Friday 28 September 2012

MEE CHAMP.. Boleh gitu namanya??



Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat Semua. Kejap jer dah ujung minggu balik kann. Makin singkat dah umur kita pun. Apa apa pun kita sentiasa mengharapkan dan terus berusaha yang terbaik untuk hidup kita dunia akhirat. Moga segalanya mendapat keberbakatan dari Allah SWT. 

Buntu sudah apa yang nak dimasak lagi. Teringat pulak akan nak makan Mee Goreng campo ngan Bee Hoon camni. Saya memang suka sangat makannya. Nak bagi nama apa pun tak taulaa. MEE CHAMP tu bolehlaa kowt kann.. Sesuka hati.. hehee.. Nak tau resepinya?? haa.. Jom Jomm.. Japgi dah bebudak balik sekolah. Arini jumaat balik awal anak anak kita kan.




~~ BAHAN BAHAN ~~

1/2 Kilo Mee Kuning
200 gm Mee Hoon ~~ direndam
250 gm Sotong (atau apa jer suka)
3 sudu besar Cili Mesin
2 sudu besar Kicap Pekat Mee (Tamin)
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos Tomato
3-4 keping Tahu (digoreng)
3/4 cawan Minyak utk menumis
2 cawan air atau secukupnya
Sayur ikut citarasa
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk Lada Sula
Sedikit Minyak Bijan

Bahan yang ditumbuk :
6 ulas Bawang Merah
5 Ulas Bawang Putih




~~ CARA CARANYA ~~

Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga keperangan. Minyak untuk menumis mee ni kita lebihkan sikit dari mee goreng biasa supaya dia basah cantek nanti. Saya guna minyak jagung.

Kemudian masukkan cili mesin, sedikit garam dan masak cili hingga garing dan hilang bau cili tu. Pastu bubuhlah kicap mee, sos tiram dan sos tomato. Masukkan air dan bagi dia mesra seketika. Kemudian masukkan sotong. Kalau nak tambah ayam pon boleh. Tapi kalau buh ayam, kena masuk ayam dulu pasal ayam lama sikit masaknya dari sotong. Sotong cam biasalah, takleh masak lelama sangat, nanti dia liat.

Okayy.. bila sotong tu sudah masak kita masukkan bee hoon yang telah kembang direndam dulu. Jika masih liat, bolehlah ditambah sedikit air. Air biasa yer, jangan air panas nanti terus benyek pulak beehoon tu. Selepas tu baru kita masukkan mee kuning dan sayur sayuran. Kalau rasa nak basahkan lagi, boleh tambah sedikit lagi Air. Biarkan masak seketika dan bolehlaa dihidang. Taburkan dengan sedikit lada sula dan renjiskan sedikit minyak bijan untuk menaikkan baunya. Hiaskan lah dengan hirisan tomato, tahu goreng atau apa saja mengikut citarasa memasing. Kalau nak sedap lagi, taburkan dengan sedikit bawang goreng tapi yang sandiri bikin taww.. beli punyer, mana ada ummpphh. Dan lagi satu yang paling penting, mesti ada Cili Jeruk.. Baru Mantopppp.. hehee.. SELAMAT MENCUBA.. (",)





Wednesday 26 September 2012

"Ibu!!.. Wat Cake Choc 'SELEKEH'..



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Ya Ampunnn.. Apa lah kena ngan mataku iniii?? Dari pagi tadi nak masukkan N3 ni, tapi punyalaaaa mengantuk. Cuaca pulak ujan dan mendung dari pagi tadi, lagilaa layu jer kelopak mata ni. duhh.. Kugagahi juga demi adeq adeqku cayang yang dok menanti resepi ni. I'll try bebeh!!!.. Hope i tak lolap lagi yer.. hehehh.. ;D




Sabar jerlah anak dara den ni kann.. Orang nak cake yang lelawa, dia pulak boleh suh ibunya buat Cake 'SELEKEH'. Sampai pinggan yang comot tu pun dia tak bagi saya lap, tulah 'ART' katanya. Tapi okay gak my darling, ibu pon tersangatlah rajinnya sekarang ni. Sesekali kita layan yang selekeh pon best gak. Cake ni yang saya buat masa besday saya aritu. Alkisahnya adalaa sikit sikit kat SINI. Actually, ni adalah MOIST CHOCOLATE CAKE versi bakar. Dah banyak kali saya dok menerai mencari resepi kek yang cukup moist dan tak berapa manis sebegini. Sebelum ni ada gak buat yang versi kukus macam YANG INI cuma saya ni kengkadang malas bebenor nak punggah piyuk kukus yang godang tu. Kalau bakar tu sempoi sikit, sumbat jer masuk dalam oven tu. Cukup taim masaklaa dia.




Okaylah, takleh bebel lelama, japgi dah nak kuar gi amik anak bertuah tu balik sekolah. Hari hari dia balik lambat sekarang, ada kelas tambahan. Siang siang memang saya ni 'HOME ALONE' jer selalu. Jomlah saya share resepinya dulu. Resepi ni adalah sumbangan adeqku SUE ALEEN suatu masa dulu. Lama dah yang akak simpan resepi ni sampai lupa, tah macam mana bila belek belek balik kitab resepi lama ni boleh jumpa pulak. Tapi ada sikit sikit akak adjust ikut citarasa family akak dan bahan yang ada.


BAHAN BAHAN :

250 gm Butter ~~ Saya guna SCS
4 biji Telor Ayam Gred A
2 cawan Soft Brown Sugar 
2 cawan Tepung Gandum
2 sudu kecil Baking Powder 
2 sudu kecil Vanilla Extract

1 cawan Serbuk Koko Van Houten
1 sudu besar Serbuk Nescaffe ~~ Saya tambah
1/2 cawan Gula Kaster
1 cawan Air Panas Mendidih
1/2 cawan Susu Cair




~~ CARA CARA ~~

1.  Masukkan serbuk koko, gula kaster, serbuk nescaffe ke dalam bekas dan kacau dengan air panas mendidih hingga semua larut sempurna dan berkilat. Sejukkan dan tuangkan susu cair. Kacau rata dan ketepikan.

2.  Pukul butter dan gula perang halus hingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan vanilla extract/essence. Bila sudah rata dan sebati, masukkan pula tepung gandum yang telah diayak 3 kali bersama baking powder berselang seli dengan pes coklat yang kita sediakan tadi. Gaul hingga rata dengan menggunakan spatula atau senduk kayu pon boleh.

3.  Bakar dengan pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga masak juga mengikut kapasiti oven masing masing. Jika nak hasil yang lebih lembab, boleh juga dibakar dengan kaedah double boiled atau bain marie (letak air panas dalam dulang). Saya bakar cam biasa jer guna api atas bawah. Cake ni memang agak lama sikit masaknya sebab adunannya lebih cair.




4.  Bila dah masak, sejukkan dulu dan bolehlah dibubuh Choc Ganache. Jangan tiru aksi saya ni yer laling semua. Aritu kes nak cepat, tak sempat cake ni nak sejuk dah ku bubuh ganache tu. Semua dah tak sabar nak makan. Meleleh leleh choc ganache tu jadinya. hehee..

5.  Untuk CHOC GANACHE pulak, kalini saya buatkan pekat sikit sebab nak memenuhi permintan nakdara tu nak bagi jadi rupa SELEKEH tu. Kalau nak Choc Ganache yang cam biasa tu boleh nengok resepinya kat SINI. Caranya, saya masakkan sebentar atas dapur dalam 80 gm whipping cream tawar dengan cara double boiled (dalam bekas yang berisi air panas). hingga nampak berbuih kecil kelilingnya. Kemudian masukkan 350 gm Dark Cooking Choc dan kacau hingga cair sebati. Selepas itu, masukkan 1 sudu besar Butter untuk mengilatkannya dan kacau sebati. Akhir sekali bolehlah diSELEKEHkan atas cake cekelat kita tu yer. 

Feedback dari dak Farrah, penggemar Choc Cake tegar yang cerewet tu; "Ni baru betul namanya Choc Cake ibu"..  Renung Renungkanlah..

SELAMAT MENCUBA.. (",)


Amacam?? Ada BERANN?? Jom Tiru Aksi Ganas nih..  YUMMEYYHHH.. ;P
~~Tiada kereta ku bawak kau jalan jalan~~Rumah ku pun tiada~~lalalalaa~~



Monday 24 September 2012

23rd SEPT Datang Lagi!!.. Tua lagi Setahun derr..

Nilaa anak saya Farrah.. Baekk punyer GORENGGG tu.. :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Alhamdulillah pada tanggal 23rd September semalam bertambah lagi umurku. Pejam celik, pejam celik cepat betul masa berlalu kan. Begitulah perjalanan hidup kita. Bukan senang nak senang dan bukan juga mudah untuk menghadapi kehidupan sehari hari ni. Kadang kadang di atas, kadang di bawah dan kadang kadang kat mana pon tak taulah. hehehh.. Apa pun, syukur ke hadrat Illahi aku masih disini walau macam macam dugaan dan ujian dihadapi.




Dah tetua ni besday ker tak pon sama jer, cuma dah petang jer baru teringat nak buat kek ceklat. Bukannya apa, sebenarnya tekak ni memang tengah teringin sesangat nak makan. Lately ni ramai betul geng geng dapur dok mengepos Kek Cekelat. Tak tahan dah memandang. Anak dara tu pon dah banyak kali nyebut nak makan. Saya pun buat jerlah takat kek ceklat koboi tu jer. Sedaplah pulak jadinya. Resepi tu saya geder gederkan dari pengalaman saya membuat kek cokelat dari dulu. Anak pon cakap sedap. Insyaallah nanti bebila saya kongsikan resepinya.




Actually seronok jugak, walaupun ala ala koboi jer.. Tidak di Restoren mewah atau di Hotel 5 bintang, hanya dirumah kami bertiga jer. The best thing Farrah mainkan guitar untuk saya.. Wahhh.. kemain punya gorengg yerr.. hehee.. Tak sangka pulak, ada munyikk laa.. Boleh tahan jugaklaa.. sedap jer bunyinyer lalu kat telinga ni. Touching, touching.. Thank you my darling.. Ibu luv u so much. muahhhhh..


Lalang nilaa yang Farrah tak bagi buang tuu.. 'ART' kata dia..


Cerita kek Cekelat tu lagi satu hal. Farrah suruh buat kek Cekelat yang 'SELEKEH'.. hehehh.. memang itulah dia.. Apa pun yang selekeh, semak dan serabut dia kata cantek. Tu laa 'ART' katanya. Sampai baru ni lalang kat tepi umah tu pon dia cakap, "Takyah potong lalang tu bu, cantekkk.. Nanti ibu amik gambar makanan ibu kat situ".. hmmm.. terbaek anakku. Apa lagi? bukan susah kowt nak buat cake 'SELEKEH' kann.. Kalau nak buat cake yang lelawa tu memanglah susah. Sampaikan pinggan yang comot tu pun dia tak bagi saya lap.. "Biar ibu, biar.. cantek tu nanti dalam gambar".. adehhh.. tak taulaa nak cakap.. nengok jerlah ni.. Cantek ker??




Tengaharinya saya masak Mee Rebus Utara style Mak saya. Agak lama jugak saya tak buat tu. Kebetulan arini semua ada rumah, adalaa mood sikit nak masak. Saya dan keluarga memang suka sangat makan Mee Rebus cenggini. Setakat ni saya belum jumpa mee rebus yang sebegini rasanya di mana mana. Tu yang kalau nak makan, terpaksalah buat sendiri. Insyaallah, nanti bebila saya masukkan juga resepinya. Layan laa dulu gambar Mee Rebus dalam mangkuk Farrah ni yer.. ;P




Okaylah.. Akhir sekali saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH banyak banyak dan tak terhingga pada semua teman teman dan juga sanak saudara atas semua birthday wishes dan doa yang terbaik buat saya. Ameenn.. Itulah hadiah yang sangat berharga bagi saya. Maaf juga kalau ada yang saya tak sempat membalasnya. Tenet kat area saya ni, punyalaa tenat sekarang ni. Nak bukak satu noti pun naik lolap saya nunggu dia loading.. loading.. loading. Apa apa pun, Sayang anda semua sangat sangat.. Take care and Have a nice day.. Babai.. :)






Friday 21 September 2012

SIAKAP STEAM 'MY OWN STYLE'



Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang penuh barokah buat semua teman dan pengunjung setiaku yang sangat disayangi. Beberapa hari yang lepas saya ke sebuah pekan kecil, Chuah di daerah Port Dickson. Kat situ memang tempat ikan ikan yang segar naik terus dari laut. Kerapkali jugak saya ke situ mencari ikan. Memang agak jauh sikit, lebih kurang dalam 30 minit driving. Tapi dek kerana suka sangat dengan  ikan ikannya yang sangat fresh tu, saya sanggup pergi juga. Lagi satu yang paling saya suka, tenang jer sopink ikan kat situ. Tak payah nak memusing musing berejam rejam nak cari parking dengan suasana kampungnya yang sungguh nyaman.


Luv this view and environment.. Awesome!!


Adalaa beberapa jenis ikan yang saya beli termasuklah ikan SIAKAP. Tak boleh tahan betul bila memandangkan sang SIAKAP yang sungguh segar tu. Insangnya pun masih berlendir lagi. Mata pun masih timbul siap pakai eye shadow lagi tu.. hehee.. Memang lupa daratan kejap bila sampai kat situ. Saya sambar sekoq jer ikan Siakap ni pasal dah banyak amik menatang lain. Takut lama naa nyimpan dalam peti tu tak fresh pulak nanti. Ingatkan cukup, rupanya yang hado.. berebut rebut pulak anak banak. 




Bila dah dapat Siakap yang sesegar itu, memang takder menu lainlah dalam kepala ni selain Steam. Saya masih ingat pesanan dari seorang teman sepejabat saya dulu yang berbangsa cina. Kata dia, kalau nak makan ikan steam yang sedap, pastikan ikan tu benar benar fresh. Biasanya ikan Siakap ni, saya nengok matanya, kalau matanya masih jernih dan timbul tu kira okay sangatlah. Pastu bolehlah tinjau insangnya, kalau masih merah berlendir dan bila ditekan badannya baek punyer mantul tu bolehlah suruh Apek tu timbang dan tapau. Sebelum tu mintak dia siang dan potong Butterfly sesiap yang ala ala dok posing meniarap ngan sayap mengepak tu. Apek tu kompom tau.. kaborkan jer ker dia. Lagi satu sebaiknya, dapatkan ikan yang memang ditangkap liar dari laut. Saya tak berapa boleh terima Siakap yang dibela dalam sangkar sebab bila makan cam terasa tanah.


Kenai tak yang pakai t-shirt merah ngan beledi biru tu? hehehh.. My lokong laa tu.. :)


 APEK ni tanya, "Lu TV3 punya orang ka??".. kehkehkeh..


Dari dulu lagi, jika nak Steam SIAKAP ni memang inilah cara yang paling saya dan keluarga suka sangat. Tak jemu dan muak rasa memakannya. Tak terasa hanyir langsung dan semuanya secukup rasa. Pendek kata memang takder belen langsunglah.. licinnn.. kuahnyer pun habis dorang hirup hingga menjilat jari.. Tapi ni bagi tekak kami lah yer.. Kalau nak tau kebenaran dan kesedapannya, jomlah cuba resepi saya yang sungguh mudah ini.




BAHAN BAHAN :

1 ekor Ikan Siakap ~~ size sederhana
1 biji Buah Lemon ~~ ambil jusnya
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Lada Sulah
5-6 keping Cendawan Shitake
Sos Tiram Secukupnya
Sedikit Kicap ~~ jika suka
2-3 inci Halia Muda ~~ dimayang halus
1 biji Bawang Besar ~~ dihiris nipis
5 ulas Bawang Putih ~~ dicincang halus
Sedikit Cilipadi atau Cili Merah
Sedikit Daun Ketumbar
Garam  dan Gula Secukup Rasa
Minyak untuk Menumis
Sedikit Sesame Oil




Memula bersihkan ikan dan toskan. Kemudian seasonkan dengan sedikit sos tiram, garam dan serbuk lada hitam/lada sulah. Balutkan dengan cling wrap dan perapkan di dalam peti sejuk selama sekurang kurangnya 1/2 jam. Kalau dapat lama sikit lagi bagus, lebih serap rasa bahan bahan tadi. Panaskan kukusan terlebih dahulu sehingga betul betul panas. Sebelum dikukus, perahkan sedikit jus lemon pada ikan dan ratakan. Taburkan dengan daun ketumbar dan sedikit halia muda yang dimayang halus tadi dan kukus selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.




Sementara ikan sedang dikukus, bolehlah kita membuat Sos atau Kuahnya. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga layu dan keperangan. Kemudian masukkan cendawan shitake yang telah kembang direndam dengan air panas. Saya potong tiga cendawan tu. Kalau nak dibiarkan sekeping sekeping pun boleh juga. Up tu your babyfacelah.. hehehh.. Pastu masukkan pula sedikit garam dan goreng sebentar cendawan tu dulu. Selepas itu masukkan sedikit sos tiram dalam 2 sudu besar, sedikit kicap dan cili padi yang dipotong. Masak sebentar dan perisakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukupnya mengikut citarasa sendiri. Akhir sekali masukkan sedikit jus lemon secukupnya dan renjis renjiskan sedikit sesame oil atau minyak bijan untuk menaikkan lagi aromanya.




Bila ikan sudah betul betul masak, bolehlah dikeluarkan dari kukusan. Hati hati panas tu yer. Kemudian tuangkan sos yang kita buat tadi ke atas keseluruhan ikan dan taburkan dengan daun daun ketumbar. Saya suka banyak daun ni. Pastu, apa lagi??? Jomlah Bismillah.. Kena makan masa panas panas ni, barulah terangketttt.. Kono pulak tu ngan Kerabu Mangga dan Sambal Udang tu. Wallahhh.. Jemputlah nengok yer.. Ampunnn.. Satu pesanan dari saya, pastikan Ikan Steam ini adalah hidangan terakhir yang disediakan supaya lebih segar dan mantops bila dimakan. 




Kalau ikut 'MasterChef', failed kowt bab pinggan yang isi Siakap ni. Bak kata Chef tu, penoh sangat. Tapi nak wat camner? Pinggan ni jer yang hakaq ada paling panjang tuk isi Sang Siakap tu.. Kira Bolehlah yer.. Selamat Mencuba.. Insyaallah.. Berbaloi baloi.. Lama tak dengar pantun ni;

"SIAKAP SENOHONG
GELAMA IKAN DURI
CAKAP BOHONG
LAMA LAMA MENCURI"


Kalau teragak nak gi cari follow jer road signages kat atas ni dari atas sebelah kiri, insyaallah tak sosek.. dibuka setiap hari dari pagi sampai tengahari selagi ada stock ikan.


Antara stock yang kuBorong jugak.. Segar Segar!! Baru ada semangat nak masak kann.. :)



Thursday 20 September 2012

BISKUT ARAB aka SUGEE cum CRYSTAL BALL



Assalamualaikum dan Salam Ceria buat semua yang saya pengunjung setia yang amat saya sayangi. Sejak kebelakangan ni saya takleh ngadap screen ni lelama sangat. Tah ngaper tahh.. pala jadi pening. Pastu sibuk ke sana sini atas jalan. Ada masa sikit sikit jer untuk skodeng kat sini. Kalau ada comment kengkawan yang tak sempat berjawab tu, jangan majuk yer.. Insyaallah ada masa nanti akan saya jawab juga. Janganlah serik mengomen yer, saya suka sangat baca komen dari kengkawan tu. Lap uols very very much.. muahhhh.. 




Sebelum saya teruskan siaran tertunggak ini, saya juga ingin memohon jutaan maaf pada kengkawan yang menanti agak lama resepi ni. Bukannya saya sengajakan tetapi masa saya buat tuk raya aritu saya tak berapa confident dengan sukatan tepung tu. Saya rasa macam dah sukat betul, tapi bila buat cam ada lebih pulak. Jadi saya terpaksalah buat lagi sekali untuk memastikan sukatan yang sebetul betulnya. Bila bab kena buat lagi tu, pepaham jerlah kann.. Nilah baru terbuatnya.




Ada yang panggil Biskut ARAB, ada jugak yang panggil Biskut SUGEE. Pastu bila diwarnarkan pula dah jadi nama CRYSTAL BALL. Haaa.. gasaklah.. janji bernama. Paling tak boleh blah, bila anak bertuah saya pulak terpandang yang ada tiga colour sekali tu dia cakap, "Eh!.. Ibu buat Biskut GOOGLE CHROME".. hahaa.. pon boleh.. Sesuka hati jerlah kann. Resepi ni memang dah lama betul, dari dulu zaman saya kanak kanak lagi memang inilah resepi yang Mak guna. Setiap kali raya saya pasti akan korek dari kitab Mak saya. Cuma kalau suka rupanya ala ala warna warni di Aidilfitri tu bubuhlah sedikit pewarna makanan. Nak tau recipenya?? Let's Checkidaudd!!..




~~ BAHAN BAHAN ~~

400 gm Minyak Sapi QBB
6 cawan Tepung Gandum
2 cawan Gula Halus
2 biji Telur Ayam
1 sudu kecil Vanilla Essence




Goreng tanpa minyak tepung gandum seketika hingga agak ringan dan sejukkan. Ayak dulu sebelum digunakan. Kacau sedikit telur bersama vanilla essence. Ketepikan dulu.

Pukul minyak sapi dan gula hingga sebati. Boleh juga kurangkan sedikit gula jika taknak manis sangat. Saya guna 1 1/2 cawan jer. Kemudian, masukkan bancuhan telur tadi dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata dan sebati. Jika agak sudah memadai kelembapannya, tak perlu dihabiskan tepung tu. Boleh juga diwarnakan jika suka.

Bentukkan bulat bulat dan bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 20-25 minit atau mengikut kapasiti oven memasing. Selamat Mencuba.. (",)




CHOP!!!.. Biskut ni satu adunan dapat banyak jugak.. Kalau rasa rasa tak larat nak menggentel atau nak cuba try test dulu, boleh buat separuh adunan jer yer laling lalingku.



Monday 17 September 2012

Gas Habiss!!.. Tapi Jadi Jugak SEAFOOD SPAGHETTI AGLIO OLIOku



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Banyak hari jugak saya tak sempat menjengok kat sini. Banyak sungguh agenda ujung minggu ni aritu termasuklah kenduri tahlil arwah MIL. Selesai sudah kowt bab raya ni tapi minggu depan saya masih lagi ada jemputan untuk majlis hari raya ni. Tak cukup sebulan nampaknya raya ni rupanya. hehehh..




Al-Qesahku pada N3 ni taklah cerita baru sangat. Cuma pada malam ini barulaa sampai queue dia dan juga baru berkesempatan nak duduk menghapdet. Minggu lepas camtu, setelah kebuntuan melanda memikirkan apa yang dimasak saya finally decide to cook Spaghetti Aglio Olio jer. Udang dan Sotong pun adalaa serba sikit dalam peti tu. Bolehlah kiranya jadi SEAFOOD SPAGHETTI AGLIO OLIO peberet anakku Farrah tu. Sekali bila baru jer menumis gas boleh mematikan dirinya.. duhhh.. Gas spare tu memang ada cuma saya tak boleh nak angkat tong gas yang berat tu. Kang macam macam pulak masak yang datang. Nak tunggu En. Hubby balik, lambat sangatlaa pulak. Tah macammana tetiba terlintas dalam kepala ni, "Guna rice cooker pun boleh gak ni".. Apa lagi?? terpaksalah beralih arah kekdah memasak tu dalam rice cooker jer. Alhamdulillah.. dapat kami makan.. jadi gak sang Aglio Olio tu walaupon dalam rice cooker.




Kalau ada sesapa nak resepinya boleh skodeng kat SINI jika nak yang versi pedas. Saya dah pernah share resepinya sebelum ini. Pada yang tak tahan pedas boleh nengok resepi YANG INI. Seafood yang nak digunakan tak semestinya follow yang saya buat. Ikutlah citarasa memasing atau apa bahan yang ada dan senang dapat.




Selamat Mencuba yer.. Moral of the story, apa apa pon boleh ajer kann.. Asalkan ada kemahuan pasti ada jalan.. Akhir sekali pada teman teman dan sanak saudara yang bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah, Selamat menjalani ibadah Haji. Moga dipermudahkan dan mendapat Haji yang Mabrur.. Insyaallah.. 





Friday 14 September 2012

GULAI UDANG BERNENAS



Assalamualaikum dan Selamat Jumaat yang penuh barokah buat semua yang saya sayangi. Pada yang belum ada timboi ilham apa yang dimasak arini, apa kata kita masak GULAI UDANG BERNENAS ni. Lama betul saya tak masak gulai ni. Salah satu lauk peberet hubby ni. Banyak kali gak dia menyebut nak makannya, baru nilah menjadi. Sabor jerlah binimu ni yer sayang.. kuikuikui.. Memula saya plan nak buat kerabu mangga makan ngan gulai ni tapi bila difikir balik, kang semuanya masam pulak. Nenas tu pon dah ada rasa masamnya, cam tak konolah kann.. Tetiba teringat ada sebiji buah mangga yang petik dari pokok belakang rumah ritu. Berkata dalam hati, "Buat SAMBAL MANGGA pon sedap nih". Sekali bila makan, memang tak hengatlah.. Sedap gilerr.. Ada masam, ada manis, lemak dan pedas cukup terasa. Sayang betol rasanya nak benti makan. Kena pulak ngan ikan goreng tu. perghhh.. Saya cerita ni pon lapar baliklah.. hingga menjilat jari. Kalau nak tau resepi saya tersendiri GULAI UDANG BERNENAS ni, jom jom!! kita pi dapoq..




~~ BAHAN BAHAN ~~
500 gm Udang Laut 
1/2 biji Nenas Muda
400 ml Santan Pekat
Segenggam Ciliapi *
2 inci Kunyit Hidup *
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
3-4 batang Serai 
1-2 helai Daun Kunyit
Air secukupnya
Garam secukup rasa


Udang dibersihkan dan toskan. Nenas tu pula dipotong potong tebal dan dicelur sebentar dan dibuang airnya untuk mengurangkan masamnya. Tumbuk lumat semua bahan bertanda (*) dan titikkan semua serai. Kalau tak berapa rajin, diblend ajer. Cili api tu biarkan separuh tangkainya tidak dibuang. Petua orang tua, kalau masak cili api, masak sekali sebahagian tangkainya. Ini akan mengelakkan kita dari mengalami sakit perut bila memakannya. Okay, kemudian masakkan dulu semua bahan bertanda (*) dan serai bersama sedikit santan cair dan garam untuk mematikan dulu pedas cili tu. Bila agak dah hilang bau cili tu baru masukkan udang, daun kunyit yang disiat atau dirampai, santan pekat dan nenas. Masukkan garam secukupnya. Biar mendidih seketika dan dimasak dengan api sederhana. Jangan masak lelama sangat kerana udang akan menjadi keras jika dimasak terlebih masa. Setelah matikan api dan siap memasak, jangan terus tutup periuk dengan penutupnya, nanti gulai kita akan jadi pecah minyak dan tak sedap dimakan.




SAMBAL MANGGA tu pulak sempoi bangett.. Rasanya semua tau caner nak buatnya. Saya ni tadi buat bajet takat 2 orang makan. Just tumbuk 3 batang cili merah, 6 tangkai ciliapi dan garam. Kemudian masukkan dalaam 1/2 biji buah mangga masak yang diracik dan ditumbuk sedikit supaya mesra. Hmm.. Senang jer kan resepi saya. Selamat Mencuba.. :)





Thursday 13 September 2012

Festaim Meroti dengan BmKu



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Adoyy.. Melekatnyer laa pulak mata ni nak menaip. Apekehalnyer yang awal sangat dah mengantuk malam ni? Terlebeh makan roti ker? hehehh.. Sonok betoi saya pagi tadi dapat buat Roti yang sebegini rupa kejadiannya. Bolehlaa kann.. kalau kata nak lawan Massimo atau Gardenia tu taklaa kot tapi sekurang kurangnya saya dapat makan roti yang very fresh from my BM aka Bread Maker tu. Kalau nak kata gebu tu gebuss laa jugak. Cernengok lentuknyer gambar roti kat atas ni, kira lembutlah tu, boleh melentuk gitu kan.. Baru tadi makan malam ni pon masih elok jer lembut. Setengah buku jer pepagi tadi anak saya dah semelih bawak gi sekolah tak dan nak sejuk lagi. Balik siap suh buat lagi. Dia kata, "Kawan kawan girl suka roti tu, semua cakap sedap roti ibu".. hehehh.. terima kasih laa banyak banyak en hubby belikan BM tu tempohari walaupun sudah sekian lama ianya hanya menjadi tukun kat lemari dapoq tu.




Pada yang bertanya juga, boleh klik SINI untuk melihat rupa BM saya tu. BM murah jer pon.. Cap Ayam jer.. Janji dia boleh kuar jadi Roti bukan lempeng ker cokodoq ker, jadilahh. Macam Mak saya selalu cakap, "Tu pon syukurlah ada orang ingat nak belikan". Memang lama betoi kesahnya BM ni dok jadi tukun kat dapo tu. Bukan apa, tak abih abih dok sekolah buku manualnya tu. Mana taknya, asalnya bukak jer, kena dua baris lelap. kuikuikui.. Tah nape pulak semalam boleh tetiba terlebih bateri, terus jer rasa nak buat sangat sangat. Kejap pulak baca dah boleh katam. Katam takat roti ni jerlah.. hehehh.. Sebelum ni saya pernah jugak membuat roti ni. Boleh nengok kat Entry MY HOMEMADE BREADs ni. Macam macam rupa dan bentuk ada, guna jari ngan lengan jer tu menguli. Jenuhlaa jugak, mana ader BM bagai lagi masatu. Okaylah, kalini saya kongsikan resepi Roti Putih Biasa ni. Resepi ni saya follow dari buku manual BM tu, cuma saya tambahkan telur dan sedikit minyak untuk melembutkan dan melembabkan lagi texture Roti ini.




BAHAN BAHAN :

300 ml Air
1 biji Telur
560 gm Tepung High Protein
2 sudu besar Susu Tepung
1 1/2 sudu besar Gula
2 sudu besar Butter
2 sudu besar Minyak Jagung
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Yis Kering


Cecah ngan Kuah Doyan camni pon Sodapppp.. :b


Masukkan dulu bahan bendalir ke dalam Bread Maker (BM) seperti Air, Minyak dan Telur. Kemudian dimasukkan tepung dan jugan bahan bahan kering lain. Kemudian setkan ker 'Basic' untuk memulakan proses meroti atau ikutlah kaedah dan cara penggunaan BM memasing. Boleh juga samada nak pilih warnanya Light, Medium atau Dark. Saya ni pilih 'Medium'. Suka ada kerak dia garing sikit.  Dalam masa lebih kurang hampir 4 jam roti kita pun siap. Paling sesuai jika kita buat sebelah malam, bangun pagi roti pun dah ready fresh tuk bekfes kita. Senang bangett kann.. Insyaallah ada kesempatan saya akan cuba rasa rasa yang lain pulak. Pada kengkawan yang ingin menerai, Selamat Mencuba.. (",)




Tuesday 11 September 2012

NASI BERIANI UDANG RAYAku



Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah tertunai dan selesai sudah hasratku menjalani ibadah posa nam. Agak lewat dapat dijalani kalini kerana masalah kesihatan yang kurang  baik pada awal Syawal aritu. Sekadar rayanya yang sempoi untuk kami tiga beranak kat umah ni, saya terfikir cam nak masak Nasi Beriani. Kebetulan adalaa pulak stock udang dalam peti sebok tu, maka jadilah NASI BERIANI UDANG.




Lama jugak dah saya tak masak Nasi Beriani sampai satu insiden berlakulah. Seingat ingat saya, masih ada rempah beriani dalam simpanan saya. Sekali bila semua bahan dah siap dan beras pon dah siap rendam baek punyer, cari cari rempah beriani takder langsung. Adehhh.. takkan nak kuar gi pasaraya pulak nak beli kan. Panik gilerr dan gubra Mak sekejap.. Tetiba baru teringat Rempah Soto Serbaguna Tok Mak, Rempah Kurma dan Rempah Kari ada kat dapur tu.. huhhh.. legaaa.. Karang jerlah buat rempah beriani bidan terejun rekaanku sendiri. Saya campokan jer ketiga tiga jenis Rempah tadi dalam 1 satu besar setiap jenis dan bancuhkan menjadi pes. 1 sudu tu takat paras paras jer, jangan sampai membumbun pulak. Saya memang suka Nasi Beriani yang ada rasa rasa rempah giteww. Kalau tak, bak kata Mak saya, "Tu bukan nasi beriani cheq oii.. Nasi minyak namanya". hehehh.. Tapi tu selera kami lah yer.. Mungkin tak sama ngan selera orang lain.




Bila dah siap masak tu, suspen gilerr nih nak tau rasanya. Sekali bila rasa, yahooooo.. Seb baek sedapppp.. rasanya lagi sedap kowt dari rempah yang saya beli siap sebelum ni. Paling lega lagi, bila tanya hubby dia cakap sedap jugak. Kalau nak tau resepi NASI BERIANI tu leh skodeng kat SINI. Sama jer, cuma yang ni saya guna rempah beriani bidan terejun tadi citer tu dan saya taburkan dengan buah gajus dan kismis yang digoreng sebentar dengan minyak sapi. Kebetulan bendanya ada, bolehlaa bubuh buat penyedap.




Udang tu pulak saya buat masak PESAMAH sebab masakan inilah yang dorang kat umah ni suka sangat. Tapi takder masalah. memang 'IN' betoi dengan Nasi Beriani. Sesekali kita tukarlah pulak kan.. Asyik ayam dan daging, muak jugak rasanya. Resepi UDANG PESAMAH ni juga boleh skodeng kat SINI. Saya dah pernah share sebelum ni cuma yang ini saya ada tambah dalam 1 sudu besar Rempah Soto Serbaguna Tok Mak juga.




Pastu saya cuma buat JELATAH. Sempoi jer, potong potongkan nenas, carrot, timun, bawang besar kuning, cili hijau dan cili merah. Kemudian perisakan dengan sedikit cuka, gula, garam dan gaul rata. Sedap tu, krak krukkk meratah pun. Dessert pon adaaa.. dessert PUDING TAUHU COCKTAIL.. kan saya cakap banyak dapatnya.. haaa.. tu yang masih ada lagi. Resepinya pun baru jer saya masuk pada N3 sebelum ni. Okaylah.. Nak ke dapo pulak jap, apa nak digodek pun tak taulah. Jumpa lagi.. Daaaa..