Sunday 21 July 2013

TEMPAHAN KECIL KECILAN.. ;)





Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua yang saya sayang. Wahhh.. Rindunyaaa nak membebel.. Harap masih belum terlambat juga untuk saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada teman teman yang beragama islam. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas lepas. Insyaallah..

Ramai juga yang dok komplen nape saya dah lama tak hapdet blog ni. Bukan saya taknak hapdet tapi semenjak saya mula menerima tempahan cake dan masakan lain, masa 24 jam dalam sehari tu tak cukup buat saya. Saya run biz ni seorang diri.. Achik laa piyon, Achiklaa jugak manufacturer, Achik jugaklah purchasing dan marketing department.. Pendek citer cam omputih cakap tu 'One Man Show' lah tapi Achik ni kena tukar 'One Woman Show' ler pulak kann.. hikhikhik..



Blueberry Filling Layer Cake with Fresh Cream & Fruits



Sebelum saya lupa ada sesuatu yang ingin saya katakan.. Dah terlanjur ada masa mengadap lappy usang ni.. Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi terima kasih buat Kjee yang memberi ruang buat saya dalam blog Kjee @ Fauziah Abd Samad. Sungguh terharu saya membacanya tak berasa sama naik air mata keluar dan bibir mengukir senyuman tatkala menyudahkan tulisan Kjee tu. Berulang ulang kali saya membacanya Kjee. Insyaallah akan saya print dan kalau boleh nak saya framekan. Sesungguh sungguhnya saya tak sangka akan mendapat tempat di hati Kjee walhal pada awalnya dicemuh juga oleh teman teman yang tak memahami. Ada yang kata saya ni asal masak jer nak tunjuk, nak tayang atau omputih cakap nak 'show off' tapi dalam hati saya tahu apa yang saya buat dan hanya Allah SWT saja yang tahu niat dalam hati ni. Saya tak pernah peduli apa dorang nak cakap atau fikir.. Lantak koranglah.. Alhamdulillah dengan cara ini juga, saya mula dikenali dan menerima tempahan dari teman teman yang tak kurang juga follower follower saya sendiri.



Choc Moist Cake untuk Anniversary.. Saya tak bagi tulis apa apa sebab bagi saya kek ni sudah cukup menyatakan segalanya dengan bentuk heart yang berbunga bunga ni kann.. :)



Saya ni taklah pandai sangat nak buat cake yang kababoom macam kengkawan lain. Tapi bila dah ada yang beria nak saya buatkan saya cubalah juga sedaya upaya saya. Actually apa yang saya buat bukanlah kerana 'Ringgit Malaysia' semata mata tapi saya rasa honoured kerana diberi kepercayaan untuk menyediakan cake cake untuk hidangan keluarga especially untuk hari hari istimewa. Alhamdulillah sekarang dah mula ada juga yang menempah lauk pauk seperti Rendang Ayam Kampung dan Kari Ikan saya. Tak berdaya nak menolak bila orang beria ia nak merasa air tangan saya. Tak tahan katanya dok menengok gambar di blog. hmm.. yeker?? hehee.. Apa apa pu terima kasih banyak banyak pada yang sudi menempah tu. Dapat jugak akak mengisi masa terluang saban hari.



MASCARPONE CHOC MOIST CAKE



Antara cake saya yang malatop sekarang ni selain Moist Fruit Cake dan Red Velvet adalah Mascarpone Choc Moist Cake. Ramai yang suka pada cake ni termasuklah saya sendiri. Rasa cam makan choc cake ngan eskrem. Betulll.. tak tipu punyerr.. hehee.. Pada yang tanya recipenya, saya mohon maaf banyak banyak sebab tak dapat nak kongsikan kerana menghormati permintaan hakmilik resepi itu walaupun saya dah adjust ikut citarasa saya. Selain tu yang tak kurang juga demandnya adalah Moist Choc Cake. Yerlah ramai yang suka kan cekelat. Saya share juga kat N3 ni beberapa cake dari hasil kerastangan saya yang tak seberapa. Saja laa buat kenang kenangan.. 








Ni pulak tempahan yang terbaru versi Lauk Pauk pulak. Rendang Ayam Kampung dan Gulai Kari Ikan yang saya cakap tadi.. Siap dengan Sambai Vellacann sekali diordernya.. Apapun terima kasihlah banyak banyak kerana percaya pada saya dan sudi mengorder. 






Okaylah.. Mata pun dah ngantuk sangat. Waktu sahur pun dah berlalu.. Semalaman saya nak sudahkan N3 ni dengan laptop antik ni.. Alaahaaiii.. Sabar jerlah.. Ada rezeki, ada masa, ada umur kita jumpa lagi. Maaflah Ramadhan kali ini saya tak sempat nak berkongsi resepi sangat tapi dalam blog saya ni dah banyak juga resepi yang saya kongsikan. Kalau takder ilham untuk masak berbuka puasa tu, rajin rajinlah skodeng yer.. Sebelum tu layan gambar tempahan Pulut Kuning dan Choc Moist Cake with Nuts ni. 



Customer request ceklat dia takmor tebal tapi nak nuts banyakkkk.. :)




Thursday 20 June 2013

Demo Masakan Saya.. ;)





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.. Wahhh.. lama jugak saya tinggalkan blog ni yer.. Naik bersawang dah yer.. Ayyy.. nak buat camner, sibuk sangat saya dengan tempahan dari teman teman serba sikit tu. Bila ada masa sikit sikit tu rasa nak merehatkan diri puas puas pulak. Pastu dengan kondisi laptop saya yang semakin tenat ni, aduhaiii.. cukup berchenta betoi dibuatnya, naik menanah menunggu.. Kejap kejap dia hang.. kejap kejap hang.. Nak menyudahkaan sesatu N3 tu pun cukup menguji kesabaran. Masa dah taim kot.. Dah hukum tukar baru.. Nantilah kumpul duit pelan pelan kann.. Ada rezeki kita tukar baekkk punyer.. berangannn.. :)





Actually N3 kalini saya nak sembang sikit ngan kengkawan. Haaa.. nak bayar utang lama tak dapat membebel ni.. hehee.. Pada 2hb June 2013 tempohari saya telah dijemput membuat Demo Masakan oleh Pihak KEBAL (Kelab Barangan Lama) di Anggerik Mall Shah Alam. Terus terang cakap saya memang tak sangka akan melangkah ke tahap itu walaupun saya faham tujuan sebenarnya adalah untuk menarik orangramai supaya datang ke Jualan Barangan Lama yang memang diadakan pada setiap hari ahad di situ. Pada mulanya saya agak risau dan keberatan untuk menerima tawaran itu. Maklumlah selama ni saya hanya membebel di sini pada hujung jari saya jer kann.. Mana pernah gi ngajor masak depan orang ramai bagai tapi bila mengenangkan permintaan seorang teman yang juga merupakan salah seorang penganjurnya saya gagahilah juga. Bak kata suami saya pulak menambah lagi.. Kalau tak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Maka saya pun menyahut cabaran itu dan menerimanya. Walau hati penuh gentar saya tetap juga berusaha mencuba untuk memberi yang terbaik. Jika ada kekurangan tu, saya mohon maaf sepuluh jari. Saya budak baru belajar.. :)






Menu masakan pada hari itu semuanya adalah dari permintaan pihak Penganjur iaitu NASI LEMAK PANDAN BERHALBA dengan SAMBAL CHUMIQ dan juga sejenis Kuih Traditional orang Melayu iaitu KUIH CARA MANIS. Tatkala melangkah masuk jer ke dalam Anggerik Mall saya terpandang akan Bunting yang dibuat tu tertulis Demo Masak bersama Blogger Terkenal. Aduhaiii.. dalam hati terdetik, terkenal ker? rasanya saya ni biasa biasa jer.. Taklah terkenal mana tapi di satu sudut pula menambahkan lagi gentar saya kerana sudah pasti mereka mengharapkan yang terbaik dari 'Terkenal'. Saya pun taknak fikir lagi.. teruskan jerlah.. Redah jer!!. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar juga walau ada juga sedikit kekurangan sana sini. Crowd boleh tahan.. Not bad jugak sambutannya.






Seawal pagi dengan hati yang dug dag dug daq saya telah menyediakan dulu di rumah satu periuk besar Nasi lemak tu dan Sambal untuk diagihkan pada para tetamu untuk merasa masakan saya. Alhamdulillah.. Semua yang merasa cakap sedap. Saya juga memberi peluang pada para tetamu untuk mencuba membuat Kuih Cara. Barulah syiok sikit dan taklah boring sangat mereka dok nengok jer kat depan tu. Apa pun Demo Masakan ini tetap menjadi kenangan manis dalam hidup saya. Terima kasih sekali lagi pada Pihak Penganjur dari KEBAL Anggerik Mall Shah Alam yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan programme ini buat julung kalinya. 








Terima kasih juga pada teman teman yang datang dari jauh dan dekat untuk memberi sokongan moral pada saya. Saya tak lupa jasa baik teman teman semua. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. 

Inilah saja beberapa gambar kenangan di hari yang sungguh bersejarah buat diri saya yang dapat saya kongsikan di sini. Nak buh semua banyak sangatlah pulak kann.. hehee.. Insyaallah jika diizin tuhan, ada rezeki ada umur kita jumpa lagi.. Daaaa.. Sayang semua.. Muahhhh.. :)







Wednesday 22 May 2013

MEE BANDUNG SPICES JOURNEY



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.. Lama betul saya tak update kan. Agak sibuk sikit dengan tempahan dan tugasan harian. Dapur kengkawan pun tak sempat saya nak skodeng sangat. Jangan majuk yer.. Ada kelapangan pasti saya singgah nanti. Semua tugasan saya terpaksa lakukan sendiri hingga kengkadang tak terkejar rasanya jam yang berputar tu. Apapun alhamdulillah semuanya rezeki dari Allah SWT buat saya. Syukurr..

Since ada sedikit masa harini saya ingin share resepi MEE BANDUNG cara saya sendiri yang selalu saya buat mengikut Citarasa saya. Memang saya rekomen betul pada kengkawan yang suka makan Mee Bandung untuk mencubanya. Insyaallah tak menyesal, cuma kena rajinlah sikit yer.. Okaylah, saya pun takleh bebel banyak banyak, kejap lagi dah ada kerja menanti. Kita go straight to the recipe yer.. 




BAHAN-BAHAN :

1 kg Mee Kuning
100 gm Udang kering (dikisar)
2 biji Bawang Besar (dikisar)
5 sudu besar Cili Mesin
10-15 Bawang Merah  (dihiris dan digoreng)
3 ulas Bawang Putih (2 dikisar dan 1 lagi dihiris utk digoreng)
100 gm Kacang Tanah (disangai, dibuang kulit dan dikisar)
Daging, Udang & Sotong Segar
Sayuran seperti Sawi & Kobis 
Sedikit Air Asam Jawa
1-2 biji Buah Tomato (dibelah 4)
Sedikit Cili Api (diketuk)
Sedikit Cili Hijau (dihiris utk hiasan)
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak utk menumis & Menggoreng
Tauhu (digoreng dan dihiris)
Daun Sup dan Daun Bawang (dihiris)
Telor (ikut berapa biji nak)




CARA-CARA :

- Tumis udang kering hingga garing dan naik bau.
- Masuk bawang besar dan bawang putih yang dikisar dan biarkan garing.
- Masuk cili kering dan kacau sehingga agak garing
- Masuk hirisan daging dan biarkan empuk.
- Masuk pula kacang tanah dan air biar dia kembang sedikit supaya kuah pekat.
- Masuk air asam jawa tadi diikuti dgn bawang goreng dan seafood.
- Masuk cili api, garam dan gula.
- Pecahkan telur sebiji sebiji ikutlah nak berapa banyak.
- Biarkan menggelegak dan masuk mee dan sayuran. Masak seketika dan angkat.
- Hias dengan bawang goreng, cili hijau dan tauhu goreng.


SELAMAT MENCUBA.. (-;



Thursday 9 May 2013

RED VELVET CHEESE BROWNIES


Assalamualaikum dan Salam Sayang buat Semua. Agak lama jugak kan saya tak update sebarang N3 kann.. Rindu jugak rasanya cuma saya agak sibuk kebelakangan ni dengan tempahan tempahan dari teman teman. Alhamdulillahh.. Rezeki dari Allah SWT. Terima kasih juga pada semua yang membuat tempahan. Harap berpuas hatilah dengan apa yang saya usahakan sebaik mungkin itu.

Sebagai menepati janji saya pada teman teman pada N3 ini saya akan kongsikan resepi RED VELVET CHEESE BROWNIES yang sangat ngetop permintaannya sekarang. Resepi ini adalah dari olahan saya sendiri setelah beberapa kali juga  try an error. Alhamdulillah feedback dari pelanggan pelanggan saya semuanya amat positif dan sangat berpuas hati. Kalau ada yang nak mencuba bolehlah rujuk resepi di bawah.




BAHAN BROWNIES :

250gm High Grade Butter (used SCS)
1/2 cawan Minyak Jagung
2 sudu besar Serbuk Koko
200 ml Natural Yoghurt
1 1/4 cawan Gula Kaster
2 biji Telur Grade A
2 cawan Tepung Cake
1 sudu teh Pure Vanilla ekstrak
1 sudu teh Soda Bicarbonate
1 sudu teh Cuka/Lemon Juice
1 sudu teh Wilton Red gel paste 

Note : Tepung Cake BUKAN Tepung Naik Sendiri/Self Raising Flour yer. Jangan SILAP nanti lain texturenya. Sebaiknya kita buat sendiri Tepung Cake, bagi sukatan 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan penuhkan selebihnya dengan tepung gandum. Ayak sebelum digunakan. Kandungan tepung jagung dalam Cake yang membuat rasanya lebih sedap. Selain itu pastikan menggunakan bahan yang berqualiti untuk mendapatkan Cake yang betul betul sedap.




CARA CARANYA :

Cairkan mentega dan minyak jagung (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair dan sejukkan sebentar. Ayak tepung cake yang kita buat tadi bersama serbuk koko. Dengan menggunakan elektrik mixer, pukul gula kaster dan telur hingga sebati. Masukkan mentega dan minyak jagung yang telah dicairkan tadi dan gaul sebati. Kemudian masukkan yoghurt yang telah dibancuh dengan gel pewarna merah, pukul sebentar hingga mesra. Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang vanilla extract, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 2-3 sudu besar untuk dibuat corak atas cheese tu nanti. Akhir sekali, campurkan soda bicarbornat dan cuka/lemon juice di dalam bekas kecil, kacau dan tuang cepat cepat ke dalam adunan. Gaul rata dengan pantas, tuang ke dalam loyang 4 segi bersaiz 9"x9" atau 10"x10" dan terus bakar dalam 40-50 minit pada suhu 175C (bergantung pada kapasiti oven masing masing) atau hingga brownies masak. Sementara menanti brownies masak kita boleh terus sediakan Lapisan Cheese.




BAHAN LAPISAN CHEESE :

350 gm Cream Cheese
1 cawan Gula Icing
1 biji Telur gred A
1 sudu besar jus Lemon

Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan. Tak perlu sejukkan brownies itu. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg dan kemudian lorekkan mengikut creativity memasing. Sambung membakar selama 30 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul betul sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan.


Wednesday 24 April 2013

TEMPAHAN SUPER MOIST FRUIT CAKE, RV CHEESE BROWNIES & BAKED MACARONI



Assalamualaikummmmm.. Salam Sejahtera juga buat semua.. Rindunya kat sini.. Lama jugak saya tak sempat nak bersiaran kat sini kann.. Cuma sesekali dapat intai intai manja jer. Saya sibuk betul dengan tempahan yang diterima dari teman teman. Setelah sekian lama merehatkan diri dari menerima tempahan saya bergiat kembali secara kecil kecilan semampu saya. Agaknya dah sebati dengan jiwa ni yang memang telah diexpose dengan dunia miaga makanan dari kecik lagi. Saya terima seadanya.. Mungkin ada hikmah dan barokahnya.. Insyaallah..




Masa pun banyak gak terluang sekarang since Farrah duk hostel. Daripada duduk kesunyian sorang diri tu rasanya baiklah saya isi dengan sesuatu yang berfaedah kann.. Tempahan yang paling hangat sekarang adalah Super Moist Fruits Cakes. Alhamdulillah walaupun taklah banyak sangat tetapi setakat ni memang tak putuslah tempahan yang saya terima. Syukurrr jugak.. Seronok bila dapat menabung hasil duit titik peluh sendiri. 




Selain tu ada juga menerima tempahan Red Velvet Brownies dan Macaroni Bakar.  Kalau ada yang berminat nak order bolehlah pm pada saya. Harga agak berpatutan dengan bahan yang bermutu dan berqualiti tinggi. Saya buat sama macam buat untuk makan sendiri. Saya maukan pelanggan rasa berpuas hati dengan rasanya. Setakat ini saya hanya mengambil tempahan bagi kengkawan sekitar Shah Alam jer. Bagi yang di luar kawasan saya belum berani nak pos dan juga tak punya masa untuk keluar menguruskan urusan post. Semua saya buat sengsorang hingga tak terkejor kengkadang rasanya. Kalau ada yang nak mencuba juga bolehlah selak selak laman blog saya ini. Semua resepi saya dah lama kongsi. 




Kotak kotak yang cantik dan kiut miut juga saya sediakan jika ada yang ingin menjadikan sebagai hadiah/gift atau hantaran. Harga tambahan dikenakan mengikut saiz dan quality kotak.




Note : Boleh PM saya  DI SINI jika berminat untuk membuat tempahan.. :)




Thursday 11 April 2013

MY HOMEMADE PAU



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya memohon maaf jika ada yang terpaksa menunggu agak lama resepi Pau dari saya yang akan saya kongsikan di sini. Terlalu banyak juga yang perlu saya uruskan seorang diri dengan tulang 4 kerat ni. Masa juga berlalu sungguh pantas dari sehari ke sehari dan sebagai seorang ibu dan isteri urusan keluarga terpaksa didulukan dari segalanya.

Buat pengetahuan juga, kerja kerja nak siapkan N3 sesatu recipe bukan mudah yer.. Saya bukannya buat sesatu kerja main tangkap muat jer.. Saya kena masak atau buat setiap menu dan ambil sukatan yang betul, snap gambarnya dengan DSLR nak setting lagi.. pastu nak pilih gambar yang terbaik, edit pulak.. Barulah susun resepinya. Saya sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat semua. Itulah bila berlaku kes curi curian tu memang agak kecewa sangat rasanya. Harap semua pihak memahami situasi saya.




Okaylah.. Jom kita kona balik ke cerita Pau ni. Seperti yang pernah saya ceritakan dulu Mak kesayangan saya memang menjual kuih muih dan macam macam lagi makanan sedari saya kecil lagi. Hidup saya dah terbiasa dengan kuih muih air tangan Mak saya yang banyak juga telah saya kongsikan di blog ini. Hari ini satu lagi yang akan saya abadikan resepi dari pengalaman membantu Mak membuat kuih jualannya iaitu Pau. Cuma macam biasalah, sebelum ini Mak dan saya buat tak pernah ikut resepi yang tepat. Mungkin sudah terbiasa, kami hanya mengagak melalui jari jemari kami jer.. hehehh.. Satu lagi, dulu Mak buat hanya menggunakan tepung gandum biasa jer tapi saya dah upgrade sikit dengan menggunakan Tepung Pau dari jenama Blue Key. Dah banyak jenis tepung yang saya cuba sebelum ini tapi hanya sangat berpuas hati dengan tepung ini. Sempat jugalah suatu ketika dulu di zaman kegawatan saya sendiri pula berniaga pau ni.




Langkah yang pertama kita kenalah menyediakan INTI untuk Pau kita. Saya biasanya akan buat dua jenis inti sebab anak saya Farrah hanya suka Pau berinti Kacang Merah dan Ayahnya pulak nak Pau Kari Ayam. Hmm.. Gitulah kita ibu ibu ni kann.. Semua nak timbang bagi sama rata demi kebahagian keluarga tercinta. Saya share resepi intinya.


INTI KACANG MERAH :

500 gm Kacang Merah
1 1/2 cawan Gula Pasir
3 sudu besar Minyak Jagung
1 sudu besar Tepung Gandum
2-3 helai Daun Pandan
Air Secukupnya

Rendam kacang merah semalaman hingga kembang. Bilas dan rebus hingga pecah dan empuk. Matikan api dan sejukkan sebentar. Setelah sejuk, blend atau kisar separa halus. Tak perlu halus sangat, tak sedap bila makan nanti. Kemudian jerang balik atas dapur dengan menambah air, daun pandan yang disiat disimpul dan masukkan gula. Gula  boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa memasing. Bila sudah hampir sebati dan pekat masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak jagung. Bila sudah pekat, matikan api dan sejukkan dulu sebelum digunakan.





INTI KARI AYAM :

500 gm Ubi Kentang
300 gm Isi Ayam
25 gm Rempah Kari Daging BABAS
1 sudu besar Rempah Tok Mak ~~jika ada
1 labu Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Lada Hitam ~~ditumbuk kasar
Sedikit hirisan Daun Sup/Bawang
Minyak untuk Menumis
Garam dan Gula Secukup Rasa

Tumis bawang besar dan bawang putih yang diracik halus sehingga keemasan. Masukkan rempah yang dibancuh menjadi pes bersama sedikit garam dan masak hingga garing dan naik bau. Kemudian  masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil dan kacau hingga masak. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu dan air agak agak hampir tenggelam kentang dalam kuali. Selepas itu masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa. masak hingga kentang tu empuk dan kering. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang untuk aroma yang harum. Sama juga, sejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam pau nanti.

NOTE : Sukatan Inti Kacang Merah dan Inti Kari Ayam di atas cukup untuk membuat 2 kg Tepung Pau.




Sebagai lapik Pau, saya tetap tak berubah dari dulu yang sentiasa memilih daun pisang. Harum daun pisang tu bila dikukus dengan pau tu pasti semua orang tau, takyah citer lagi lah kann.. Memang bersemangat dan tak sabar sabarlah nak memakannya. Hmm.. Bila dok mengisah daun pisang ni, teringat sangat zaman kanak kanak dulu. Memang inilah kerja saya dulu membantu emak jualan kuih dan nasik lemak. Memang nostalgia sungguh tapi hikmahnya hingga ke hari ini.. Subhanallah.. Tidak terbanding dengan wang ringgit kengkawan.. Tulah dia, bukan semua pengalaman dan pengajaran di dunia ini boleh dibeli dengan wang ringgit.




Selain itu  seperkara lagi yang sangat penting.. Meh sini rapat rapat hakaq nak share.. Kalau berminat nak tau lah yer.. Ni cara untuk bancuh yis yg saya biasa guna sama ada untuk buat Pau, Roti dan Donut. Bancuh Yis Kering tu dengan air biasa jer.. JANGAN GUNA AIR PANAS nanti yis tu akan mati. 1 packet Yis 11 gm tu bancuh jer dgn 1 cawan air, tuang sedikit demi sedikit dan bancuh hingga larut.. Lepas tu taburkan dengan sedikit gula supaya yis tu membiak berbuih buih elok cam dalam pic ni barulah diguna dalam adunan. Ini adalah sukatan untuk 1 kg Tepung Pau tadi. Jika menggunakan Tepung Pau jenama 'BLUE KEY' tu di dalamnya telah disertakan 2 packet yis jenama 'MAURIPAN' tapi kita guna sepacket jer yer. Seterusnya kita siapkan doh Pau pula.




BAHAN BAHAN :

1 kg Tepung Pau 'Blue Key'
11 gm Yis Kering 'Mauripan'
1 sudu kecil Bread Improver 'Nona'
2 sudu besar Shortening
1/2 cawan Minyak Jagung
2 sudu besar Susu Tepung
1 sudu besar Gula Kastor
2 1/2 sudu kecil Garam Halus
3 cawan Air Biasa




Memula bancuh yis kering seperti yang saya cerita tadi. Satukan semua bahan di atas dan masukkan balance air yang tinggal lagi dua cawan tu sedikit demi sedikit dan gaul rata. Kemudian uli hingga tanpa henti selama lebih kurang 15 minit hingga betul betul sebati dan memutih doh itu. Sambil menguli ditumbuk tumbuk sedikit doh tu untuk membuang angin yang berlebihan. Rehatkan doh sebentar lebih kurang 5 minit. Kemudian bahagikan kecil kecil untuk dimasukkan inti. Kalau buat bajet comey comey 1 kg tepung ni boleh dapat hingga 40 biji pau.




Setelah dimasukkan inti, lapikkan dengan daun pisang dan susun dalam pengukus. Susun jarang jarang sikit kerana ia akan mengembang dan terus mengembang bila dikukus nanti. Boleh refer dalam gambar susunan saya. Bila dah siap mengisi inti biarkan ia naik seketika. Sebaiknya diletakkan di tempat yang ada cahaya supaya ia cepat mengembang. Sambil menanti pau pau itu betul betul naik bolehlah dipanaskan kukusan kita. Setelah permukaan pau tu naik sepenuhnya, licin elok permukaannya bolehlah kita kukuskan. Kukuskan selama lebih kurang 5-7 minit sahaja dengan api yang sederhana. Jika api terlalu kuat, wap akan terlampau banyak dan air wap akan menitik pada pau. Sebelum menutup kukusan juga pastkan tutupnya dilap kering segala air yang ada. Jangan mengukus terlebih masa nanti permukaan pau akan mengedut ngedut. Dan satu lagi perkara yang sangat penting ketika membuka tutup kukusan setelah cukup masa memasak, jangan terus dibukak sekali harung. Sebaliknya dibuka sedikit demi sedikit dulu ala intai intai gitu. Jika terus dibuka mendadak, pau kita pun akan mengedut mendadak juga.




Akhir kata dari saya.. Selamat Mencuba yer Puan Puan.. Segala yang baik itu hanya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari saya hamba yang hina.. Ada umur, ada rezeki kita ketemu lagi yer teman teman.. Assalamualaikum.. :)