Friday, 18 November 2011

KEK LAPIS PRUNE




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Jom kita buat Kek Lapis Prune.. Memang saya recommend sangat sangat resepi ni pada kengkawan untuk mencuba. Sedap betul kek ni. Resepi asal kek ni saya dapat dari seorang teman sekolah Norhasnah Abdul Kadir. Terima kasih banyak banyak Senah sudi berkongsi resepi kek ni ngan akak. Mohon dikongsi di sini juga yer untuk rujukan akak dan teman teman. Moga diberkati Allah sentiasa. Ameenn..




~~ LAPISAN PRUNE ~~

8 Kuning Telur
220 gram Gula Kastor
300 gram Prune 
200 gram Mentega
2 sudu besar Susu Pekat
2 sudu besar Gula + 2 sudu besar Air **Gula Hangus
1 sudu besar Vanilla Extract
1 sudu besar Baking Powder
130 gram Tepung Gandum




Blend atau kisar buah prune tadi (saya cincang cincang jer). Masak gula menjadi gula hangus dan masukkan air panas. Kacau rata dan masukkan butter. Masak hingga butter cair. Pukul gula castor bersama kuning telur hingga kembang dan sebati. Kemudian masukkan gula hangus dan butter yang dicairkan tadi dan pukul sebati. Selepas itu masukkan pula susu pekat dan vanilla exract. Pukul lagi hingga sebati. Kemudian, masukkan pula tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan buah prune yang telah dikisar dan gaul hingga rata dan sebati. 




~~ LAPISAN PUTIH ~~

8 Putih Telur ** buang tali pusat supaya tak hanyir
220 Gula Kastor
200 gram Minyak Sapi
2 sudu besar Susu Pekat
2 sudu besar Vanilla Ekstrak/Essence
1 sudu besar Baking Powder
150 gram Tepung Gandum

Pukul putih telur bersama gula hingga kembang dan berbuih buih halus. Selepas itu masukkan minyak sapi dan pukul lagi hingga sebati. Kemudian, masukkan pula susu pekat, vanilla extract dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit.




Panaskan Kukusan dan loyang. Mula melapis dgn lapisan Prune dulu, dikuti dgn lapisan putih dan seterusnya hingga habis. Sukat sama banyak bagi setiap lapisan. Check dan set masa untuk mengukus bagi lapisan pertama itu masak supaya senang diset masa untuk memasak bagi setiap lapisan seterusnya. Biasanya saya masak setiap lapisan dalam 15-20 min. Jika disentuh permukaan kek tu elok jer licin berminyak dan tak melekat pada jari, kira masaklah dah tu. Bila dah masak tu jangan terus keluarkan dari kukusan. Biar ia terus mengukus selama lebih kurang 10 minit tanpa ditutup untuk mengering air atas permukaan kek. Setelah siap dimasak, sejukkan sebentar dan bolehlah dikeluarkan dari loyang dan dihidangkan. Anggaran size loyang 9inc x 9inc. Jika ingin tahan lebih lama, simpanlah dalam peti sejuk.




Ermm.. Layer tu nampak cam tak berapa cantek kann.. Tapi tulah yang terbaek dapat saya hasilkan sebab lapisan Prune tu agak likat. Dengan keadaan kukusan yg dah panas beruap ruap lagi, jadi agak payah nak meratakan betul betul.. Dan lagi, ini adalah percubaan saya yang pertama.. Sebelum ni, ada jugak buat Kek Lapis Masam Manis, tapi adunan dia taklah sepekat lapisan prune, senang jer nak diratakan.. Tapi, tak kisahlaa kann.. Yang penting sedappp.. Saya sangat suka pada rasanya yang tak berapa manis dan juga saya sangat sukakan buah Prune tu. Selamat Mencuba.. :)




7 comments:

Azie said...

Cantik gambar gambar Shiela. Cukup cahaya

Nuwairani said...

kite simpan dulu resepii ni. nampak sedappp!

ucubakery said...

tergoda dengan barisan prune ni..ucu c n p dulu yer..

Shiela said...

Azie : Thank you my dear.. :)

Shiela said...

Nuwairani : Baeklah.. Selamat mencuba yer.. :)

Shiela said...

Ucu Faridah : Boleh ajer.. tp satu jer saya nak mohon maaf, sbb tkleh cnp.. byk hal dh jadi. Ucu print yer..

Ina said...


Salam Kak Shiela!

Nak tanya macam mana akak susun prune di atas kek tu? Susunan rapat-rapat atau jarang-jarang?

Lagi satu, perlu ke lapik acuan dengan kertas minyak ataupun dah memadai dengan menyapu mentega + tepung? TQ.