Thursday, 5 July 2012

KARIPAP PUSING SARDINE


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam Nisfu Syaaban juga buat semua sanak saudara dan teman teman yang beragama Islam. Di kesempatan ini, sempena buku rekod tahunan saya akan ditutup dan akan dibuka buku yang baru saya menyusun jari jika ada salah dan silap saya sepanjang berada di sini biarpun yang disedari atau tanpa disedari dalam tutur kata dan juga gurauan saya. Moga kita dapat teruskan amalan dan mendapat keberkatan dariNYA. Ameennn.. ~~NEW BOOK TO BE FILLED WITH NEW STORIES~~




Gara gara penonton dan peminat setia Masterchef Selebriti, saya takleh tahan sungguh bila nengok Karipap Pusing Sardine yang dibuat oleh Dato' Fadzley untuk Dato' CT aritu. Meleleh ayaq lioq cheq nengok malam tuu.. Beberapa hari gak dok tahan sebab tak berkesempatan nak membuatnya lagi. Kebetulan harini ada masa sikit saya usahakanlah juga demi panggilan tekak ni. Seawal pagi saya dah menalipon Mak saya, biasalah.. my main reference tu kalau nak masak apa apa.. hehee.. Bukan apa, cuma nak pastikan, samada nak guna margerin atau vegetable shortening untuk bahagian tengah untuk mencantekkan lapisan tu.. Mak jawab, "Kalo nak cantek, guna vegetable shortening.. Kalo nak sedap, guna margerin.. Butter toksah, tak sedap.." hmm.. jawapan Mak sungguh tepat sampai saya pening untuk memilih, Sedap ka Cantek?? By right, dua dua kita nak kann.. Ushar punya ushar dengan kengkawan, maka inilah hasilnya.. 




Alhamdulillah jadi jugak KARIPAP PUSING SARDINE cheq Makk.. Dulu kalau cheq buat, mesti Mak gelakkan, "Mana pi hang punya pusinn??".. tapi Mak, U must be so proud of your daughter today.. Karipap cheq pusinn sungguh harini.. Kerangupan tu takyah cerita laa kann.. Pandanglahhh~~ Lihatlahhh~~ Kalo Dato' CT makan, kompom terkedulah kann.. kehkehkeh.. melawak nooo.. Demi permintaan kengkawan saya sharelah resepi tu kat sini yer.. Sumber utama resepi ni adalah dari Mak saya sendiri dimana saya gabungkan juga dengan pendapat dan pengalaman teman teman fb saya. echechehhh.. 'Gabungkann' tuu.. ni lah hasilnya dari program Masterchef. hehee.. memang sangat berkesan kann.. kay kayy.. jom kita pi buat inti dulu..


INTI SARDINE : 

1 tin Sardine/Mackerel size sederhana
2 biji Bawang Besar *
2 ulas Bawang Putih *
1/2 inci Halia *
6-8 tangkai Cilipadi *
3 sudu besar Cili Mesin
1 sudu besar Jus Lemon/Limau
Sedikit Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa



Hiris nipis semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak untuk menumis. Tak perlu banyak sangat nanti minyak tu meleleh sangat kat celah lapisan karipap. Tumiskan semua bahan yang dihiris tadi hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan cili mesin dan sedikit garam dulu dan goreng dengan api perlahan hingga cili betul betul garing dan hilang bau cili. Kemudian masukkan sardine bersama sosnya sekali dan hancurkan. Saya buat tak hancur sangat, suka terasa sardine masa gigit tu. Masak sambal hingga kering. Masukkan garam secukup rasa dan jus lemon/limau. Kacau rata hingga kering dan bolehlah diangkat. Sejukkan betul betul dulu inti sebelum dimasukkan kedalam doh karipap.




BAHAN DOH A :
1 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
2 sudu besar Veg Shortening
2 sudu besar Margerin


BAHAN DOH B :
2 cawan Tepung Gandum
1/4 cawan Minyak Jagung
1 sudu kecil Garam atau secukup rasa
1 1/2 cawan Air ~~ Anggaran




CARA MEMBUATNYA :

Satukan semua bahan untuk doh A. Gaul hingga sebati dan boleh dikepal atau dibulatkan. Kemudian dibahagikan kepada 4 bahagian dan dibentukkan menjadi bulat. Ketepikan.

Untuk doh B, panaskan minyak dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Buat satu kawasan lekuk di tengah tepung tu untuk menuangkan minyak panas. Gaul rata dengan senduk atau sudu dulu (awas minyak PANAS) sehingga menjadi seperti serbuk roti. Bancuhkan garam bersama air dan tuangkan ke dalam tepung dan minyak tadi sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tidak melekat di tangan. Kemudian doh itu dibahagikan kepada 4 bahagian yang dibulatkan juga.

Gelekkan 1 bahagian doh B yang telah kita bahagikan tadi dan dan masukkan pula 1 bahagian dari doh A pula. Bungkuskan menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh doh seterusnya. Rujuk gambar untuk gambaran yang lebih jelas.




Doh yang telah dibungkus dan disatukan tadi, digelek agak sederhana, tak tebal sangat dan tak nipis sangat. Kemudian digulung dan digelekkan lagi sekali di atasnya. Sama juga macam tadi, sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya. Selepas proses ini direhatkan sebentar dalam 10-15 minit gulungan gulungan doh supaya dia agak mesra dan lembut. Boleh juga rujuk gambar untuk gambaran yang lebih jelas.

Selepas itu, ambil gulungan doh tadi dan dipotong kepada 6 bahagian. Gelekkan jangan terlalu nipis dan tidak terlalu tebal yer.. Kalau nipis sangat, takut pecah dan agak payah untuk dikendalikan dan jika tebal sangat pun tak sedap rasanya nanti. Yang sedang sedang saja~~ Isikan inti secukupnya, juga jangan penuh sangat takut pecah lapisan tu nanti. Manja betul lah karipan ni kann.. Seb baek sedap. Anggaran yang boleh dihasilkan untuk satu adunan ini adalah dalam 24 biji karipap. Banyak gak untuk kami tiga beranak.




Panaskan minyak untuk menggoreng. Pesanan dari Mak saya Karipap Pusing kena goreng dengan minyak yang betul betul panas. Api tak boleh kecil sangat tapi janganlah besar sangat pulak yer.. Kalau api kecil, minyak akan menyerap masuk ke celah celah lapisan tu dan ini akan menyebabkan karipap tu cepat pecah ketika menggoreng. Penyudahnya kang tinggal rangka jer karipap kita, isi semua dah terburai keluar.. hehee.. Kena goreng dengan api kuat jugaklah dan kena pantas balikkannya. Lagi satu jika goreng dengan api yang kuat karipap pusing ni akan kurang serap minyak. Taklah berminyak sangat masa nak makan nanti. Goreng hingga berwarna keperangan. Toskan perlahan minyak di tepi kuali sebelum diangkat keluar. Letakkan dulu ke dalam bekas yang berisi kertas serap minyak atau tisu dapur. Bolehlah dihidangkan. Pekena dengan ayaq Teh ka Kopi hangat kaa.. pergghh.. Terbaekkk.. ;P




~~ SELAMAT MENCUBA ~~


39 comments:

CitarasaKu said...

Salam sheila....saya pun suka dengan karipap pusing inti sardin jika inti kentang saya suka jenis biasa je. Tapi saya tak pernah letak tepung jagung dalam adunan selalunya tepung gandum hehe satu kelainan yang membuat saya teruja nak buat pula. Hehe thanks for sharing ye...

Nomie Aziz said...

buat frozen untuk bulan puasa bagus ni:) terima kasih Sheila!

Azie said...

As usual, i love your entry esp the way the pictures are taken. Exactly as I want it to be. Sayaang Sheila lah.

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum nise....cantik ..dah le pegemar karipap..x kira inti apa pun mmg suka...geram je negok karipap pusing shila ni....

FnF Simple Life said...

salam kenal....terkesima... cantek sgt blog nya...

Ida,Japan said...

sedapnyeer shiela...posa2 ni tekak teringin jer...nk cuba buat juga la, lum pernah lg ida musing memusing karipap ni...tqvm

Kak Nita said...

Salam Sheila..
Cantik karipap pusing tu...kemas!

inahar ali said...

Salam sheila..woww cantik banget karipap pusing yg sheila wat ni..kalu akak wat mmg dh surrender dulu..hehe!

Sofea said...

cantiknya karipap ko Shiela oiii, dh ada resepi ni leh la try buat, tq2 ;)

Shiela said...

Wsalam Semuaaa.. :) Terima kasih juga sudi singgah kat dapoq cheq ni.. Pada yg ingin mencuba, Selamat Mencuba~~

ummiakid-lily said...

cantek karipap pusing tu...jalurnya kemas sgt...

ummiaisyah said...

alahai shiela...terguda sungguh tgk kpop tu....mmg perfecto! anyway ni br fes taim tgk resepi kpop pakai tpg jagung..tak sabo sy nk cuba..thansk 4 sharing!

AZLITA AZIZ said...

Salam Sheila

Dah berapa hari dok berulang2 akak tgk karipap pusing ni.. aduyaiii tak tertahan sungguh memang tergoda..

Harus akak cuba ni.. boleh ye Sheila akak cuba!

Shiela said...

Terima kaseh Ummiakid-lily n Ummiaisyah.. Selamat mencuba.. :-)

Shiela said...

Wsalam Azlita.. terima kasih sudi singgah kt dapo saya yg tk seberapa ni.. dengan berbesar hati juga, silalah Ita.. Selamat mencuba.. :-)

Mamasya said...

Salam Sheila. berkenan sungguh tengok karipap pusing Sheila ni.....nampak jelas jalurnya...pasti rangup..

Nur-nba said...

Cantiknya rupa karipap pusing ni.. Memang tekun siapa yg membuatnya.. Nur ni memang tak pernah buat kuih karipap.. :) Nanti boleh ikut step yg akak tunjukkan ni.. TQ for sharing..

Norzie hany said...

Salam kenal.
Cantiknya pusingan karipap ni...nanti saya nak cuba la buat kulit karipap guna resepi Shiela ni.Tq sudi berkongsi resepi.

Shiela said...

Mamasya : Wsalam n terima kasih dear.. alhamdulillah mmg rangup.. :)

Nur-nba : u're most welcome dear.. Cubalah.. Happy cooking.. :)

Norzie hany : salam perkenalan juga n thanks sudi follow.. Selamat mencuba yer.. :)

Shiela said...

RALAT : Wahai teman temanku.. Sesungguhnya saya adalah manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat kesilapan.. Saya memohon ampun dan maaf kerana ada typing error dalam blog KARIPAP PUSING SARDINE ini.. Saya tersilap, Sukatan TEPUNG JAGUNG di dalam DOH A tu sepatutnya 1 sudu besar BUKAN 1 cawan.. Maaf sekali, saya pun tak tau laa macam mana boleh terlepas pandang walau telah berulang kali menyemaknya.. Semalam saya baru perasan typo tu.. Saya terlalu sibuk dan berkejar dgn urusan dan tugasan harian saya.. terlalu byk agak dalam pemikiran kepala saya ni.. Maaf sgt2 dan PEMBETULAN telah saya lakukan yer..

Zubedah Belajar Masak said...

Thx dah kasi tau kita sukatan sebenarnya. Awalnya mmg tertanya2 (Koq byknya pake tepung jagung?). Lagi nak mencuba. Doakan I berjaya ya. Soalnya sblm posa tiba mesti dah tau buat karipap pusing ini. (Ada hati Ramadhan nanti nak bagi2 kat org he he )

Shiela said...

Alhamdulillah.. insyaallah pasti berjaya Zubedah.. Selamat mencoba ya.. :)

MaSHitAH said...

salam kak...cantik sungguh karipap pusing akak tu..tergoda i...ada jugak nak kena cuba nanti ni..

Shiela said...

wsalam Mashitah.. Selamat mencuba yer.. :)

Jun said...

sangat mengujakan untuk dicuba....(juga)

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

Cantiknya rupa karipap pusing ni. nak cuba la buat.

Glory of Toughts said...

Salam kak...

Cantik Karipap Pusing akak..lepas ni bolehla rujuk blog akak utk cara2 nak buat..

thanks kak... :)

Anonymous said...

cantik la karipap pusing kak... nnti nk try wat la.. hehehe.. tq kak sbb sudi kongsi resepi karipap ni...

Anonymous said...

Br jer try wat tp guna butter.. Keras x m'jd.. Kat rumah xda majerin..

Shiela said...

Anony : Buatlah ikut bahan dan recipe yang saya bagi yer.. kalau dah diubah ubah saya tak berani komen apa apa yer..

Anonymous said...

Sy nk tnya, kenapa karipap sy tk Ada putar?

azie said...

terima kasih share resepi ni...mmg saya akan cuba

Zaihanana Mohd Judi said...

Thanks for sharing..nampak sedap dan cantik bikin saya teruja mau mencuba.

cuba memasak said...

salam akak..sy new follower akak..hihik..saya nak cuba buat lah karipap nie..terima kasih yer kak untuk resepi ni :)

Jamilah Mohd Noor said...

Sdapnya.

cikgu yasrah said...

Bahan doh a tu xpyh letak air ke.. konfius.. hihi

khalidakasim said...

salam puan, mohon ambil resepi ni.. amik resepi utk doh aje... sebab selama ni buat karipap biasa teringin pulak buat karipap pusing... hehee

Rosie said...

mohon share..
thanks Sheila

Kampret Kencana said...

salam puan shiela....sy dah cuba tp xberhasil,pecah smua.sy xtau salah kat mna?mohon tunjuk ajar dr puan shiela,,,,thank's