Thursday 8 October 2015

LAKSAM @ My First Attempt ;)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar??

Perghh.. Jenuh nyelak sawang ni.. Yang sangkut kat idung pun ada ni. hehee.. Maklumlah lama betoi tinggai.. Korang pun tinggai gak ker umah makchiq ni.. Alaa janganlaa.. kan banyak tu resepi resepi yang makchiq dah wasiatkan.. Dah try abis lum. Try jangan tak try tau.. Kalau tak kompom nyesal.. hehehh..

Okeylah.. bak kata anak saya Farrah, "ibu tulis panjang panjang bajet ada ke orang nak baca?" haa.. tu dia bahsa anak anak zaman melenium nih.. dengan kita kita pon jahnam bahasa jadinya.. So, kita go straight to the point yang tah yer tah tidak laa straightnyer pun.. Piss YO!!


ni kita taklaa buh kuah banyak.. kang buh banyak tenggelam semua mana cungg picture kann.. 


Sebenornya saya memang suka sangat makan Laksam Kelantan tapi belum ada keberanian nak mencubanya sendiri.. chehwahh.. tak berkeberanian ke kemalasan yang besor yer.. Sama naik laa tu.. Tah macam mana tetiba bersemangat waja pulak nak menerai sendiri. Sebelum ni adalaa risik risik dari akak Datin kesayangan saya tu.. ehem ehemmm.. Datin Elani yang berasal piyau dari Kelantan. Selalu gak gi makan kat umah dia. Kalau tak pegi, dia anta ke rumah.. cayang kak nie.. Memang sedap Laksam airtangan akak Datin tu. Sebelum ni kalau teragak saya gi makan jer kat food court Giant Sec 13 Shah Alam tu, but lepas dok keje makan Laksam akak Datin tu, hmmm.. tak sior dah Laksam kat Kedai, Biasalaa kan.. Malas nak komen, buek nambah saham yo. Lue pikirlah sendiri.. pinjam ayat sat naa Nabil.. Jangan Saman den lak.. kikiki.. hmm.. kan den dah koba tadi.. tak gak straight laie kann.. Ok ok.. let's checkidaudd recipe and the making of My Homemade Laksam.

Saya buat kuahnya dulu sebab jika dimakan esoknya lebih sedap. Semua rasa dah mesra dan sangat mantopp bila dimakan. Maaf juga jika ada yang tak exactly macam pantai timur punya resepi sebab saya terpaksa masak ikut citarasa keluarga saya especially 'no sugar' & 'no ajinomoto' added. All so natural. Kami tak biasa makan lauk yang manis. Kalau berminat, silakan.. or else sila skodeng blog blog ori Kelantanese.




BAHAN BAHAN (KUAH):

500gm Ikan Selayang 
500gm Ikan Pelaling
500gm Santan Segar
1 sudu kecil Lada Hitam*
1 sudu kecil Lada Putih*
1/2 inci Halia*
3 batang Serai*
9 ulas Bawang Merah*
1 ulas Bawang Putih*
Asam Keping
Air Secukupnya
Garam Secukup Rasa

Rebus kedua dua jenis ikan tu dengan sedikit garam dan asam keping. Asingkan isi dari tulang dan blend dengan air rebusan tadi. Tulang yang diasingkan juga diblend dengan air rebusan untuk mendapat manis ikan yang lebih lagi. Tapiskan yer, amik air jer sahaja.. Jangan pulak pi terejun sekali ngan tulang ikan tu.. nayyya haihh.. Blend juga semua bahan bertanda (*). Lada hitam dan putih tu pastikan guna yang biji yer. Kalau guna yang serbuk kurengg.. bau dia tak berapa kow dan kesegarannya pun kurengg. Tak perlu sampai halus sangat juga. Kalau rajin tumbuk dengan lesung batu lagi power. hehehehh.. ada berannn..

Next.. Masak santan bersama bahan kisar tadi. Kalau santan perah, masak bersama santan cair dulu. Bila dah menggelegak masukkan isi yang telah diblend tadi. Pastu masukkan santan pekat. Masak lagi sehingga mendidih. Tambahkan air jika perlu ikut kepekatan. Owh jangan lupa masukkan garam secukup rasa dan asam keping ikut tahap kemasaman yang anda suka. Saya buh 3 keping. Api jangan kecil sangat nanti dia terbit minyak, tak cantik kuah kita. Tapi janganlaa besar sangat nanti membuak buak melimpah pulak. Yang sedang sedang ajer yer.. :)

Senang jer bab kuah ni. Macam saya cakap tadilah. Kalau nak makan besok, buat kuah sebelah malam. Lagi sedap bila dimakan. Jom kita buat Laksam gulung tu pulak. Yang ni agak mencabar kesabaran jugak tapi setelah beberapa kali mencuba saya rasa mudah.




BAHAN BAHAN (LAKSAM) :

6 cawan Tepung Beras
5 sudu besar Tepung Gandum
2 sudu Kecil Garam Halus
6 cawan air panas mendidih
4 cawan air biasa

Satukan kedua dua jenis tepung dan gaulkan bersama garam. Dalam bekas berasingan campurkan air panas mendidih dan air biasa tadi dan akan menjadi suam suam. Masukkan sedikit demi sedikit air ke dalam tepung tadi dan kacau rata. Lakukan hingga air habis dan kacau rata hingga tiada yang berkutil. Ketepikan.




Panaskan kukusan. Terpulanglah nak guna kukus macam mana pun. Janji wapnya sampai dan boleh masak. Saya guna kukus buluh jer. Lenserkan non stick pan dengan sedikit minyak. Biasa orang kata guna tudung periuk pun boleh tapi saya yang amatur ni lebih confident guna non stick pan yang biasa orang guna buat pizza tu. Kalau saya guna tudung periuk kang kot pandai menari tudung periuk tu jadinya. hehee.. Ok selepas dilenserkan dengan sedikit minyak, panaskan sebentar pan tu di dalam kukusan. Berapa minit? saya tak record.. agak agak jerlah. 




Kacau rata dulu adunan tepung tadi dan tuang atas pan yg panas dalam kukusan tadi. Janganlah terlalu tebal sangat dan janganlah terlalu nipis sangat. Kalau tebal sangat, bila digulung nanti dah rupa bantal pelok pulak dan kalau nipis sangat payah jugak nak menggulung nanti. Apapun practise make perfect! Dah beberapa kali buat nanti pasti dapat agak. Saya punya camni jerlah. Tak suka pulak kalau tebal, macam ni best jer licin masuk ke tekak. Lepas tu, tutup kukusan dan biarkan masak dalam 7-8 minit atau sehingga masak. Bila nampak dia gelembung gelembung tu tanda dah masaklah. Kalau ada yang tak gelembung tu, jangan panik.. Sentuh permukaannya, jika tak lekat di jari maknanya masaklah dah tu. Jangan terlebih masak nanti keras tak best makan. Keluarkan pan tadi dari kukusan, umpil sedikit kelilingnya dengan pisau plastic dan gulung perlahan lahan sambil diumpil atau ditolak dengan pisau plastik. Ulangi sehingga habis adunan tepung.




Bila nak makan potong potongkan dan hidangkan bersama hirisan ulam ulaman seperti Kobis, Kacang Pancang, Timun, Bunga Kantan, Daun Kesum, Daun Selasih, Bawang Besar dan Taugeh. Saya tak bubuh taugeh, malas nak buang bontot dia. Paling penting jangan lupa sambal belacan dia. Kalau takde memang tak bangkit laa rasanya. Yang uniknya bagi saya sambal ni belacannya dibakar dan diasingkan dari lada yang dimesin bersama perahan limau. Bila nak makan baru digaul dengan belacan bakar tadi. Pertama kali jugak saya mencuba ini tapi memang sedap. Kalau tak caya, cubalah sendiri tau.. 




** Picture snap guna fon pekak jer.. malas guna DSLR..  Asyik kena rembat jer.. bye..