Thursday 9 October 2014

NASI KERABU BIRUKU

Serius Terlajak Sedap!!!
Memang tak hengat makannya.. 




ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Seperti yang saya janjikan dikala ada kelapangan ini akan saya tulis Al kisah Nasi Kerabu Biru yang pertama kalinya saya mencuba untuk membuat sendiri. Sebenarnya dari dulu saya memang suka sangat makan nasi kerabu tapi hanya beli di kedai atau makan di Restoran. Saya ingatkan itulah Nasi Kerabu yang terbaek dah. Tetapi bila saya mencuba buat sendiri dengan menggunakan resepi dari teman saya ROZILAH ABDULLAH adalah jauh lebih sedap dari yang saya pernah makan sebelum ni walau di Restoran yang ala ala 5 bintang harganya tu. Sungguh uols.. Kalau tak sungguh saya tak cakap.. Well, u know me kann.. :)




Pergghh.. Sambil menaip ni boleh pulak terbau bau keharuman ulam ulaman untuk Nasi Kerabu ni. Padahal dah berapa minggu yg lepas saya membuatnya. Mekasih Rozi.. Memang terbaek resepi Nasi Kerabu Rozi tau. Tak lupa juga pada Kanda DATIN ELANI AB KADIR yang juga banyak memberi tunjuk ajar untuk menghasilkan Nasi Kerabu yang sangat sedap ini. Maklumlaa saya bukan berasal dari Pantai Timur dan tak pernah langsung melihat bagaimana orang memasaknya. Hanya berpandukan resepi sahaja. Ada yang agak blur tu terpaksalah hello hello kengkawan.. Dengan itu saya mohon resepi Nasi Kerabu ini dikongsikan di sini buat rujukan saya dan teman teman.




NASI

4 pot Beras Siam Serindit (Saya guna basmathi)
5 pot Air - bergantung kepada beras masing2
3 helai Daun Limau Purut - dikoyak2
3 helai Daun Pandan - disiat & disimpul
Segenggam Bunga Telang - direndam




Beras dibersihkan dan rendam sebentar dengan air bunga telang untuk menyerapkan lagi warna biru pada beras. Kemudian ditanak seperti biasa bersama-sama daun limau purut, daun pandan dan air bunga telang yang memberi aroma semulajadi pada nasi. Saya masukkan sedikit garam.




SAMBAL KELAPA IKAN

5 ekor Ikan Kembung @ Ikan Sardin
5 biji Bawang Merah
Sehiris Halia
1/2 biji Kelapa
3 batang Serai
10 biji lada hitam (boleh letak lebih sekiranya suka)
Sedikit Garam
Sedikit Gula (Saya tak bubuh)




Goreng kelapa seperti buat kerisik tapi jangan terlalu garing. Kemudian tumbuk kelapa hingga halus (saya guna mesin kering) tetapi jangan sampai pecah minyak.


Bakar ikan @ rebus ikan. Asingkan isi dan ketepikan. Saya suka sangai dulu isi ikan ini (setelah direbus) di dalam kuali hingga kelihatan isi ikan itu seperti kapas.


Tumbuk bawang merah, halia, serai, garam dan sedkit gula hingga lumat dan sebati. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali bersama2 ikan yg telah disangai terlebih dahulu dan sangai lagi hingga kering. Rasakan garamnya. Ketepikan.

Note: Sambal Kelapa Ikan ni biasanya orang buat tak garing sangat tapi saya suka garing sikit camni sebab dah isi kelapa dan ikan yang lembab pada Solok Lada. Ini selera saya lah yer.. Maaf bukan nak derhaka pada resepi asal. 




KUAH TUMIS (Kuah Nasi Kerabu)

Santan Pekat dari Sebiji Kelapa
10 tangkai Cili Kering
5-8 ulas Bawang Merah Kecil
1 ulas Bawang Putih
2 batang Serai - di ketuk
Sehiris Lengkuas
2-3 keping Asam Keping/Gelugur
Sedikit Budu
Sedikit Minyak utk Menumis

Semua bahan dikisar hingga lumat kecuali serai dan asam keping. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis kesemua bahan kisar hingga naik bau dan masak cilinya. Kemudian masukkan serai yang diketuk tadi bersama santan. Masukkan asam keping, gula dan garam. Didihkan dengan api perlahan hingga naik minyak.




SOLOK LADA

10 biji Lada Hijau
(dibelah jangan sampai putus dan buang biji)
½ biji Kelapa Parut Putih
5 biji Bawang Merah
Sehiris Halia
1 ekor isi Ikan Tenggiri size kecil
Sedikit Garam
¼ cawan Santan Pekat
Sedikit Lada Hitam(ditumbuk kasar) - Saya tambah
Sedikit Kerisek - Saya tambah
Sedikit hirisan Daun Kunyit - Saya tambah




Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Campurkan semua bahan dan sebatikan. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi. Susun dalam kukusan dan kukus sebentar hingga isi lada tu masak. Ni cara saya yer.. Saya rasa lebih mudah. Kalau tak, susun dalam periuk dan masak dengan santan.




IKAN GORENG CELUP TEPUNG

5 ekor Ikan - dibersihkan dan tos
½ cawan Tepung Beras
Sedikit Air Kapur
Sedikit Serbuk Kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Saya perap sebentar ikan dengan sedikit garam dan serbuk lada sula. Kemudian bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang. Panaskan minyak. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.




ULAM-ULAMAN

2 helai Daun Kunyit
5 helai Daun Cekur
1 batang Bungan Kantan
10 tangkai Daun Kesum
5 tangkai Daun Selasih
5 batang Kacang Panjang
5 batang Kacang Botol
Sedikit Daun Selom
1 biji timun - Saya lupa beli
5 biji bawang putih jeruk - Saya tkder
1 labu Bawang Besar - Saya tambah
1 mangkuk kecil Taugeh, dibuang ekornya

Hiris halusss kesemua bahan ulam halus kecuali taugeh.




DAGING BAKAR 

1kg Daging Batang Pinang
1 sudu besar Ketumbar *
1 sudah besar Jintan Manis *
1/2 sudu besar Jintan Puith *
3 ulas Bawang Putih *
Sedikit Minyak Zaitun

Basuh dan toskan betul betul daging. Blend semua bahan bertanda (*) dan kemudian lumurkan pada daging. Titiskan sedikit dengan minyak zaitun. Perap semalaman di dalam fridge dan bolehlah membakor. Bakar ikutlah nak masak tara mana. Kemudian angkat dan hiris nipis.




CARA HIDANG

Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa ikan, cili padi jeruk (air lada), kuah tumis, budu diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin,keropok goreng, daging bakar, ayam bakar, ayam goreng berempah dan juga ikan goreng celup tepung. Terpulanglah pada selera memasing atau apa stock lauk yang kita ada. SELAMAT MENCUBA!


Wednesday 24 September 2014

PULUT KUNING & KARI TELUR BERKERISEK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah 23rd September datang lagi dan menambahkan usiaku. Makchiq dah genap 44 tahun harini uols.. Tua lagi.. Tapi makchiq OK jer.. Well, besday orang tetua ni apalaa sangat kann.. Apapun saya bersyukur kerna dilahirkan ke dunia ini.. Tq Mak.. Tq Abah.. yang telah membesarkan dan mengenalkan kepada saya erti DONIA ini yang sebenarnya. Jasa kalian tidak pernah kulupakan. Moga diberkati Allah sentiasa dunia dan akhirat. Ameenn..




Sebenarnya saya tidak punya banyak masa untuk menulis dan membebel. Ada sesuatu yang agak penting bagi diri saya perlu saya siapkan ASAP. Saya cuba curi masa jer ni nak stori sikit dengan uols. Sesaja laa nak bagi spesel sikit on my besday ni kann.. saya buatlaa Pulut Kuning dan Kari Teloq peberet saya. Haa.. tak peduli laa orang lain suka ker tak kann.. Yang penting besday den, tokak den laa kann.. hahaa.. Memang selamat betul laa kann.. tah berapa kali makchiq dok ngulang makan.. Tapi yang best tu harini ada class ngaji. Pak Ostadz datang ngajar. Dapatlaa dia merasa sama dan membaca doa sempena hari lahirku.. Ameen Ameenn Ya Rabbal Aa'lameenn.. Alhamdulillah.. Syukur.. Moga segalanya dimakbul Allah SWT.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua teman teman serta sanak saudara atas ucapan dan doa buat saya. Terharu sungguh atas ingatan kalian semua yang dari berbagai corong dan siaran.. Terbaekk sehh.. Maaflah jika ada yang saya tak sempat membalasnya satu persatu. Moga Allah SWT memberkati kalian semua. Ameenn..




Resepi Pulut Kuning dan Kari telur ni sebenarnya saya dah pernah kongsikan dulu. Boleh rujuk N3 INI untuk melihat gambar yang lebih mantop.. echechehh.. Mantop ker?? hehee.. Anyway saya kopipes laa jugak pada N3 ni..

Untuk menyediakan Pulut Kuning ni, memula 1kg pulut yang telah dibersihkan tu hendaklah direndam bersama sedikit serbuk kunyit dan sekeping asam keping, seeloknya semalaman baru dia betul kembang dan warna kuning tu akan serap dengan cantek. Asam keping tu untuk mengilatkan pulut tu bila sudah dimasak nanti. Keesokan paginya, pulut tu dibilas sekali dan dikukus sehingga 3/4 masak. Sambil tu masak 400ml santan pekat dengan beberapa helai daun pandan dan 3 sudu kecil garam (ikut citarasa) dengan api perlahan hingga mendidih.

Kemudian keluarkan dulu pulut dari kukusan dan gaul rata bersama santan tadi. Tuang santan tu sedikit demi sedikit dan biar dia serap sekejap dan Siap.. Boleh juga kalau nak kukus balik sekejap tapi saya yang menurut perintah Mak saya, tidak suka kukus lagi selepas dibagi santan tu. Nanti manis dia hilang. Lagipun santan tu pun kita dah masak pun tadi. So, terus hidangkan atau boleh juga dimasukkann dalam acuan untuk mencantikkan lagi hidangan kita.




Kari Telur ni pulak, macam kari biasa jugak cuma yang lainnya saya ada letak kerisik dan serai. Jom nengok cane saya buatnya.. :)


BAHAN BAHAN :

10 biji Telur Rebus
3 biji Ubi Kentang (dibelah 4)
300ml Santan
600ml Air (blh adjust ikut kepekatan yg suka)
5 sudu besar Rempah Kari Daging
5-7 ulas Bawang Merah*
3 ulas Bawang Putih*
1 inci Halia*
3 sudu Besar Kerisik
2 sudu Besar Tomato Puree
1 cawan Minyak utk menumis
3 batang Serai (dititik)
3 kuntum Bunga Lawang
3 biji Buah Pelaga
Sebatang Kulit Kayu Manis
Sedikit Daun Kari
Garam secukup Rasa

Hiasan : boleh bubuh buah Tomato
Tumbuk atau blend semua bhn bertanda *




CARA CARA :

Mula mula panaskan minyak dan tumis serai, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian tumis pula bahan yang telah ditumbuk atau diblend tadi hingga kuning keemasan. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes dan daun kari. Tumis dengan api perlahan supaya rempah tu tidak hangit dan pahit. Masukkan sedikit garam dulu. Bila rempah tu dah mula garing dan naik bau, masukkan tomato puree dan kerisik tadi dan masak sebentar. Selepas itu masukkan sedikit air dulu dikuti dengan ubi kentang dan telor. Bila ubi kentang hampir empuk masukkan pula santan. Teruskan memasak hingga menggelak, kemudian kecilkan jer api dan masak sekejap hingga terbit minyak. Barulaa cantek rupa kari kita tu nanti. Sebelum matikan api baru masukkan buah tomato yer. Kari ni bagi dia pekat sikit, baru laa kick makan dengan Pulut Kuning tu. Haaa.. sempoi jer kannn.. Cubalaa.. Tak payah tunggu besday. Sesekali sedap jugak makan Pulut Kuning dengan Kari Telur ni. Selalu takleh laa.. Bahayaa.. OK.. Selamat Mencuba.. ;)


Friday 12 September 2014

PERGIMU~~TAK KEMBALI LAGI



Tanggal 3.6.1977 pada hari Jumaat bertempat di bandar Johor Bahru kami seisi keluarga sungguh teruja dengan kelahiran seorang insan yang diberi nama Mazlina binti Abdul Rahman. Anak ketiga dalam adek beradek kami. Masa tu saya baru Darjah 1.




Membesar di hadapan mata saya dari seorang anak yang comel hinggalah besar panjang menjadi isteri orang. Tangan ini juga sering menyusukannya, menyuapkan makannya dan memandikannya. Yerlah.. saya kakak yang sulung. Petang petang selalu saya carry kat belakang basikal dan bawak pusing jalan jalan. Ingat tak dek, kita pernah tergolek masuk dalam semak bila basikal yang akak kayuh terbabas.. habis calar balar badanmu. Akak sampai ketakutan nak balik rumah.. Takut kalau Abah dan Mak marah sebab Alin adalah anak kesayangan semua. Tapi ku tolak jugalah basikal yang dah bengkok terpele'ot tu.. takkan nak tinggal dalam semak tu.. Sampai di rumah, kena marah ker tak yer.. tahlaa dah lupa pulak.. macam kena, macam tak.. hehee.. tak kisahlah.. Banyak sungguh kenangan manis kita sekeluarga kann.. Susah senang.. Suka duka..




6.9.2014 pada umurmu yang baru menjangkau 37 tahun sekitar jam 2-3 petang akibat kegagalan Buah Pinggang dikau menghembus nafasmu yang terakhir deq.. Kau tinggalkan kami yang sangat menyangimu.. Terketar ketar menerima berita yang sangat sedeh.. Hampir seminggu sudah berlalu, akak yang masih lagi bertatih tatih menerima hakikat ini terpaksa akur dengan kehendak yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah SWT sangat menyayangimu deq.. Tiada daya kami menahannya.. Apa pun akak rasa puas kerana dapat memandikanmu buat kali terakhir, solatkan dan terus menghantarmu ke tempat persemadianmu. Itulah saja sentuhan yang terakhir dari akak buat jasadmu deq. Segala jasa baikmu pada kami sekeluarga sepanjang hayatmu tak pernah akak lupakan dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. 




Masih terbayang bayang senyumanmu dan terngiang ngiang gurau sendamu deq. Di kala akak dalam kesusahan dikau datang hulurkan tangan tanpa sebarang rungutan. Bahkan dikau datang dengan senyuman manis dan begitu jugalah pada sesapa pun. Alin cukup terkenal dengan seorang yang ceria, baik hati dan peramah. Setiap yang mendapat perkhabaran pemergiannya pasti ucapkan perkara yang sama.. "Terbayang bayang senyuman dia".. Allahu Akbar..  :'(




Sesungguhnya kami semua sangat menyangimu tapi apakan daya Allah lebih menyayangimu. Semoga adinda tenang di sana dan sentiasa dibawah rahmatNYA.. Insyaallah kita akan bertemu semula di Jannah.. Ya Allah kau ampunkanlah dosa dosanya.. Kau terimalah segala amal kebajikannya dan jauhkanlah daripada seksa Mu yang pedih.. Kau peliharalah adekku sebaik baiknya hingga ke Hari Khiamat. Jadikanlah alam kubur tempat yang paling selesa buatnya Ya Allah.. Ameen.. 




Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada teman teman dan sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat menziarahi Arwah dan memberi sokongan moral pada kami sekeluarga. Juga setinggi tinggi terima kasih pada mereka yang turut berusaha menguruskan Jenazah Arwah dengan sempurnanya. Tidak dilupakan juga pada yang tak putus putus mendoakan Arwah, tiada apa di muka bumi ini yang setimpal dgn jasa baik anda semua.. “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”.. Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik. 

Damailah dikau di sana wahai adeqku Allahyarhamah Mazlina binti Hajah Rohayah. Insyaallah bila saatnya tiba kami akan menyusul. Itu janji Allah.. Kita pasti bersatu kembali di alam yang kekal.. AL FATIHAH..




Ya Allah.. Rindunyaaa.. Apa lagi bila terbaca luahan hati anakku Farrah pada Arwah Anjangnya di instagram.. Tak tertahan air mata ini.. Allah..



Thursday 4 September 2014

CARAMEL CAKE




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengikut setia saya. Lama jugak saya tak bersiaran kann.. Saya tersangatlah sibuk menyiapkan segala tempahan. Jangankan masa nak berblog, masa nak nengok muka sendiri kat cermin pun tak sempat.. Seb baek dak Farrah rajin ajak 'Selfie', dapatlaa jugak nengok rupa sendiri.. hehehehhh..

Apapun saya tak pernah lupa pada janji saya.. Ramai yang bertanya resepi cake caramel yang saya pernah buat. Maka di kesempatan ini saya cuba berkongsi semampu saya. Sebenarnya duluuuuuu saya dah buat cake ni dengan menggunakan resepi dari blog AZLITA MASAM MANIS yang saya difahamkan adalah resepi asal MUNIRA BAHARUM. Memang sedap cake ni, kalo abang Jebat tu sekali hadap setengah biji cake. Tinjau lagi besok, dah tinggal tapak cake.. adehh.. Tapi saya teramatlaa malasnya nak membuat cake ni. Banyak tempahan saya tolak sebab kerjanya yang sangat rumit. Mana nak buat caramelnya, pastu pudingnya lagi dan seterusnya cake sponge tu pulak. Kalo tak chaya meh nengok resepi terkini saya yang telah diupgrade sikit untuk menyedapkan dan menyejukkan lagi tekak memakannya.




Sediakan loyang berukuran 7in. Tabur 2 sudu besar gula pasir rata di atas loyang dan bakar atas dapur dengan api perlahan. Biarkan hingga sedikit keperangan dan semua gula hancur. Ketepikan. AWAS jangan sampai hangus yer.. Nanti Pahit. Ia juga akan crack sedikit tapi takper.. no hal..




BAHAN PUDING
1 tin Susu Cair
3 biji Kuning Telur
2 biji Telur
1 sudu kecil Tepung Kastard
60gm Gula Castor
1 sudu kecil Vanilla Esen 

Campurkan semua dan kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar melarutkan gula jer. Biarkan seketika supaya buih buih hilang dan puding akan nampak halus tanpa banyak sangat lubang lubang. Selepas itu bila bahan cake dah ready baru tapiskan masuk ke dalam loyang gula hangus tadi.




ADUNAN CAKE A
3 biji Kuning Telur 
60gm Gula Castor 
1sudu kecil Vanilla Esen 
45ml Minyak Jagung  
135ml Susu Cair

Pukul telur kuning, minyak dan susu sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

NOTE : PASTIKAN DIBUANG TALI PUSAT PADA SEMUA TELUR UNTUK MENGELAKKAN DARI BAU ATAU RASA HANYIR TELUR YANG KUAT.




ADUNAN CAKE B
140gm Tepung Gandum 
1sudu kecil Baking Powder 
Ayak 2 bahan ni 

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak
Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.




MERINGUE 

6 biji putih telur 
(pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning)
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar tar

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh







Masukkan 1/3 bhn merinque kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.



Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.



Kemudian tuangkan terus adunan kek ke atas Puding. 
**Tak perlu masak dulu Puding Caramel.**
Seterusnya, belang belangkan adunan.
Tuang 3 sudu lapisan pink, kemudian 3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan purple di tengah-tengah lapisan hijau.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.






Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C. Bila dah masukkan kek dalam oven kurangkan pada suhu 160C dengan menggunakan api bawah sahaja. 




KAEDAH STEAMBATH

Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.




Okay uols.. Tak banyak gambar step by step yang dapat saya kongsikan sebab saya buat keje sengsorang. Ini jer termampu saya. Ada kesempatan nanti saya tambah lagi. Selamat mencuba yer.. Saya tak berapa sihat ni, tak larat nak lelama depan screen ni. Ada umur, ada rezeki kita jumpa lagi.. Assalamualaikum..




Tuesday 24 June 2014

NASI DAGANG GANOO AMBE :)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nampaknya kita sudah berada di ambang Ramadhan. Alhamdulillah dengan izin Allah kita bertemu lagi di Ramadhan kali ini. Sungguh teruja rasa di hati menyambut ketibaannya. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas.




Terlalu banyak perkara yang berlaku, diuji dengan berbagai ujian tetapi syukur alhamdulillah segalanya telah dapat dihadapi dan dilalui dengan sebaiknya. Banyak perkara juga telah menyedarkan, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, Maha Mendengar dan tidak pernah tidur. Segala yang berlaku pasti bersebab dan ada hikmahnya. Sebelum jari jemari ini meneruskan perjalanannya, sempena ramadhan yang mulia ini saya ingin memohon jutaan maaf di atas segala salah silap, ketelanjuran kata dan kekhilafan saya samada dengan sengaja atau tidak. Saya hanya insan biasa yang terkadang kecundang jua dek kerakusan nafsu dan bisikan syaitan. Maafkan saya..




Okayyy.. back to the 'tajuk' kat atas tu, mmm.. Nasi Dagang Ganoo weiii.. hehehh.. Actually, saya dan keluarga memang peberet betul makan Nasi Dagang ni walaupun kami bukan anak kelahiran pantai timur. Sedari kecil kami dah biasa merantau kerana abah adalah seorang bekas pesara polis. Puas juga bercampur dengan jiran dari berbagai negeri. Paling best bila raya kami dapat merasa berbagai menu istimewa yang dihidangkan dari negeri masing masing. Sebelum ini saya ada cuba membuatnya sendiri tapi sekadar menggunakan bahan yang mudah jumpa, kira lepas tekak saya jerlah. Tang nasi tu saya tak heran sangatlah sebab rasanya taklaa susah sangat cuma gulai dia jer saya tak berapa pasti cara dan bahan yang betul. Selalu tu saya main bedal jer.. Apapun kata orang dimana ada kemahuan pasti ada jalan.. Malu bertanya sesat jalan.




Agaknya memang dah rezeki saya bertemu dengan teman dari pantai timur yang sangat baik hati. Kebetulan minggu lepas saya dan anak saya Farrah ke Kuala Terengganu bersama kekanda Datin Elani dan Datin Tim. Saja jalan jalan cari makan, cari pasal.. hehehh.. Kalo dah sampai Ganoo tak sah laa kalau tak singgah Pasar Payang kan.. Tiba di Pasar Payang Mak Datin Elani yang berasal dari Kelantan tu kenalkan saya dengan Rempah Cap Bunga Rose. Menurut beliau yang saya lebih mesra memanggil Kaknie, Rempah Rose nilaa guna untuk buat Gulai Nasi Dagang. Oooooo.. baru saya tau. Patutlaa selama ni saya buat macam ada jer rasa yang tak 'in'. saya pun belilaa sepeket besar rm4. Pastu gi carik beras pulak. Rupanya ada beras dia. Beras Nasi Dagang Terengganu ni putih jer. Kalau Kelantan merah berasnya. Sebelum ni yang saya tau kena campur beras pulut dan beras wangi tapi beras yang jual siap tu tak perlu nak dicampur lagi dan serius saya cakap kejadiannya lagi cantek dan tak mudah patah atau hancur berasnya. Rasanya pun lagi sedap. Kalau pergi Pasar Payang tu tanya jer beras nasi dagang ganoo tau laa dia bagi. chewahhh.. eksen kononn.. hikhik..




Pada weekend yang lepas saya balik ke rumah Mak Abah. So, dengan semangatnya bawak baliklaa segala bahan Nasi Dagang untuk dimasak supaya dapat menikmati bersama keluarga. Sampai time nak buat gulai tu mula chuaq balik. Nak roger pakchik gugel line tenet punyalaa tenat kat sana. Silap haribulan sampai besok pun tak masak gulai tu. Terpaksa laa sesudah subuh tu mengganggu ketenteraman akak mak Datin Elani tu lagi. Seb baek den tak kono hompok.. hehehh.. but i know kknie baik hati kann.. Maka dengan tunjuk ajar Mahaguru kknie tadi dari gulai ikan sampailaa ke Solok Lada tu jadilaa dengan jayanya Nasi Dagang Ganooku. Sila rujuk N3 NASI KERABU BIRU jika ingikan Resepi SOLOK LADA.




Bila saya post gambar hidangan ini di facebook ramai pulak nak resepinya. Sebenarnya saya segan nak bagi resepi sebab saya bukan anak kelahiran Pantai Timur dan rasanya bukanlah reference yang sebaiknya. Memang saya langsung tak terfikir nak publish kat blog ni. Gambar pun pada awalnya saya amik dengan phone jer dengan keadaan yang sungguh nak cepat sebab ramai yang dah bising lapar. Tetapi demi tak menghampakan pada yang berharap saya cubalaa jugak yer. Lagi satu Gulai Ikan saya ni langsung saya tak letak gula sebab keluarga saya memang tak pandai makan lauk yang ada rasa manis. Gulai ikan juga saya terpaksa buat 2 jenis sebab hubby saya pulak tak makan ikan tongkol. Ginilah kalau memasak untuk keluarga kita, terpaksalah ikut selera mereka. Bukannya nak merosakkan keasliannya tapi kang kalo dah pepenat masak dorang tkmo makan lagilaa sakit hati. Ok jom laa nengok resepi yang seadanya ini.




NASI DAGANG

2kg Beras Nasi Dagang
1kg Santan Pekat
1kg Santan Cair
3 sudu besar Halba
9 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
3 inci Halia
Garam secukup rasa

Rendam beras semalaman dan toskan. Lapikkan kukusan yang berlubang lubang dengan sedikit daun pisang yang dicarik carik supaya beras tidak keluar. Panaskan kukusan dan kukus hingga naik wap dalam 30 minit. Bawang dan Halia dimayang nipis dan dimasukkan ke dalam santan bersama garam. Garam tu biar kita rasa agak masin sikit supaya rasa tu serap ke beras.




Angkat kukusan dan masukkan beras kedalam mangkuk besar atau besen. Gaul rata dengan santan cair dan kukus balik selama lebih kurang 20-30 minit. Selepas itu angkat kukusan, keluarkan beras. Sekali lagi kita masukkan ke dalam besen dan gaul rata dengan santan pekat yang terendam dengan halba dan hirisan bawang dan halia. Kukus balik selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak. Setelah siap, hidangkan bersama Acar Jelatah dan Gulai Ikan Tongkol atau Ikan Tenggiri.




GULAI IKAN

1kg Ikan Tenggiri
1kg Ikan Tongkol
500gm Santan Pekat
60gm Rempah Gulai Bunga Rose
20gm Rempah Masak Bunga Rose
7 sudu besar Cili Mesin
3-5 Keping Asam Keping
13 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
5 hiris Lengkuas
3 sudu besar Kerisek
Cili Api Secukupnya
Garam Secukup Rasa
Sedikit Minyak Jagung utk menumis


gambar ehsan google
Rempah Rose boleh didapati di Pasar Payang atau sila google untuk pembelian online.


Bagi Ikan Tongkol saya rebus dulu bersama asam keping dan garam. Sebaiknya direbus semalam. Ikan tenggiri saya tak rebus sebab lembut sangat takut hancur.

Kisar Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia dan tumis hingga kuning keemasan atau garing. Kemudian masukkan rempah gulai dan rempah masak bunga rose tu. Masak sebentar dan masukkan cili mesin. Masukkan juga sedikit garam dulu supaya bahan tumisan garing cantik. Selepas itu masukkan santan, asam keping dan garam secukupnya. Bila dah menggelegak, saya masukkan ikan tenggiri dulu dan juga kerisik. Bila ikan sudah masak, masukkan cilipadi dan masak sebentar. Kemudian saya keluarkan ikan tenggiri dan asingkan ke periuk lain. Sebahagian dari gulai tadi saya masukkan pula ikan tongkol dan sedikit airnya. Renehkan seketika. Perisakan dengan asam garam secukupnya.

ATAU

Kalau anda confident boleh guna cara traditional. Bagi saya lagi sedap dan lagi mudah tak perlu menumis bahan kisar tu. Cuma masakkan santan dulu dengan api kecil hingga pecah minyak. Selepas itu masukkan semua bahan kisar, rempah, kerisek dan asam keping. Renehkan sebentar bagi semua bahan mesra dan sebati rasanya. Akhir sekali baru masukkan ikan yang telah direbus. Kuah ni lagi lama masak lagi sedap. Sebelum matikan api, check dulu rasa segalanya dah secukup rasa ker tak yer.. 
SELAMAT MENCUBA!!




Cernengok picture ni, nampak tak betapa tak sabornyer dorang nok makang nasik dagang ambe.. hehehh.. Puas rasa memasak.. So sweet memories yang memang tiada throwback lagi.. :'(




Akhir kata dari saya, Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Moga kita dapat beramal sebanyak mungkin dan seikhlasnya. Selamat Berpuasa!!.. Banyakkan amalan, bukan hidangan yo!.. Hehehh.. :)