Sunday, 20 May 2012

Bavarian DONUT.. Jadi ker?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   :)

Kami dua beranak suka sangat makan Bavarian Donut yang kat Dunkin Donut tu. Setiap kali singgah mesti beli donut ni. Satu petang bila kami dua banak boring sangat.. tak tau nak buat apa dan nak kunyah hapa, tetiba terpikir nak mencuba cuba buat Bavarian Donut. Boleh gak buat minum petang kann..

Hmmm.. boleh tahan jugak hasilnya.. saya laa yang cakap ni.. hehee.. tapi taklah sesedap yang kat Dunkin Donut tu kowt.. cane pon layan jugaklah. Kenyang sampai ke malam derr.. Kalau nak tau cane saya buat, mohler ke dapo.. Sempoiii jer.. Memula saya buat Filling Custard dulu.




~~ FILLING CUSTARD ~~

2 biji Kuning Telur
1 sudu besar tepung Custard
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Tepung Gandum
3 sudu besar Gula Castor
1 cawan Susu Segar
1 sudu besar Butter




Satukan kesemua jenis tepung dan gula. Gaul rata dan bancuh dengan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau jangan sampai berkutil. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dipukul dan kacau rata hingga mesra.
Dengan kaedah double boiler (masak di dalam bekas yg berisi air) kacau custard tu hingga pekat dan licin. Kacau sentiasa supaya tidak berkutil. Apabila sudah cantek pekat dan licin, masukkan butter tadi dan kacau rata. Sejukkan sebentar dan sementara tu bolehlah kita prepare doh untuk Donutnya pulak.




~~ DONUT ~~

2 cawan Tepong High Protein
2 sudu besar Tepong Jagung
2 sudu besar Butter
1 sudu besar Shortening
1 sudu besar Susu Tepung
1 sudu besar Gula
1/2 sudu kecil Garam
1 biji Telur
6 gram Serbuk Yis
100 ml Air Suam
Gula Icing secukupnya utk tabur/gaul




Pukul sedikit telor dengan garam.
Satukan semua bahan kecuali Air dan Gula Icing dan gaul rata.
Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati.
Rehatkan doh sebentar hingga menjadi 2 kali ganda.
Tumbuk tumbukkan sedikit untuk keluarkan anginnya.

Timbang doh 50gm setiap satu dan masukkan filling custard.
Bulatkan dan kemudian tekan tekan untuk leperkan sedikit
Biarkan dia naik sedikit sebelum menggoreng.
Goreng dengan api sederhana.
Setelah masak, angkat dan toskan.
Gaul atau tabur dengan gula atau gula icing ketika masih panas.




Haa.. Senang jer kann.. Cubalah.. baru tau sedap ker tak yer.. Kalau untuk tekak kami dua beranak ni okay ajer.. Lagi satu saya nak citer, 1 adunan ni dapat dalam 10 ketoi Bavarian Donut ni. Tak terabis kami berdua makan. Simpan sampai bekfesnya tuu.. The best part is, masih lembut walaupun dah semalaman. Tapi simpan dalam bekas yang bertutuplah yer.. Selamat Mencuba.. :)


7 comments:

CitarasaKu said...

Salam....hehe nampak donat terus lapar tapi dah malam tak boleh makan. Aduahai sedap lah donat pastu ada inti custart pulak mmg ngam.

zila 4ever said...

salam kak
wahhh dh tgh2 malam nengok donut nie ...terguda terus...bole cuba nie:)

Asyifa Mustaffa said...

Salam kak,
nmpk sedap jer nie..
bole le cuba nnti nie...

Shiela said...

Wsalam CitarasaKu, Zila n Asyifa.. Selamat Mencuba yer.. :)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Shiela..

menggoda tgk donut berinti custard.. so far mmg blm pernah mencuba atau pun mkn... mesti sedap nie :P

Ummi said...

Assalam Sheila cayanggg...waaa menggoda betul tengok kegebuan dan nampak sungguh kelembutan donut nih...akak bookmark dulu laaa...rasa nak buat jerk... tq for sharing dear, muaahhh!

Shiela said...

Wsalam Mama Hawa n kak Ummi cayangg.. Selamat mencuba yer.. :)