskan minyak, tumis bahan bahan yang bertanda (*) bersama serai dan daun pandan. Jika suka boleh tumis bersama sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang. Setelah bahan tumisan sudah bewarna keperangan, masukkan pula Rempah Beriani yang telah dibancuh menjadi pes dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging/ayam, diikuti dengan Yoghurt. Kacau rata dan masukkan pula basmathi, saffron, gula batu, daun pudina dan ketumbar dan tutup periuk. Kemudian biarkan saja ia masak dlm rice cooker. Sesekali dikacau perlahan agar masak sekata. Setelah betul betul masak, boleh laa dititik sedikit pewarna kuning jika suka. Saya tak bubuh. Senang kan... :)





~~ KURMA DAGING ~~

Bahan bahan :
Daging Lembu 1kg
Rempah Kurma 3 sudu besar
*Bawang besar 1 biji
*Bawang merah 3 biji
*Bawang Putih 2 ulas
*Halia 1 inci
*Lada hitam 1 sudu besar (ditumbuk kasar)
(Tumbuk semua bahan di atas)
Susu ideal 1/2 tin (200g)
1 sudu besar jus limau nipis atau lemon
Ubi kentang 2 biji (dibelah 2)
1 biji bawang besar ( dibelah 2)
sedikit carrot dipotong kasar
2 btg cili hijau
2 btg cili merah
1 biji tomato

Utk tumis darat :
6 biji bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
sedikit kulit kayu manis n bunga lawang (klu suka)
sedikit daun kari
setengah cawan minyak masak + 1 sudu myk sapi


Rebus daging bersama rempah kurma dan bahan2 yang telah ditumbuk tadi. Setelah empuk masukkan ubi kentang. Bila kentang pun dah empuk, kecilkan sedikit api dan masukkan carrot, susu ideal, bawang besar yg dibelah, cili hijau dan merah. Air jangan banyak sangat, nanti kuah cair, kurengg.. Bila dah mendidih dan masak masukkan jus limau atau lemon tadi. Tutupkan api..

Goreng bawang merah dan putih yang dihiris tadi hingga keemasan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang dan daun kari. Kemudian tuang dalam periuk kuah kurma tadi dan tutup supaya bau dia tak keluar.. Siap laa dah Kurma tu.. 

Saya tak buat apa apa acar kali ni. Malaslaa pulak rasanya nak keluar ke kedai semata mata nak beli timun. Cuaca pon mendong dan hujan sepanjang hari. Lagipon, bukannya dorang makan sangat.. Tiap kali buad, mesti terbuang.. sayanggg.. Apa apa pon, saya merasa sgt bahagia melihat Suami dan Anak saya really enjoy their dinner.. Alhamdulillah.. Syukur pada Rezeki dan AnugerahMU Ya ALLAH... :)

2 comments:

Anonymous said...

Bestnya nasi tu panjang panjang. Mesti cuba ni resipi Shiela.
Tq Senyum sokmo.

Norshila Abd Rahman said...

Guna beras PUSA tu Senyum Sokmo..