Thursday 17 May 2012

Nasi Lemak Daun LEMUNI


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pernah dengar tak nama Daun Lemuni? Saya memang ada tanam pokok ni di belakang dapo tu. Macam satu pokok yang wajib ada dah pada kami sekeluarga sebab suka sangat jika dimasak NASI LEMAK DAUN LEMUNI disamping banyak juga khasiatnya yang lain. Yang paling melekat di ingatan saya, Mak selalu cakap kalau makan nasi daun ni boleh awet muda.. hmm tu yang seronok tu.. hehee.. Kalau kat umah Mak memang ada senduk yang Abah buat khas dari batang Lemuni ni. Bila masak nasi kacau ngan senduk tu khasiat dari batang Lemuni tu akan masuk ke dalam nasi. 




Mai maii cheq nak stori sikit.. Daun Lemuni ni yang saya tahu ada dua jenis, satu Lemuni Putih dan satu lagi Lemuni Hitam. Tapi yang saya suka dan paling banyak khasiatnya adalah yang Hitam. Daun Lemuni Hitam atau Nama Saintifiknya Vitex Trifolia var Negundo adalah tumbuhan dari jenis renek yang boleh mencapai ketinggian 1 hingga 4 meter. Tapi kalau tak rajin cantas, pokoknya akan membesar dan tinggi jugak. Satu tangkai daun memegang 3 daunnya, dengannya daunnya berkilat dibahagian atas. Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati dan resin (info dari google).




Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya didalam periuk yang panas tanpa dicampur air, daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi. Lakukannya dua hingga 3 kali sehari. Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptik. Dimalaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang butih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut. Ia juga digunakan untuk merawat KANSER PAYUDARA. Selain itu daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala selain daunnya juga dijadikan ulam dan bahan campuran ketika memasak nasi. Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh digunakan sebagai ubat nyamuk/nyamuk aedes (juga info hasil menggugel).




Di sini saya nak berkongsilah juga resepi Nasi Lemak Daun Lemuni cara cam yang selalu saya dan Mak saya buat. Sempoi sangat.. Jom jomm.. :)

BAHAN BAHAN :
4 cawan Beras ~~ Saya guna basmathi
200 ml Santan Kotak ~~ Ayam brand
Secekak Pucuk Lemuni di kisar dgn 2 cwn air
3 cawan Air
2 ulas Bawang Putih ~~ hiris nipis
3 ulas Bawang Merah ~~ hiris nipis
1/2 biji Bawang Besar ~~ dihiris nipis
1 inci Halia ~~ dimayang halus
2 helai Daun Pandan ~~ disiat n disimpul
2 sudu kecil Garam atau secukup rasa

** Jika suka boleh tambah sedikit lada hitam dan halba. Saya tak bubuh sebab daun ni nak cukup panas melainkan untuk orang yang lepas bersalin iaitu dalam pantang.




Caranya pulak sangat mudah seperti kita memasak nasi juga. Beras tu dibasuh dan ditoskan. Kemudian satukan semua bahan diatas di dalam periuk atau rice cooker dan masak sehingga masak. Sesekali dikacau supaya daun lemuni dan semua bahan tu sekata. Ada juga orang yang tapis daun tu cuma amik airnya saja, boleh juga. Tapi saya lebih suka dimasukkan dengan daun daun tu sekali. lagi wangi baunya dan lebih enak bila makan tu terasa rasa daunnya tu. Paling sesuai dimakan bersama Sambal Tumis. Tak kiralah apa jenis sambal pun. mmg mantoppp.. Kenalaa pulak dengan Ikan kering.. perghhh!!!!.. Mak Mertua toksah laa lalu dulu naa.. hehehh.. Anak menantu tengah lupa daratan ni..




Selamat Mencuba yer kengkawan.. Memang tersangatlah sedap dan tak kurang jugak khasiatnya.. Awet Muda tuu.. takmor ker??.. Ngeee.. ;D




Pada yang tak pernah nengok Pokok Lemuni, ni ada picture dia saya baru snap tadi view dari belakang dapoq cheq.. hehee.. Senang ja nak tanam dia, senang jugak hidup. Cuma cucukkan saja keratan batangnya ke tanah. Insyaallah hidup.




~~ COOKING WITH LUV ~~


19 comments:

ibundo said...

salam. wah.. nasi lemak daun lemuni. Bundo belum pernah tengok dan belum pernah rasa ni. Mest lain dari yang lain kan?

Ayam said...

Salam...sedapnya nasi lemuni nie..agak lama saya tak makan nasi nie sebab ketiadaan daun lemuni. Haha susah juga nak cari daun nie.

Qasey Honey said...

wah sedapnya...xtahan tgk tang sambal udang n telur masin tu...nasi tu pon nmpk myelerakan...bleh la nk cuba jugak nti...QH amik resepi yer...

Cendana Kasih said...

aduh...macam terbau2 jer keharuman nasi lemak daun lemuni ni.. sedap sangat kan...kat KL ni payah la nk jumpa, pokok pun takde jual... mana nk cari anak pokok ni ye?? tolong semaikan kat saya bleh? hehehe...

kalo saya, makan pucuk dia dgn sambal kelapa/sambal belacan...pun sedap gak...hehehe...

rahel said...

Sheila..cantek kaler nasi lemak tu...tergodanya gue..tapi kat sini susah nak dapat daun lemuni tu..

Shiela said...

Wsalam semua.. Terima kasih kerana sudi singgah yer..

Ibundo : memang sedap dan lain dari yang lain.. punya aroma dau rasanya tersendiri yang sgt sedap.

Citaraku : itulah sebabnya saya mmg tanam pokok ni.. sebab kat pasar pu takder jual.

Qaseh Honey : Sila sila.. Selamat Mencuba yer..

Cendana Kasih : dah semai, cane nak bagi pulak tu? hehee.. semai sng jer..

Rahel : susah ker? klu boleh pos, saya poskan.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Ukhwah dari Sha...:))

wahh teruja sungguh dengan Nasi Lemuni tak pernah cuba seumur hidup... mesti sedap! teringin sudahh... cantik blogs ni suka :))
dah follow juga... :))

Hanis Zulaikha said...

daun lemuni pernah tgk dulu..tp dh tgl kat sibu nie susah plak nak jumpa..asyik nampak daun kepayang je byk...tgk gambar dh mengiurkan..kecur air liur..btw blh tahu x rasa dia mcmna ye??ada pahit-pahit tak..macam nasi ulam kerabu ke??

Shiela said...

Mekaseh Shahriah.. sudi singgah n follow.. :)

Nur Honney Robbi.. rasanya tak pahit melainkan jika bubuh terlalu byk daun tu.. pon tak akan jadi pahit cam jadam tu.. sedap dan punya aroma yang sangat membuka selera.. jauh beza rasanya dengan nasik ulam. tak taulaa macam mana nak gambarkan. ia punya keenakannya yang tersendiri.

dari dapur mila said...

salam aidilfitri...

bestnya kalau saya ada pokok lemuni..

Unknown said...

salam, klu saya nak tanam pokok lemuni blh x kirim kan kat saya batangnya. nak tanam kat dpn rumah. alamat saya

NORIN FARIDAH BINTI ALIAS
18, JALAN KASTURISARI 2B/1
BANDAR SUNGAI BUAYA
48010 RAWANG

Unknown said...

Salam...mana boleh dapat pokok lemuni? Aku duduk di Penang, mana tempat boleh cari? Terima kasih! :)

Natasha Mokhtar said...

Rindu nasi lemuni.. dulu umah sy di Penang ada pokok lemuni.. mak sy selalu masak ni.. pekena ngan smbl tumis.. sedapnya.. tp bila ayah renovate umah.. pokok tu di tebang sekali.. pokok tu tumbuh merimbun smp redup depan umah sy tu.. hehe.. pokok ni org utara mmg tau.. kat selangor ni mmg susah nak dpt pokok ni..

Metrobestmom said...

Salam...sedapnya nasi lemuni nie..agak lama saya tak makan nasi nie sebab ketiadaan daun lemuni. Haha susah juga nak cari daun nie
http://metrobestmom.blogspot.com

tun_telani said...

Sedihnyer laa.. xpenah dgr nama daun lemuni tu.. tun nih kalu pokok duk dpn mata pon xcam kot. Huhu....

Unknown said...

Sy sendri yg tngah sarat ni teringin sangat nk mkn,tp bli xsdap langsong..teringat arwah tok dulu buat,adoii..berair mulot..ni dah ada resepi,n k buat lh

norafizah said...

Nmpk mcm menyelerakan..nnti nk cuba buat lah..

Jemind said...

Cheq mmg suka mkn nasi lemuni ni..ingat masa kecik arwah tok, opah ngan kami sekeluarga mkn dgn lauk tumis ikan bilis..sedapnya!!!

Nur haura afeeya said...

Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
�� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570