Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua yang saya kasihi. Sebelum jejari ini meneruskan perjalanannya, saya ingin mengucapkan setinggi tinggi terima kasih pada pengunjung saya yang sungguh setia. Ada yang tertanya mengapa saya dah lama tak update blog? Ada juga yang bersusah payah menge'text' saya walau tak pernah bersua di alam nyata dan berpesan supaya jangan tinggal lama lama. Hmm.. Sungguh terharu saya tapi Sesungguhnya kita manusia hanya merancang tapi ketentuan Allah mengatasi segalanya. Kalau boleh saya pun tak ingin tinggalkan laman kesayangan saya ini tapi masa terlalu mencemburui saya.
Buat sementara ni saya terpaksa menumpukan perhatian pada perkara yang lebih penting untuk keluarga saya. Kelemahan saya, tak boleh focus pada banyak perkara pada satu masa. Nanti semuanya tak semenggah. Saya berblog ni ibarat berkarya juga, perlu ilham dan masa untuk mendapatkan hasil yang terbaik tertamanya bila nak snap gambar gambar tu. Mana yang nak memikirkan propsnya, anglenya dan juga mengejar waktu mendapatkan cahaya yang terbaik. Tambahan pula sekarang ni musim hujan, lagilaa agak singkat sang mentari tu bersinar. Tak terkejar saya dibuatnya. Apa pon, terima kasih banyak banyak atas sokongan semua. Hilang rasanya penat lelah saya walaupun taklah seberapa sangat yang saya tahu.
Walau bagaimanapun, jika ada masa yang terluang saya akan meneruskan juga usaha saya demi teman teman semua. N3 kalini pon ala ala bidan terejun jugak. Tak taulah menarik ker tidak, semuanya ala ala koboi betul. Semalam, pada tanggal 13.12.2012 adalah hari ulangtahun anak tunggal saya Farrah yang ker 16. Kejap jer masa berlalu kan.. Rasanya macam baru lepas terasa sakit melahirkannya. Alhamdulillah.. Ku bersyukur sangat sangat kehadratmu Ya Allah atas kurniaanMu tak terhingga nilainya buatku. Hadirnya cukup memberi sinar buat dan melengkapi mahligai kami suami isteri. Ibu doakan semoga Girl menjadi anak yang solehah dan terus cemerlang dunia dan akhirat. Mohon juga agar dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Study hard for your SPM next year. Jaga diri dan Jaga Solatmu anakku.
Dengan Keadaan yang sangat kelam kabut dalam rumah ni, saya rasa macam tak boleh nak membaking. Tinjau dalam peti stock telur pun tak berapa ada. Tapi bila tak buat cam tak sedap pulak rasanya hati ni sebab dah terbiasa akan buat jugak setiap kali birthday dia. Nak celebrate, ayah dia pulak tak dapat join sebab bzee sangat sangat. Tak seronoklah pulak rasanya. Menung punya menung, penyudahnya saya buatkan jer SUPER MOIST EGGLESS CHOC CAKE dari recipe Dayang @ DapurKu SaYang. Recipe tu jer yang dapat saya buat dengan bahan yang ada. Bolehlah kan daripada takder langsung. Lepas tu saya hanya panggangkan ayam untuk celebrate cum dinner kami tiga beranak. Kat depan TV jer pon sambil ayah dia nengok Bola. Mohon dikongsi di sini recipenya yer Dayang. Sebenarnya dah beberapa kali juga saya mencuba cuma baru kalini saya berkesempatan nak update. Maseh Dayang atas recipe yang sangat berguna ni.
BAHAN BAHAN :
2 cawan Tepung Gandum
2 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
1 cawan Serbuk Koko
4 sudu besar Susu Tepung
2 1/2 cawan Air Sejuk (dari peti ais)
2 cawan Gula Perang
2 sudu kecil Esen Vanilla
1 sudu kecil Coffee/Choc Emulco
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan Butter/Mentega Cair
2 sudu kecil Cuka atau Jus Lemon
Panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata. Masukkan air sejuk, mentega cair, esen vanila dan coffee/chocolate emulco. Kacau perlahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak. (Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri yer). Kalini saya bahagikan adunan kepada dua bahagian dan masak dalam dua loyang berasingan.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran. Saya hanya menggunakan Non dairy Whipping cream perisa chocolate yang dipukul hingga kental dan tabur sedikit hirisan choc berperisa strawberry. Deco untuk cake ni memang sesuai sangat sangatlah dengan keadaan masa saya yang amat ciput tu tapi deco saya tau deco camnilah yang Farrah suka sangat. Art kata dia.. hmm.. itulah dia jiwa anakku yang seorang ni.. Layan jerlah.. Sempoiiii.. Selamat Mencuba.. :)
13 comments:
Effy Buzzday Farah Girl, stay cute..stay smart. Congrats Shila for ur happy family. May Allah bless you and family.. muahhhh :)
Hepy besday tuk anak akak...
Wlaupun simpel aje Kenya.....tp bila dihias begitu rupa....ermmm....mmg classssss !!!
Nmpk sdapnya !
HAPPY BIRTHDAY TO FARAH
Hepi b'day farah...cantik kek yg mama buat tu... ayam panggang lagilah menariknya...
happy busday utk Farah untungnya dapat kek dari mummy kan, akak pun nk try buat kek jugak utk anak akak jan nanti cantik kek tu pinky2 lagi
Busy macamana pun kalau dah namanya perempuan kan Sheila... hatinya tetap ke dapurt juga.... syukurlah akhirnya dapat celebrate sama-sama, mudah-mudahan Farah sentiasa sukses dunia wal akhirat... dan SPMnya next year.
cantiknya kek, kek ni mmg best kan
apapun happy birthday farah
thank youuuu for the cake, love youuuuu mummyyyy <3
pink colour tu..lovely..birthday girl may all the success come to your way..Amin
hepy besday Farah
besar harapan seorg ibu utk anaknya kan..insyaallah Farah jadi ank solehah..
cantik kek
HEPI BIRTHDAY FARRAH..SENYUM SOKMO!!
happy belated bthday dak farah yg chumill..smoga jadi ank yg membahagikan kluarga.,aminn..kek cantik kak...
Terima kasih semua atas ucapan dan doa buat my only daughter ni.. Ameennn..
Post a Comment