Tuesday, 13 March 2012

AYAM Masak UNGKEP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua  :)


Apa khabar kengkawan semua? Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan berada di sini lagi. Agak banyak hari jugak kan tak masukkan N3 baru. Sibuk sikitlah ngan memacam hal yang tah hape hape pon tak taulaa. Maaf juga pada teman teman yang menanti resepi Ayam Masak Ungkep ni dari saya. Bukan tak nak bagi dari awal, cuma saya tidak punya masa untuk betul betul duduk untuk menulis di sini. Kalau diikutkan memang banyak N3 dok queue tu, takperlah bak kata orang, biar lambat asal selamat kann.. Bukan apa, nanti kelam kabut, kelam kabut kepala tak boleh nak fokus. Takut pulak ada tersilap bagi info pulak nanti, naya jer kang. Okaylah saya pon curi curi masa jer ni. Jam dinding menunjukkan sudah hampir ke pukul 2.00 pagi, tak daya gak dah nak bebel pepanjang. Mohler kita nengok camner nak masak Ayam Ungkep ni yer..





BAHAN BAHAN :

500 gm Ayam
2 batang serai (dititik)
1 inci Halia *
1 inci Kunyit Hidup *
1 ketul Cekur (kalau suka) *
6-8 ulas Bawang Merah *
2 Ulas Bawang Putih *
10 tangkai Cilipadi  *
2 sudu Besar Ketumbar *
1 sudu besar Jintan Manis *
1 sudu besar Jintan Putih *
1 helai Daun Kunyit (dirampai)
2-3 helai daun Cekur (disiat siat)
1/2 cawan Minyak utk menumis
1-2 Biji Bawang Besar
Sedikit Air Asam Jawa
Garam secukup rasa




LANGKAH SETERUSNYA ;

Potong ayam mengikut citarasa, bersihkan dan toskan.
Sangai (goreng tanpa minyak) dan tumbuk atau blend halus semua bahan bertanda (*). Saya tumbuk ngan lesung batu jer, lagi wangi dan garing rempah tu. 

Panaskan kuali dan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk tadi bersama serai yang dititik hingga garing, berwarna keemasan dan naik bau. Masukkan sedikit garam dulu supaya ianya garing dengan cantik. Kemudian masukkan Ayam dan gorengkan sebentar bersama bahan tumisan tadi.

Setelah ayam tu agak garing luarnya dan hampir masak, bolehlah kita masukkan air asam jawa dan terus memasak hingga ayam tu betul betul masak. Air asam jawa tu adjustlah mengikut citara sendiri yer. Masuk sikit sikit dulu pastu rasa pon boleh. Selepas itu bubuhlah garam secukup rasa. Hiriskan bawang besar bulat bulat, tabur dan masak sebentar hingga bawang tu agak layu dan juga masukkan daun kunyit dan daun cekur tadi. Siap dan bolehlah dihidangkan.




Resepi ni sebenarnya saya dapat dari keluarga mertua saya yang berketurunan Jawa. Cuma saya adalah adjust sikit ikut citarasa saya. Kalau ikutkan dorang tak letak cilipadi tu gak tapi bubuh lada hitam atau lada putih yang ditumbuk. Ayam masak Ungkep ni memang sedap betul kalau dimakan ngan nasi pepanas. Kalau dapat masak ni ngan Ayam Kampung lagi laa kababoomm.. Memang berpeluh berjurai jurai lah. Dapat pulak kalau ada ikan masin ker kann.. mmm.. Alhamdulillah.. Syukur pada rezekiMU Ya Allah.




~~ Selamat Mencuba ~~

9 comments:

Ayam said...

Salam...nampak menyelera sekali dengan telur masin...sedap.

Amie said...

Ya Allah! Sedapnya.... lama tak makan ayam masak ungkep! Nanti sampai kampung boleh suruh bonda buatkan! Ngences dah ni...

Qasey Honey said...

kak nmpk sedap n myelerakan la ayam ungkep ni...ditambah pulak dgn telur masin kt sbelah tu...heheh...sya penah mkn skali...tupon mkcik yg masak...nti nk try msk sdri la nti...

rahel said...

Sedapnya lauk dia hari ni,emmm telan2 liur je tengok..

Gee® said...

Yaw...suberp!! terlior...

Rohah said...

Memang terbaik kak,inilah menu kebabommm anak-beranak saya,cuma lain tempat agak berbeza2 isi bahannye,,,lapar pulak daku...

Unknown said...

assalam, sedapnya tgk ayam masak ungkep ni..lapar lak rasa..hehe

salam kenal, saya follow sini yer:)

Shiela said...

Wsalam Nieza.. thanks sudi follow n salam kenal juga.. :)

Terima kasih juga buat semua kengkawan yang sudi singgah kat dapo saya ni yer.. luv u all.. muahhh..

Sleek Bundle said...

Hi grreat reading your blog