Monday, 1 April 2013

31.3.13.. OUR 17th ANNIVERSARY



ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Alhamdulillah.. Syukur sangat sangat pada hari ini, tanggal 31.3.13 genaplah sudah 17 tahun rumahtangga yang kami bina. Suka jugak pada turutan nombor yang sangat cantik tu. Tak ada apa yang dapat saya ucapkan lagi selain bersyukur pada ALLAH SWT dan berdoa agar kami diberkati, dirahmati dan dilindungiNYA sentiasa. Ameen Ameen Ya Rabbal A'lameen..




Sekadar N3 yang ringkas dulu.. takderlah apa yang special sangat buat hari ini. Maklumlah dengan keadaan yang sungguh kelam kabut dan sungguh sibuk. Mana yang nak siapkan bekalan buat Farrah dan juga mengejar masa nak hantar dia balik ke hostel di Seremban. Kengkawan farrah dari sebelum cuti dah pesan kat dia mintak saya buatkan spaghetti meatball dan pavlova. Farrah cakap, "Kengkawan girl teringin sangat nak makan bu.. dorang tak tahan nengok gambar kat blog ibu".. hehee.. chomel jer anak anak itu. Tak sampai rasanya di hati ini nak menolak permintaan mereka. Buatlah jugak kami bersama.. The best part is, MINI PAVLOVA tu Farrah yang deco sendiri. Ibu dia dah tak terkejar masa dah tadi. Hantam sajalah Labuu.. :)




Buat kami, untuk hari yang indah ini saya hanya buat GREEN TEA & LEMON MARBLE CHEESE CAKE. Kununnyalah.. hikhik.. Tak taulah apa rasanya. Saya tak sempat nak potong dan rasa lagi. Tadi dah bergelut nak keluar, pastu sampai ke rumah ni dah malam. Seramlaa pulak nak makan cheese cake memalam ni kann.. Besoklah saya potong dan rasa. Kalau semenggah, insyaallah pada next N3 nanti saya share recipenya. Saya main agak agak jer base on experience membuat cheesecake yang sudah sudah. Harap harap boleh diterima tekaklah. Okayy.. saya pun nak rehat dulu.. Letehnya bergelut seharian.. Jumpa lagi.. Daaa.. Muahhhhh.. :)






19 comments:

Norhayati Mohd Ramli said...

Salam....Shiela
Happy Anniversary semoga istana yang dibina kekal bahagia selamanya...amin

Suzana Ibrahim said...

As salam Shiela,selamat ulang tahun perkahwinan.semoga bahagia hingga hujung nyawa!

Azlita Aziz said...

Salam Shiela
Happy Anniversary..
Semoga berbahagia selamanya ^___^

Gee® said...

Hppy Annvsry Shiela... semoga dirahmati Allah & berbahagia selalu... mabelesnya cheese cake tu... tergoda ai... hihihi

Tina Othman said...

happy belated anniversary kak, moga cinta sampai syurga

pavlova tu krim dia tak cair ke

Ayu said...

Happy Anniversary to Both of you dear!!

Nooriah Abdullah said...

happy anniversary Sheila semoga bahagia hingga ke syurga aminnnn

Ummi said...

Assalam Sheila...Happy Anniversary to both of you...semoga kekal bahagia ke akhir hayat...moga bertemu di Jannah... Cantiklah sangat kek tuh...mesti sedap sbb ada cheese ^__^

YATI HANI said...

selamat ulang tahun perkahwinan,semoga bahtera yg di bina mmdpt rahmat dr yg MAHA ESA.....AMINNNN

inahar ali said...

salam sheila..hepi anniversary akak ucapkan wat sheila & mr hubby ye..moga cinta kasih kalian kekal mekar selama2nya..amin!

Shiela said...

Ameen ameenn.. Terima kasih semua atas doa buat kami.. :)

mama sara nur said...

Selamat hari ulangtahun perkahwinan k Sheila
alhamdulillah 17 thn sudah
semoga terus bahagia ye kak, cantik tarihknya tu

Lisa H. said...

Happy Anniversary :D
May Allah bless you, hubby and family with good health, wealth and happiness always...aameen

Sury Abil said...

Happy anniversary kak shiela..semoga berbahagia selalu hingga akhir hayat sampai syurga..:-)

Rohah said...

Selamat berbahagia kak, semoga dlm rahmat Ilahi selalu

ibuintan said...

Tahniah... moga kekal bahagia selamanya

Amie said...

Assalamualaikumm Sheila cayangggg... nampaknya Amie juga yang selalu tertinggal ketapi... he he hehh tahniah atas ulangtahun perkahwinan yang ke 17, moga bahagia selalu, bahagia hingga ke syurga... amin!

ummiaisyah said...

hppy annvsry kak shiela!!! smg terus bahagia hgga k syurga!

Qasey Honey said...

hppy aniberseri kak Shiela syggg...semoga berbahagia hingga ke syurga...