Friday, 4 November 2011

ASAM PEDAS Style My MIL



Lama betul tak makan Asam Pedas style my MIL.. Aritu bila terpandang ikan Pari kat Mydin tetiba teringin sangat sangat. Asam pedas ni yang buatkan dia lain sikit, cuma dia ada add sedikit ketumbar dan jintan manis dalam bahan tumisan. Beria betul Suamiku makan tadi, agaknya rindu masakan ibu dia jugak tuu..

~~BAHAN BAHAN~~
500 gm ikan Pari (ikan apa pon boley)
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
1 sudu makan Ketumbar (direndam) *
1 sudu makan Jintan Manis (direndam) *
1 sudu makan lada hitam *
1 inci halia *
1 inci Kunyit Hidup *
1 inci Belacan (klu suka) *
1/2 sudu kecil Halba
3-4 batang Serai (dititik)
9 sudu besar Cili Mesin (blh adjust nak pedas takat mana)
Segenggam Asam Jawa (bancuh/ ramas jer dgn 500 ml air)
1 cawan Minyak Masak utk menumis
Garam secukup rasa
Daun Kesum / Bunga Kantan (klu ada)

Setelah semua bahan dah ready, bolehlaa kita sediakan periuk dan panaskan minyak. Sementara tu, blend/ kisar halus semua bahan bertanda *. Bila minyak sudah panas masukkan Serai yg telah dititik sebentar, diikuti dengan bahan bahan yg telah dikisar tadi dan juga halba. Tumiskan dgn api sederhana hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan pula Cili Mesin dan masak hingga agak garing dan hilang bau cili tu. Masukkan juga sedikit garam dan serbuk perasa (klu suka). Bila dah masak cili tu, masukkan pula Air Asam Jawa. Asam Jawa ni pon boleh adjust ikut selera masing masing, nak masam takat mana. Biasanya klu ikan yang agak hanyir macam ikan Pari ni atau ikan Sembilang kita lebihkan sikit air asam jawa ni. Kayy, bila kuah tu dah menggelegak masukkan ikan yang telah dibersihkan dan biar hingga masak. Boleh laa juga masukkan buah terung bulat atau kacang bendi bila. Klu guna terung, saya suka goreng dulu terung tu, lagi sedap. Manakala klu guna kacang bendi masukkan di akhir akhir sekali sebelum tutup api, taknak dia layu sgt. Klu ada daun kesum atau bunga kantan pon lagi sedap. Akhir sekali, check rasa garam.. Kalau dah secukup rasa tu, kira DONE lah.. hehee.. Selamat Mencuba.. (",)

NOTE : Minyak untuk menumis tu memang agak banyak.. memang itulah tip yang saya dapat untuk masak asam pedas yang SEDAP. Minyak masa menumis tu memang dilebihkan sikit supaya bumbu tu semua garing elok.. Kalau lepas tu, bila dah siap boleh cedok buang sikit kalau terasa banyak sangat.




Ahhaaa.. yang ni pulak just stock apa apa yang jumpa korek korek dalam petiais jer.. Jadilaa camni.. 'Sayur campur goreng bersos tiram wif Japanese toufu'.. :) 




Ni pulak 'Tempe Goreng Berempah'.. pon jugak resepi my MIL.. kegemaran keluarga nih.. Blend Ketumbar, Jintan Manis, sedikit bwg merah/putih, halia, garam n serbuk kunyit sikit dan perap seketika.. bila nk goreng, gaulkan dgn sedikit tepung.. sedapp.. cubalah.. ;P



3 comments:

Anonymous said...

Special request jika dpt kongsi bersama masak asam pedas ni. tq Senyum Sokmo

Norshila Abd Rahman said...

Insyaallah.. akan saya usahakan.. :)

Anonymous said...

Wokeyh, da copy da recipe nih...lebiu nokk...