Monday 10 September 2012

PUDING TAUHU COCKTAIL



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Wat per tu? Masih sibuk beraya ker? Saya cuti beraya laa minggu ni, saja nak rehatkan diri. Tapi kann.. yang sebenar benarnya, saya takder mood laa nak ke mana mana. Ari jumaat aritu, bumper keta saya rebeh sebelah. Bukan xcident ngan keta ker apa, tapi sangkut kat tiang ker tunggul.. beh kurang camtulaa rupanya. Kononnya nak ikut shortcut yang anak saya Farrah tunjukkan dari sekolah dia nak balik rumah, sudahnya short laa sungguh jadinya. Lorong tu terlalu sempit, nak reverse balik banyak pulak keta dan moto kat belakang. Pastu Farrah yang duduk sebelah kiri tu tinjau, dia cakap "Boleh ibu, boleh".. haaa.. bolehlaa sangat.. Tetiba dia cakap, "Ehh.. bunyi apa tu buu?".. Munyik apalaa lagi? Munyik sebab sudah kena lah.. hadoyyy.. kena sikit tu pun hubby cakap nak kena tukar seketoi bumper tu terus.. ayyyy.. Cobaaannn.. Patotlaa gatai jer tangan ni, rupanya nak kena kuar duit lagi.. adehhh.. Nyesal pon dah takder guna, nyesal kemudian camnilah.. Sabar jerlah..




Seperti yang dijanjikan pada N3 yang lepas, kalini saya akan masukkan resepi PUDING TAUHU yang saya buat aritu. Saya skodeng resepi ni dari DAPUR KAKYAH. Mekaseh Kak Yah sudi berkongsi resepinya. Sebelum ni saya pernah beberapa kali jugak makan yang teman kampung sebelah saya ZAI buat. Sedap rasanya, macam rasa makan taufufa giteww. Nyaman jer lalu kat tekak ni. Memang layan betol lah bila makan masa buka posa ritu. Tak manis sangat, manis manis manja jer.. I loike.. Buat dia pun senang bangettt, bak kata kawan saya dak Zai tu, sambil sambil lolap pun boleh buek.. haaa.. Jomlah kita nengok resepinya sebelum den pon lolap.




BAHAN BAHAN :

1/2 tahil (18.7gm) Agar Agar Kering/Tali
2 liter Air
1 tin Susu Pekat Manis
1 tin Susu Cair
Laici dalam Tin
Buah-buahan campuran dalam Tin
Sedikit Gula Batu ~~ Saya tambah
Air gula ~~ Saya tak bubuh




CARA CARANYA :

Masak agar-agar bersama air hingga hancur. Apabila agar-agar sudah hancur masukkan susu cair dan pekat kedalamnya (pastikan susu pekat dan cair disatukan dahulu dalam bekas sebelum dimasukkan kedalam periuk agar-agar tersebut).  Kacau sehingga mendidih semula. Tuangkan dalam bekas/mangkuk dan bekukan. Satu adunan ni banyak betul yang saya dapat. Semuanya yang dalam gambar kat sinilah.

Satukan laici dan buah buahan campuran dalam tin tu untuk dijadikan kuahnya. Jika suka boleh tambah air gula. Saya tak bubuh, sudah memadai bagi saya kemanisan dari air laici dan buah buahan campuran.

Cara memakannya pula, masukkan kuah air laici ke dalam Puding tauhu yang telah ditaburkan buah laici dan buah-buah campuran dalam tin tadi. Sudukan ke dalam gelas atau mangkuk kecil apabila nak memakannya. Lembutnya macam taufu lembut. Nyaman jer lalu kat tekak. Sedap juga dihidangkan sejuk atau omputih cakap, "Serve Chilled".. hehehh.. Selamat Mencuba.. (",)



11 comments:

zila norazila said...

salam syg kak shiela
wahhh mesti sejuk jew nie kt tekak..tekak nie pulak skrgnie asik batuk jew kak..zila ambil respi yer,,nnt2 nk menerai jgk:)

rahel said...

Salam shiela...
Ingatkan betul2 ada tauhu..rupe2nyer nama jer puding tauhu..hihihi...nampak sedap sangat la...nyaman bah..

Marsita Yahya said...

wow, nyamannya rasa...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.Sheila
puding tauhu ni memang sedapppp kan lembut je kena pula buah2 laici memang bestt sgt
sy panggil puding coktail SIL sy selalu wat jg ni terutama bila da tetamu nk dtg

Mamasya said...

Aslmkum k.Sheila.nyamannya kalau dpt puding buah2an gini....dahlah cuaca panas skrg...

Shiela said...

wsalam Zila cayang.. ambik jerlah.. Selamat menerai yer..

Shiela said...

wsalam Rahel.. mmg nyaman banget bahh.. kerna ianya lembut dan putih seperti tauhu tulah dipanggil Puding Tauhu tu dear.. :)

Shiela said...

mmg nyaman sekali Marsitah.. :)

Shiela said...

Mama sara nur, mmg betul.. sedap dan lembutt sangat.

Shiela said...

wsalam mamasya.. betul tu, mmg sedap sgt dimakan bila cuaca panas.

Unknown said...

Babe .. sodap wek juadah bebuko ni kan. Terbaek lah ..