Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Petang semalam lepas balik dari rumah kenduri kat Rembau, duduk duduk tu tekak ni teringin sesangat nak makan kuih TALAM SUJI. Kuih ni memang peberet saya sangat sangat dari dulu. Selama ni susah nak dapat yang betul betul sedap. Ingat lagi, kalau nak makan yang sedap kenalaa pesan kat adik ipar saya Amy Tamiri tolong belikan kat Pasar Sec 6, Shah Alam. Alhamdulillah setelah mencuba resepi ni hati saya rasa puas dan hepi sangat.. Akhirnya berjaya juga saya menikmati kuih Talam Suji saya sendiri. One thing for sure.. "Mak, U must be so proud of your doter now"... :)
Terima kasih banyak banyak Reen kerana sudi berkongsi resepi Talam Suji ni cuma saya ada kelainan sikit sikit sebab saya guna apa yang ada kat dapo saya tu jer. Dah petang baru teringat nak buat, mana nak cari santan segar lagi kann.. Saya guna santan kotak cap Ayam tu jer laa.. Tapi tetap sedapp.. heheh.. Santan Kotak cap Ayam ni memang saya suka guna, bau dan rasa dia segar, tak menjejaskan rasa masakan saya. Lagipun ia mudah untuk keep stock kat dapo. Wahh.. tak pasal pasal pulak jadi Duta Santan cap Ayam ni. Okaylah.. jom nengok cane nak jadikan kuih TALAM SUJI dengan cara saya yang sempoi.
LAPISAN BAWAH :
1 1/2 cawan tepung suji
200 ml Santan Kotak (Ayam brand)
3 cawan Air
1 cawan Gula Pasir
Sedikit Garam
Sedikit Pewarna Kuning
LAPISAN ATAS :
400 ml Santan Kotak (Ayam Brand)
2 cawan Air
1 cawan Tepung Gandum
2 sudu besar Tepung Custard
1 cawan Gula Melaka
(klu guna Gula Merah, tambahkan 2 sudu besar Gula Pasir)
(klu guna Gula Merah, tambahkan 2 sudu besar Gula Pasir)
** Beberapa helai daun pandan
CARA CARA :
Mula mula panaskan dulu kukusan kita. Satukan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan gaul rata. Masak dengan 1-2 helai daun pandan dengan atas api perlahan hingga agak pekat. Sentiasa dikacau supaya tidak berkutil dan hangit. Masukkan ke dalam bekas atau loyang dan ratakan. Kukus selama 15-20 minit.
Adunkan pula adunan untuk Lapisan Atas. Kalau berkutil tepung tu, bolehlah di tapis dulu dengan penapis santan atau apa jerlah yang ada kat dapo kita tu. Kemudian masak sekejap bersama 1-2 helai daun pandan juga dengan api perlahan hingga pekat sedikit. JGN TINGGAL yer.. KACAU sentiasa.. kalau tak nanti dia cam berkutil, tak cantek. Selepas tu, tuangkan ke atas Lapisan bawah yang kat dalam bekas tadi. Kukus lagi selama lebih kurang 20 minit. Sejukkan dulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
Tips dari saya : Setelah cukup masa mengukus akhir yang 20 minit tu, jangan matikan api kukusan tu dulu. Biarkan kuih tu atas kukusan dengan tutupnya TERBUKA selama 10-15 minit. Dengan cara ini boleh mengeringkan air dari wap yang ada di permukaan kuih tu. Semua kuih yang kita kukus versi Talam elok dibuat camni. Tak perlulah nak dilap dgn tisu, kerana ini boleh menjejaskan rupa kuih tu kalau tak hati hati. Insyaallah.. Selamat Mencuba yer.. Memang tak rugi mencuba, sedap sangat kuih Talam Suji ni.
9 comments:
Cantekna Talam Suji...sesuai betul dengan namanya..
Salam kenal.....oooo resipi Reen Khan rupanya, patut la sdp. Akk x cuba lg, agak fobia dgn kuih talam....hehe..
Naklah juge rasa yang nie...
Maseh Rahel..
Salam kenal Zana..
Amik amik Rohah.. :)
Salam,
saya teringin nak mencuba kuih talam nie...nampak mengancam betul...cute potongan kuih tu.
Wsalam.. :)
Cubalah CitarasaKu.. Insyaallah sedap..
sukan talam...nanti leh cuba sebab mmg mengoda dan sudah tergoda...
hehee.. Selamat mencuba ummiakid-lily.. :)
Hai..1 cwn air bersamaan dgn berapa ml?
Post a Comment