Thursday, 12 April 2012

Spaghetti AGLIO OLIO with MUSSELS


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   :)


Bonjour! Bonjourrr!!!.. Adehh ke depan betul moncong nak nyebutnyer.. hehee.. Ni laa penangannya asek bermenukan Italy ni. Nak wat camner.. Melayankan tekak anak bertuah sorang tu. Tak larat rasaya kalau ari ari dia asyik ajak ker Secret Recipe tu, ajer pitam dibuatnya. Abihlaa elaun Ibu ni kat situ jer kang.. Menu ni sebenarnya saya masak togeder geder ngan Beef Lasagna aritu. Arini baru berkesempatan nak share resepi SPAGHETTI AGLIO OLIO with MUSSELS ni pulak. Sempoi jer.. Rasanya semua pon tau caner nak masak ni kan.. tapi saya tulis gak laa kat sini yer.. Buat reference anakandaku di kemudian hari nanti. Mudah mudahan dia akan menjadi seorang Ibu dan Isteri yang berjasa pada keluarganya sendiri nanti. Ameenn.. 




Jom laa Nengok.. Sebelum ku terlelap depan lappy ni.. hehee.. Waktu sebegini jerlaa yang ada kelapangan pon.. Siang hari tak cukup tanah rasanya nak kayuh segalanya.. Sabo jerlaa.. Dah memang tugasanku.. hadap jerlaa selagi ada hayat dikandung badan.




BAHAN BAHAN :

500 gm Australian Mussels ~~blh ganti ngan Udang/Sotong
300 gm Spaghetti
2 biji Bawang Besar Kuning/Holland
6 ulas Bawang Putih
1 biji Lemon ~ ambil jusnya
Capsicum Merah
Minyak Zaitun untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Oregano
Daun Ketumbar ~ Saya suka byk daun ni




CARA CARA :

Dalam peruik berasingan didihkan air dan rebuskan spaghetti hingga lembut. Masukkan juga sedikit garam dan minyak zaitun dalam air rebusan tu. Setelah lembut dan boleh dipotong, angkat dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat dan kering.

Chop atau cincang cincangkan bawang besar, bawang putih dan juga daun ketumbar. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu dan naik bau. Masukkan Mussels dan sedikit garam dulu. Kemudian bubuh sedikit oregano, serbuk lada itam dan lada sulah. Kacau rata hingga mussels tu masak. Masaknya tak lama sangat.

Bila Mussels sudah masak masukkan spaghetti yang kita rebus tadi dan juga capsicum merah yang dihiris. Perisakan dengan sedikit garam dan masukkan jus lemon dan gaul rata. Biar masak seketika sambil dikacau selalu.

Akhir sekali masukkan daun ketumbar atau coriander leaves yang telah kita cincang halus tadi dan gaul rata. Angkat dan bolehlah dihidangkan. Boleh juga ditabur dengan sedikit Parmesan Chese dan Chilli Flakes ketika hendak makan jika suka.




Sempoi jer kann.. Selamat Mencuba.. (",)


4 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Sheila...

terggoda betul I... hehehe
one of my fav dish kalau mkn kat luar!!

Shiela said...

Wsalam Mama Hawa.. Sedap kann.. My family pun suka sgt ni..

mama sara nur said...

assala k.sheila
terliur la tgk olio ni sedapppnye he he untung ank k. sheila dpt mama pandai masak gini

Shiela said...

Wsalam mama sara nur.. Tklaa pandai sgt.. Bolehlaa sikit sikit takat mkn sendiri.. :-)