Friday 9 November 2012

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK NGAN TAHU



Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat Semua. Mudah mudahan dengan izin Allah kita semua terus mendapat keberkatan dariNYA. Ameenn..


~~ Gambar sekadar hiasan.. Tiada kena mengena dengan yang hidup maupun yang mati ~~


Sebelum ke cerita bab masak, saya nak nyimpanglah sikit. Bukan sesaja nak lari dari topik tapi sekadar nak meluah perasaan. Hmm.. memacam perangai manusia di facebook aka mukabuku tu saya nampak. Tapi saya taklah amik pot sangat. Lantak koranglah, korang punya muka dan korang gak punya buku.. Ko ada, aku pon ada.. kehkehkeh.. Cuma yang agak mengejutkan saya bila tetiba ada terima karangan pendek dalam kotak masuk tu mengata saya ni dok tak senang perot dengan apa yang dema buat tu, cam jeles lah kot.. Adoyaiiii.. mana datang cerita ni Kiah?? Nak cerita yang sebenornya, hakaq ni malas nak amik port sangat hal hal ragam manusia ni. Akak ni ngan dunia akak jer pun tak cukup taim round the clock tu deqnon. Kengkadang wall kat luar pon tak sempat nak nengok. Apa yang terlintas dan nak tegur tu, akak tegur cara ikhlas. Cerita cerita remeh temeh cam perangai bebudak beringuih ni, I'm SORRY kayy.. Tak kose Mak nak layan.. Ada banyak lagi perkara yang lebih membina semangat nak pikior yer. FULL STOP.




Kita kona balik ker simpang Jantung Pisang ni yang lebih excited gitu bak kata omputih. hehee.. Kata orang, berbudi pada tanah tak rugi kann.. Sebelum dapat makan pisang dapat makan jantungnya jugak. Daun pisangnya pun jenuh macam macam saya buat dah. Tapi yang sedehnya, tak lama lagi saya akan meninggalkan rumah ini demi sebuah kehidupan yang baru. Bila semua sudah selesai, saya kongsikan dengan teman teman semua. Nampak gayanya kenalah tanam pokok pisang lain. Moral of the Story, JANTUNG PISANG yang saya MASAK LEMAK NGAN TAHU ni dari pokok belakang rumah sayalah. hehee.. Pimai Pimai Tangtuulah jugak. Cane saya masak?? Jommm.. kena pi dapoq laa.. ;)




BAHAN BAHAN :

1 biji Jantung Pisang Abu/Kapas
2-3 keping Tahu
400 ml Santan kotak cap 'Ayam'
3 biji Cili Besar *
5-6 tangkai Cilipadi *
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 sudu besar Ikan Bilis *
2 batang Serai ~~ dititik
Secubit Gula
Garam Secukup Rasa




Belah Jantung Pisang kepada dua bahagian dan rebus dengan sedikit garam hingga agak lembut. Ini juga bertujuan untuk membuang rasa getahnya. Selepas itu, angkat dan toskan. 

Tumbuk semua bahan bertanda (*). Kemudian satukan semua bahan dalam periuk dan jerang atas dapur. Dikacau selalu supaya tidak pecah minyak dan juga masak dengan api sedehana. Pastikan garam dibubuh secukupnya pada santan supaya cantik masaknya dan tidak mudah pecah minyak. Pecah minyak tu macam santan ngan air tu tak bersatulah dalam kuah tu. Setelah menggegak atau mendidih, rasa garam jika sudah secukup rasa matikan api. Tak perlu masak terlalu lama sebab jantung pun kita telah rebus dulu tadi. Kalau masak lama sangat pun nanti kuahnya tak cantik, macam terbit minyak jer kat permukaannya. 




Senang jer kann.. Memasak ni sebenarnya bukanlah susah sangat. Janganlah jadikan seribu satu alasan untuk memasak. Kalau malas, cakap jer malas terus terang macam hakaq selalu buat..  haaa.. Hakaq memang gitu, Straight to the point.. Takyah pepenat kan otak.. hehehh..  Sambai Belacan ngan Ikan Goreng jangan tinggai pulak.. tu yang buat pecah peluh makan nanti. Selamat Mencuba yer.. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari saya hamba yang hina.. ^__ ^






6 comments:

Marsita Yahya said...

salam...emm gerammmnyer tgk tahu tu

Unknown said...

alahai Sheila sedap nya jantung lemak ni akak pun suka buat mcm ni maklum orang kampong la katakan, tapi bubuh tauhu ni belum pernah lah sbb biasanya kak noor masak dngn kulat sisir tu tupun kalau ada kulat kalau tkda jantung single ja hahah boleh try versi tauhu pulak nnt

Kniedaz said...

Lama saya tak masak jantung pisang camni tapi selalunya tak bubuh tauhu.. ^_^

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
sedapnye , lama x makan jantung pisang masak lemak gini
mesti sedap kalu ada ikan masin he he tambah2 la nasi ni

Rohah said...

salam kak...
Bila nak ajak makan hidangan ni?..gandingannya ikan goreng je dah cukup menyelerakan..+pulak ngan telor masin ke..fuhh!!

Amie said...

Wadedeeeehhhh... Sheila...ngko memang menggoda seleraku! Mana tidaknya, udah le jantung pisang tu menunggu diterkam, ko tambah lagi dengan sambal & ikan goreng kat belakangnya tu....masya-Allah!