Wednesday 20 June 2012

PUDING RAJA




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Seperti yang dijanjikan pada N3 yang lalu, pada kali ini saya akan berkongsi satu pengalaman yang sangat indah bagi saya. Walaupun banyak dugaan dan kegagalan yang saya lalui, tak kurang juga dengan detik cemasnya.. Akhirnya berjaya juga saya menghasilkan PUDING RAJA yang menjadi dessert Istana Pahang. Kata orang usaha tangga kejayaan kann.. dan di mana ada kemahuan pasti ada jalan.. Never say NEVER.






Bahan Bahan utk Urat Jalaemas :

15 biji Kuning Telur Ayam Kampung
500 gm Gula Pasir 
Segenggam Gula Batu 
1 litre Air 

1-2 batang Kulit Kayu Manis 
6 helai Daun Pandan





Mula mula asingkan kuning telur dari putihnya. Sebaiknya telur itu dari peti sejuk supaya senang untuk diasingkan. Saya buang juga tali pusatnya, memang dah biasa buat camtu supaya tidak hanyir. Kemudian tapiskan kuning telur yang hendak kita gunakan tu. Setelah ditapis, saya biarkan sebentar pada suhu bilik lebih kurang setengah jam sebelum dimasukkan ke dalam acuan botol tiga muncung itu supaya dia agak pekat sikit, senang dan cantik untuk dijalakan dalam air gula tu nanti. Ni cara dan teori dari pemikiran saya jerlah, tapi not bad gak hasilnya kann.. Sambil menunggu tu kita dah boleh memasak air gula. Satukan gula pasir, air, gula batu, kulit kayu manis dan daun pandan dan masak dengan api perlahan dulu. Kita nakkan semua aroma tu mesra dan serap ke dalam air gula tu supaya wangi bau jalaemas kita nanti. Gula batu tu pula saya tambah untuk mendapatkan hasil yang cantek berkilat. 



Botol muncung tiga untuk buat jala emas.


NOTE : Kalau tak nak guna telur ayam kampung, boleh juga guna telur ayam biasa cuma warnanya agak pucat tak sekuning hasil dari telur ayam kampung ni lah. Rasanya sama.




Bila air gula tu dah menggelegak dan berbuih buih dan agak likat bolehlah kita mula menjala dalam air gula yang betul betul panas tu. Sebelum itu, keluarkan dulu daun daun pandan dan kulit kayu manis tadi. Tinggikan sedikit kedudukan botol tu ketika menjala untuk mendapatkan jala yang halus halus.  Lagi satu perkara yang amat penting, jika air gula tu dah agak pekat sangat selama proses menjala tu, tambahkan dengan air sedikit. Setelah diangkat jalaemas tu toskan dulu sehingga air gulanya turun. Kemudian dikiraikan pula urat urat jalaemas tu perlahan lahan dengan menggunakan garpu. Sebolehnya jangan sampai terputus.




Pisang Lemak Manis Madu adalah antara gandingan untuk dimakan bersama dalam dessert Puding Raja ni. Pisang tu dikopek kulitnya dengan cermat dari pangkalnya tanpa menghilangkan putingnya. Kemudian digoreng dalam minyak yang banyak dalam kuali. Minyak tu macam kita nak menggoreng pisang tu. Campurkan juga dalam 2 sudu besar minyak sapi ke dalam minyak panas tu supaya pisang tidak melekat antara satu dengan yang lain. Bila sudah garing dan berwarna coklat, bolehlah diangkat. Sebaiknya jangan ditindan pisang tu ketika masih panas, dikhuatiri akan melekat dan susah nak dipisahkan nanti. Kemudian kedap kedapkan dengan tisu dapur untuk mengurangkan minyaknya. Kacang Gajus tu pula kita goreng dengan sedikit minyak sapi sehingga keperangan.




Selepas itu kita bolehlah siapkan pula Sos Custardnya. Pukul ringan 2 biji kuning telur dan satukan ke dalam periuk bersama 1 tin susu Ideal, 1/3 tin air, 1 sudu kecil esen vanilla dan 1 helai daun pandan. Masukkan juga gula ikut citarasa masing masing. Saya bubuh 2 sudu besar jer sebab tak suka manis sangat dan semua bahan lain pun ada manisnya. Masak sebentar sambil dikacau sentiasa sehingga gula tu hancur. Angkat dan Sejukkan. Saya suka makan dengan sos custard yang sejuk dari fridge. Nyaman jer lalu kat tekak ni..



Cara Hidangan Puding Raja ni pula, memula susun susun pisang yang telah digoreng tadi dan diletakkan di atasnya urat jalaemas itu. Kemudian dihias menggunakan buah prune, gajus, buah ceri merah dan hijau. Ada kombinasi masam, manis dan lemak bila memakannya. Terbaekkkk lahh.. Terasa sungguh berbaloi baloi penat lelah saya menghasilkannya dan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan. Patutlah ianya menjadi satu kebanggaan Rakyat Pahang sehingga menjadi hidangan Istananya. Saya juga amat berbesar hati dapat mengabadikan menu tradisi ini dalam Blog saya ini. 



Macam ni pun boleh.. :)


15 comments:

REEN KHAN SHARIFF said...

Tahniah sheila ..gua respek sama Lu la..

Ayam said...

Salam Sheila....memang satu kesukaran dalam membuat kuih nie. Hanya orang yang sabar je dapat membuat semulus gini. Saya tak jamin dapat sediakan satu kuih yang rumit nie. Tahniah.

Ummi Annur Humaira said...

wah hebatnya akak...last2 menjadi..cantik kemain lak...mesti sedap..

tp sy x penah dgr pasal menu ni...ni pestime

Nuwairani said...

pernah makan yang dibeli kat kedai je. sangat kagum dengan mereka yang buat puding raja sendiri. kos nak buat ni pun tersangatlah mahal.

Shiela said...

Reen Khan : Thanks beb.. :)

CitarasaKu : Wsalam n terimakasih..

Fatiha : Alhamdulillah.. berkat sabar tu kowt.. :)

Nuwairani : terima kasih..

Azie said...

Dear, ternganga mulut saya, bukan sebab puding raja tapi sebab keindahan gambar gambar yg diambik. Serius, love it. Dear, pls add my link ya. I dah letak your link juga.

Shiela said...

Thank you very much my dear Azie.. Yr picture pun not bad taww i nengok.. Cantek lahh.. :-)
By the way nk add link kt mana Azie? Klu kt blogger list tu dh tkboleh masuk, nape tah.. I ni tkberapa pandai sgt..

anida said...

Assalam sis..nk tanya,kenapa bila saya goreng pisang tu dengan minyak penuh+sedikit minyak sapi,pisang tu jd menggelembung n kemudian lembik,tak cantik mcm yg sis buat.bole tlg tak sis terangkn kenapa?terimakasih

Shiela said...

Wsalam Anida.. boleh saya tau u guna pisang apa?

Ros said...

Salam...boleh tanya kenapa pisang lemak manis bila digoreng minyak yang penuh dan sedikit minyak tapi mengelembung dan lembik? Jadi x cantik & color pn x bertukar coklat....boleh bagi tip tak berapa lama nak goreng dan api kecil or sedang, dah banyak Kali buat tapi pisang jd lembik Dan gelembong. Tq

Anonymous said...

Pisang tu xblh yg terlalu masak..nti lembik.. ;)

akirAin said...

Mintak share ye 😊

Unknown said...

Mohon utk share

Unknown said...

slm pn.sheila,,
tahniah,,,ramai yg ckp tntg puding raja ni
in shaa Allah kak yun nak try juga,,thanks baru tahu jenis pisangnya,,
aduhai,,akak mmg org Sabah dan tinggal di KK, asal Sandakan panggil pisang yg berlainan standard pisang lemak manis,org Kk panggil pisang hotel,org Sandakan panggil pisang anak,,dan kak yun mmg suka jenis pisang ni,,

cottonsilkonline said...

Salam Puan Sheila,

Mohon tips macamana nak bagi pisang yang telah digoreng jadi warna perang, saya masih belum berjaya. Saya menggunakan pisang lemak manis yg agak mekar, di goring dgn minyak and mentega dalamapi yang sederhana, tetapi hasil menjadi lembik dan gelembung serta tidak bertukar color perang.

Tq