Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga ku bertemu Ramadhan kali ini. Moga dalam masa sebulan ini dapatlah kita mempertingkat amalan kita kepadaNYA. Malam ni Solat Terawih juga akan bermulalah di setiap surau dan masjid. Pada yang tiada keuzuran dan berkesempatan, Jom kita.. Mudah mudahan segala amalan kita diterima Allah SWT dan juga terus mendapat keberkatanNYA.
Kalau kat tempat saya tinggal kat Negeri Sembilan, hari ni dipanggil HARI MANTAI. Penduduk asal Negeri Sembilan ni menyambut Awal Ramadhan ni macam nak Rayo jugak. Siap dengan Lomang dan Rondang tu. Tapi bagus jugak tu kann.. Anak anak akan pulang ke kampung menyambut bersama sama keluarga. Pendek kata macam Raya lah jugak.. Cuma mungkin biskut raya jer yang takder kowt.. hehee.. Setelah sekian lama saya menetap di sini, saya pon dah terikut ikut jugak. Seronok nengok kemeriahannya dan yang paling pasti den pon suko makan lomang ngan rondang tu.. Sodappp.. Sampai sangguplah saya drive ke Kendong untuk mendapatkan lemang yang sangat sedap. Rendang yang dah dijual kat situ pun sangat terbaekk.. Saya rasa dia dimasak dengan dapor kayu api laa.. sebab bau dia sedap dan rasa dia pon cam garing garing semacam.. memang superblah..
Kat sini saya nak selitkan juga satu resepi kegemaran kami sekeluarga dari dulu. Resepi Udang masak Pesamah. Kengkawan pernah dengar tak? Saya tak taulah kalau di tempat lain, dipanggil dengan nama lain tapi saya dari kecik nilah bunyinyer yang Mak saya selalu sebut. Dulu masa kecik kecik, kalau Abah beli Udang Galah, nilah masakan yang Mak akan masak. Sedap sangat sangat. Ekceli lauk ni lama dah saya masak, tah macam mana boleh keciciran nak menghapdet. Udang ni saya beli masa nak balik dari Kota Kinabalu ritu. Punyalah sedap rasa udang tu, macam rasa udang galah pun ada tapi up lagi.. haa.. bayangkanlah.. Pastu saya beli jugak kerang bawak balik naik belon tu.. Osah teruk betoi kann.. Bukan apa, punyalaa geram nengokkan kerangnya yang besar besar tu. Saya ingatkan yang besar tu isi dia liat, tapi takk.. lembut dan manis jer rasanya. Kerang tu saya buat masak rendang atas permintaan anak bertuah sorang tu. Kayy.. Jom lah nengok resepinya. Saya kongsilah sikit sikit apa yang saya reti yer..
~~ UDANG PESAMAH ~~
BAHAN BAHAN :
1 kg Udang ~~ Size Besar terbaekk
1 biji Bawang Besar *
2 ulas Bawang Putih *
5 Ulas Bawang Merah *
1/2 inci Halia *
2 batang Serai ~~ dititik
3 sudu besar Rempah Kari Daging
2 sudu besar Kerisik
1-2 Biji Bawang Besar~~ dibelah 4
2-3 batang Cili Hijau ~~ dibelah 2
1-2 Keping Asam Keping~~ ikut citarasa
200 ml Susu Sejat Ideal
Minyak untuk menumis
Sedikit Kulit Kayu Manis n Bunga lawang
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Blend atau kisar halus semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumis serai, kulit kayu manis dan bunga lawang dulu. Bancuhkan rempah kari menjadi pes dan tumis hingga garing dan naik bau. Bubuh sedikit garam juga supaya rempah tidak mudah hangit dan cantek garingnya. Api juga jangan besar sangat yer, cam Mak saya selalu cakap.. nanti dia masak terkejut, tak sedap. Kemudian masukkan susu cair dan asam keping. Masukkan sekeping dulu asam keping tu dan rasa takat mana kemasaman yang digemari. Jika perlu baru tambah lagi sekeping. Masak susu cair tu hingga mendidih dan jika perlu atau nak berkuah sikit boleh masukkan sedikit air. Tapi jangan bubuh banyak sangat air dulu sebab Udang tu nanti akan keluarkan airnya juga. Masak ni sepatutnya kena pekat dan kering. Bila dah menggelegak dan agak pekat, bolehlah masukkan kerisik. Kacau rata dan masak sebentar bagi kerisik tu kembang dan mesra. Bila dah kering dan betul betul pekat barulah kita masukkan udang. Jangan masak udang terlalu lama, nanti keras jadinya. Bila udang sudah masak, masukkan bawang besar dan cili hijau yang dibelah tadi. Kacau sebentar bagi dia agak layu sikit cukup. Rasalah garam secukup rasa dan siap untuk dihidangkan.
~~ RENDANG KERANG ~~
Rendang Kerang ni pulak biasa jerlah.. Semua orang mesti tau buat kann.. Cuma bezanya, untuk rendang kerang saya tumis dulu bumbunya itu. Bukan apa, kerang kan tak boleh masak lelama.. Nanti dia kecut tak kick lah nak makan. So untuk pastikan cili cili tu masak betul, saya tumis dengan sedikit minyak dulu semua bumbu tu dengan sedikit garam. Kemudian barulah kita masukkan santan dan kerisik. Bila bahan dah betul betul kering baru saya masukkan kerang kerang tu. Sempoiii.. tapi ni cara saya lah yer.
Akhir kata dari saya, di kesempatan ini saya juga mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua teman teman yang beragama islam. Saya juga menyusun jari memohon maaf sekiranya ada jari jari ini ada membuat hati hati terguris sepanjang saya membebel selama ini. Maafkan saya yer.. Marilah kita memperingkatkan amalan dan mencari malam seribulan bulan itu, malam Lailatul Qadar yang sungguh mulia. Moga diberi kesihatan yang baik juga agar dapat beramal dan menghambakan diri padaNYA.. Ameenn.. Insyaallah.. Jom Baca niat Puasa.. :)
10 comments:
Tetbaeeek lah. Love the way you write. Byk peringatan
Waalaikummussalam..
Bila baca ur n3 ni teringat suatu masa dulu, I pernah gi Senawang & Kuala Pilah. Best. Sempat juga rasa lomang & rondang. Selamat berpuasa Shiela. Jgn marahlah sbb I selalu skodeng resepi kat sini. Last sekali buat Butter prawn, tapi kurang menjadi, flossnye agak kasar, tapi xaper lah nanti boleh improve lagi. Slmt Berpuasa!
salam K.shiela ..
besau jer kerang, ucu plg suka mkn kerang rebus cicah air asam...
hoh besar btol kerang akak tuh !!.. dh mcm kupang dh....
Selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amalan kita diberkati Allah..
Azie : thank you dear.. :-)
Zubedah : jangan putus asa taww.. dicoba lagi.. :-)
Ucu Faridah : wsalam Ucu.. hmm.. sedap kan kerang cecah air asam.. :-P
Zura Lee : mmg besor betoi yang.. akak pun festaim jumpa tu.. :-)
Sofea : ucapan yg sama juga buat Sofea.. Salam ramadhan al mubarak.. :-)
Post a Comment