Thursday 22 March 2012

NASI MANDY AYAM


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa menu arini? Kalau masih berkesempatan, mehlaa buat NASI MANDY dengan saya. Ada yang panggil Nasi Arab kann.. bolehlah apa apa pon, janji sedap. Agak lama gak saya tak buat Nasi ni. Sebelum ni saya biasa buat yang versi daging, kali ni saya teringin laa pulak nak mencuba versi Ayam Mandy. Anak dan Hubby pon memang suka sangat NASI MANDY ni, menambahkan lagilaa semangatku untuk masakkan dorang berdua insan tersayang dalam hidupku ni.




Okayy.. takleh bebel panjang sangat, sebab resepi ni pon kusss semangat panjangnya tapi taklah susah.. Janganlaa risau.. Cer nengok dulu yer.. Moh kita ke dapoq.. ;)

~~ NASI MANDY ~~

BAHAN BAHAN ( Anggaran 4 Org makan) :

3 pot(rice cooker) basmathi
1 kg Ayam
2 biji bawang besar
1 inchi halia
1 bj buah tomato yg masak
1 sudu besar Rempah Sup
2-3 helai daun pandan
3 ulas buah pelaga (yg mcm bj limau tu)
Sedikit bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih
Minyak Sapi + Minyak Zaitun utk menumis
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Saffron (klu tkde guna pewarna kuning)
Sedikit Lada hitam biji (klu suka)
Sedikit Daun Pudina




Bersihkan Ayam dan potong mengikut citarasa memasing. Sebaiknya dipotong kepada 4 bahagian jer. Biasanya kalau nak masak ayam, setelah dibersihkan saya akan rendam sebentar dalam air kunyit (kunyit serbuk). Ayam tidak akan hanyir yang membuatkan kita mual nak makan nanti malah baunya pon akan lebih segar. Lepas tu baru bilas bersih dan toskan. Cubalah.. Insyaallah.

Blendkan bawang besar, buah tomato dan halia. Masukkan separuh bawang besar, buah tomato dan halia yg telah dimesin, serta rempah sup dan sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga ke dalam periuk yang berisi air secukupnya. Rebus bersama ayam tadi dengan api sederhana untuk mendapatkan air atau stock ayam. Masukkan juga 1-2 helai daun pandan ke dalam air rebusan tu. Selain menaikkan aroma, daun pandan tu juga boleh mengurangkan bau hanyir ayam tu. Apabila ayam sudah masak, keluarkan dan toskan dulu. Nanti kita akan perap untuk dibakar.




Sediakan periuk untuk memasak nasi. Panaskan minyak sapi dan minyak zaitun. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang n buah pelaga. Kemudian masukkan balance bawang, buah tomato dan halia mesin tadi dan daun pandan. Kalau suka boleh juga bubuh sedikit lada hitam biji. Setelah naik bau, masukkan pula air rebusan ayam tadi dlm 5-6 pot rice cooker. Tapi ini bergantung pada jenis beras jugaklaa.. yg ni saya guna beras basmathi cap Jasmine yg superlong tu.. Beras tu kena rendam dulu selama 10 min, kemudian basuh dan toskan sebelum dimasak. Bubuh garam dan sedikit daun pudina. Transfer ke rice cooker, biarkan sampai masak. Sesekali kacau perlahan supaya masak sekata. Jgn kacau kerap sgt bila dh kering, nanti dia hancur, tk cantek nasi. Bila dah masak betul, masukkan Saffron yang telah direndam dengan sedikit air panas ke atas nasi tu. Kalau takder gunalah pewarna kuning. Titik titikkan sedikit pewarna kuning ke atas nasi tadi dan biarkan (jgn kacau dulu) untuk mencantekkan warna nasi tu. 




~~ AYAM MANDY ~~

Ayam yang telah direbus dan toskan tadi saya perap dengan 1 sudu besar Rempah Sup lagi, sedikit garam, saffron (klu tkde gantikan dgn serbuk kunyit), perahan lemon, hirisan bawang besar dan sedikit daun pudina. Setelah lebih kurang 1/2 jam diperap, bakar di dalam oven lebih kurang 30-40 min pada suhu 170C sehingga garing sedikit bahagian luarnya atau terpulanglah pada selera memasing nak panggang takat mana. Bila sudah masak secukupnya, masukkan ke dalam periuk nasi dan letakkan di atas Nasi Mandy yang telah dimasak tadi.


NOTE : Kalau kengkawan terlebih rajin lagi dan nak sedap lagi tumbuk atau blend jer 2 sudu besar Ketumbar, 2 sudu besar Jintan Manis dan  1 sudu besar Jintan Putih bg menggantikan rempah sup.




Untuk SOS dia, blend lebih kurang 1 biji buah tomato (buang bijinya) dgn 3 batang cili merah, 6 tangkai cilipadi, sedikit daun pudina, sedkit air, minyak zaitun, sedikit garam dan perahan lemon (ikut selera laa, nak masam takat mana).

Untuk SALSA pula, potong dadu timun (saya suka timun jepun) dan tomato (buang bijinya). Klu suka boleh juga bubuh bwg besar yg dihiris bulat2. Kalau ada capsicum pon boleh buh gak, saya takder kat dapo tadi. Kemudian gaulkan bersama sedikit garam, minyak zaitun dan daun pudina yang dicincang halus hingga rata.

Kalau suka, boleh juga buat YOGHURT yang dibancuh dengan sedikit air suam. Kemudian gaul rata dgn sedikit daun pudina yang dicincang halus. Jika perlu, masukkan secubit garam dan jika nak masam lagi perahkan sedikit perahan lemon. Yang ni saya mesti kena buat sebab peberet suami saya untuk makan bersama hidangan Nasi Mandy ni.




Alhamdulillah.. Siaplaa dah.. Senang jer kann.. Cubalah.. takyah sesusah gi Restoran Nasi Arab lagi, mahal kann.. buat sendiri leh stemet dan puas makan ngan keluarga di rumah. Kena pulak ngan Dessert Puding Caramel.. Pergghh..  Selamat Mencuba (",)

18 comments:

Qasey Honey said...

asslm kak...nmpk sedap sggh nsi mandy tu...lps ni xpyh g mkn kt kedai la kan...resepi dh ade buat sdri lg puashati kan...

Shiela said...

Wsalam Qaseh Honey.. :)
Alhamdulillah.. memang puas sgt klu masak sendiri.

nonierahman said...

salam kak,dok tgk akak post kt fb terliuq ceq.esok nk buat lah..nyum2

Shiela said...

Wsalam Nonie.. Selamat mencuba.. :)

zila norazila said...

salam kak.
pernah jugk cuba buat..tapi x guna rempah soto..sy guna rempah baryani..
mgkin rasanya agk berbeza ckit..:)

Shiela said...

Wsalam zila.. Akak pon penah gak buad guna rempah beriani dan rempah nasi daging tp tak sedap. Klu takder rempah Soto homemade Tok Mak ni, guna rempah sup pon sedap gak. :-)

Cendana Kasih said...

errm...sedapnyer...saya salin respi dulu yer...mesti nk buat ni...

Shiela said...

sila Cendana Kasih.. :-)

Amie said...

Cantiknya rupa resepi dia... terpikat pula, teringin nak cuba resepi ni, boleh Sheila?

Shiela said...

Ya Allah.. Boleh sangat Amie.. Saya lagi laa suka.. Selamat Mencuba yer.. :)

Unknown said...

Assalamualaikum Shiela

Terliur Kak Lin tgk hidangan ni...sedapnya kalau Kak Lin dapat merasa...

Rohah said...

Salam..ada lg tak Nasi Mandy?enak betul tgk butiran nasi bermandikan ayam,,

Shiela said...

Wsalam Lin, Rohah.. mekaseh.. boleh cuba buad, senang sangat.. berbaloi baloi.. :)

Sofea said...

Shiela, guna beras basmathi brand apa ye, cantik & panjang ;)

Shiela said...

Sofea : Saya guna berasmathi PUSA jenama Jasmine.. memang cantek beras tu kalau buat nasi nasi jenis ni.

Unknown said...

Tenkiu puan saya dah cuba msk ikut cara puan cuma ayam saya grill atas dapur dan sambal tu saya hiris daun ketumbar.. Sedap juga! Syukran

Unknown said...

Saya guna jasmine vitagrain basmathi parboiled extra long.. Cantik mcm pusa gold gak

Unknown said...

Saya dh cuba resepi ni..mmg sedap.ank anak saya suka