Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Terkezutss?? Jangan terkezutss.. Inilah Suara Hati saya seorang Blogger yang tak seberapa adanya ini. Walau apa pun, saya tetap bersyukur kerana sering mendapat feedback dari follower saya yang mereka sangat berpuas hati dengan resepi yang telah saya kongsi di laman 'Spices Journey' kesayangan saya ini. Tak kurang juga yang telah menjadi pelanggan saya yang sanggup datang dari jauh dan membuat tempahan dari saya. Bila saya tanya mengapa? Jauh tu nak order dari saya.. Berbaloi ker? Kebanyakan jawapan yang saya terima.. "Kami dah cuba banyak resepi akak dalam blog. Semuanya menjadi dengan jayanya dan sedap melampau".. haa.. bukan saya cakap tau.. hehee.. maseh sayang sayang semua. Terharu dan gembira bila rasa diri dihargai.
Sebenarnya ada satu perkara yang membuat saya terpanggil untuk luahkan di sini. Maaf jika ada hati hati yang tersentuh tapi hati saya sudah lama terluka dan menanah tak siapa yang tahu. Lama dah saya pendamkam perkara ini. Sakit derr.. Tak taulaa kalau orang lain 'Kebal' tak rasa apa yang saya rasa. Semalam bila saya melewati wall fb KJEE FAUZIAH ABD SAMAD yang juga seorang Blogger terkenal terpandang statusnya yang berbunyi begini..
Terus saya terkenang kembali nasib yang saya alami. Keciwa sangat bila kita bersusah payah menghasilkan sesuatu resepi dengan mendapatkan sukatan yang betul, orang lain hanya tau cedok. Nak sebut dari mana resepi asal tu pun susah. In fact ada teman blogger sendiri sanggup berbuat demikian. Kalau pandai sangat lenkali cari dan usaha sendiri. Ini tak, bila nak buat tu tak jadi jadi tak berenti berenti bertanya macam macam soalan dan masalah. Bila dah diajar, ibarat KACANG LUPAKAN KULIT.. Ada beberapa saya jumpa.. Bukan kita tak kenal recipe kita even cam cakap Kjee tu dah ditukar dari sukatan cawan ke gram tu. Tergamak yer korang buat perangai camtu.. Halussss.. Kami tidak mengharap balasan tapi setidak tidaknya hargailah susah payah orang. Kalau nak pergi class belajar pun bukan murah sekarang, makan Ratusan Ringgit Malaysia jugak. Hormatlah sikit.. Bagi backlink, cakap terus terang.. Sedangkan Blogger Blogger terkenal seperti AZLITA AZIZ, Kjee FAUZIAH ABD SAMAD, Kak UMMI ZAIHADI dan beberapa orang lagi pun tulis BACKLINK jika mereka mencuba dari blog saya yang suam suam kuku ni. Mereka tau macam mana penat lelah orang. Kita hormat sesama sendiri.
Contohnya Resepi BUTTERED PRAWN ni, ramai juga yang telah mencuba dan menjadi. Tau tak, bukan SENANG tau.. Saya sendiri pun berapa kali kecundang kerana tidak dapat resepi yang betul tapi saya tak putus asa dan terus mencuba hingga dapat yang terbaek dan kongsikan. Pergilah makan di Restoren mana pun. Tanyalah macam mana nak buat Buttered Prawn tu, Ada Chef tu nak bagi? Haa.. cakap lebih kang orang cakap jahat.. Tak cakap orang tkleh fikir.. Takkan nak kejor glemer atas susah payah orang. Salah ker apa saya cakap ni? Kalau salah takkan ada undang undang yang melindungi Blogger seperti di bawah yang saya petik dari Blog AKU ZACK ;
CYBER ETHICS
Thank you Zack for sharing. So, saya harap anda renung renungkanlah balik. Cuba letak diri anda di tempat saya dan rasa.. Tapi kalau masih tkder perubahan, maaf saya tak teragak agak untuk memblock anda samada di blog atau di facebook. Maaf, saya rasa ini bukan perkara yang sangat membebankan. Jangan dipertikaikan keikhlasan saya, sebaliknya tanya balik pada diri anda di mana letaknya keikhlasan dalam diri anda? Akhirnya.. Jari ini tak mampu kaku lagi dan mata tak mampu hanya memandang tanpa bisa.. Terluah jugak. Segala yang buruk itu dari saya dan baik itu hanya dari Allah SWT.
15 comments:
Betul tu kak..kena luah apa akak rasa...kurang sikit beban di dada tu...
Terbaek Shiela!!
Good one! Ramai yang pandai cedok saje kak... :)
Betul tu kak bukan senang nak dapatkan resepi yang baik tapi bila dah dapat mengaku hak sendiri susah betul la
Sabar la sis...yer ustaz dgn dugaan ustaznya...ustazah dgn dugaan ustazahnya...blogger masakkannya namun hanya satu sahaja dari Allah yg bakal diperolehi pahala memberi ilmu yg bermanafaat cantik dan indah islam itu....sis dapat pahala dan ganjaran...dont give up...be happy n stay cool...good luck all the way frm me...
assalam k.sheila
macam2 skrg ni kan
emm dulu copy gambar org lain
skrg cp resepi pulak
memang betul tu resepi2 kak sheila yg sy try pun jadi menepati citarasa
he hee tqqqq kak sheila
Sy mmg selalu selongkar resipi2 blogger masakan cam Shiela, Kak Wan, Ita Masam Manis, CMG dll... kalian mmg hebat! Minta maaf kalau saya ada cnp resipi dan lupa nk link...
Ikutkan hati nak pencen awal sebagai blogger masakan.... namun apakan daya, ini jelah kegiatan masa lapang & masa kelam kabut yang paling daku suka.....
Sheila cayaaaaanggg... cakap ajelah apa yang terbuku di dada bagi kurang beban, simpan2 pun orang lain tak tau, sekarang biar dorang tau kita ni ni ada hati & perasaan.
Be strong Kakakku syg ... Love u .. Tkasih atas keikhlasan dlm menyumbangkan resepi .. Smpi setiap Kali nak masak mesti terjah blog akak .. Moga akak Dan keluarga dimurahlkan rezeki dr Allah swt .
Assalamualaikum Sheila....xpaaa luahkan saja...! Sekurang-kurangnya kita jujur mengatakannya... Selepas itu kita terus berdoa dan bersabar... Akak sendiri perasan ada di antara blogger atau follower suka mengedit dr bahan2 resepi asal pemiliknya...dengan sedikit tokok tambah dh claim itu "versi" dia...
Kita hanya mampu membaca dan memandang, selebihnya tersenyum pahit... =___=. Apapun ini entry terbaik, semoga ada yg faham dan mahu berfikir... Sabar banyak2 ya Sheila... Rezeki dr Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya yg sabar dan ikhlas... Salam sayang dr akak.
Assalam sheila,
kita faham perasaan sheila dan teman2 yang seangkatan dalm dunia berblog ni..rasanya ramai yang mengalaminya juga tapi apa nak buat sabar dan urut dada serta ketam gigi ajelah tengok people's attitude ni kan..
Kita pun dah tak mau fikir lagi ..cuma fikir tak apalah..hari ni hari kau esok2 orang buat kau balik itu ajelah..what goes around comes around..:)
hmmm betul tu..kena la cakap amik dr mana resepi tu..kecik hati tuan resepi..
biasalah tu kak shiela...org yg suka menciplak ni ada kat mana2 pun...even kat ofis pun ada org camtu...org lain yg penat2 buat paper...tup2 dia mengaku dia yg buat...tp suka mencuba resepi2 kat blog akak...siap ada step by step...tq kak
ermm betul smua tu kak.
As I website owner I believe the content material here is very superb, thanks for your efforts. There are so many fun and exciting Things to do and experience around the world that I thought I'd put together a list of my favourite things to do for all travelers ...
Post a Comment