Friday, 28 September 2012

MEE CHAMP.. Boleh gitu namanya??



Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat Semua. Kejap jer dah ujung minggu balik kann. Makin singkat dah umur kita pun. Apa apa pun kita sentiasa mengharapkan dan terus berusaha yang terbaik untuk hidup kita dunia akhirat. Moga segalanya mendapat keberbakatan dari Allah SWT. 

Buntu sudah apa yang nak dimasak lagi. Teringat pulak akan nak makan Mee Goreng campo ngan Bee Hoon camni. Saya memang suka sangat makannya. Nak bagi nama apa pun tak taulaa. MEE CHAMP tu bolehlaa kowt kann.. Sesuka hati.. hehee.. Nak tau resepinya?? haa.. Jom Jomm.. Japgi dah bebudak balik sekolah. Arini jumaat balik awal anak anak kita kan.




~~ BAHAN BAHAN ~~

1/2 Kilo Mee Kuning
200 gm Mee Hoon ~~ direndam
250 gm Sotong (atau apa jer suka)
3 sudu besar Cili Mesin
2 sudu besar Kicap Pekat Mee (Tamin)
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos Tomato
3-4 keping Tahu (digoreng)
3/4 cawan Minyak utk menumis
2 cawan air atau secukupnya
Sayur ikut citarasa
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk Lada Sula
Sedikit Minyak Bijan

Bahan yang ditumbuk :
6 ulas Bawang Merah
5 Ulas Bawang Putih




~~ CARA CARANYA ~~

Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga keperangan. Minyak untuk menumis mee ni kita lebihkan sikit dari mee goreng biasa supaya dia basah cantek nanti. Saya guna minyak jagung.

Kemudian masukkan cili mesin, sedikit garam dan masak cili hingga garing dan hilang bau cili tu. Pastu bubuhlah kicap mee, sos tiram dan sos tomato. Masukkan air dan bagi dia mesra seketika. Kemudian masukkan sotong. Kalau nak tambah ayam pon boleh. Tapi kalau buh ayam, kena masuk ayam dulu pasal ayam lama sikit masaknya dari sotong. Sotong cam biasalah, takleh masak lelama sangat, nanti dia liat.

Okayy.. bila sotong tu sudah masak kita masukkan bee hoon yang telah kembang direndam dulu. Jika masih liat, bolehlah ditambah sedikit air. Air biasa yer, jangan air panas nanti terus benyek pulak beehoon tu. Selepas tu baru kita masukkan mee kuning dan sayur sayuran. Kalau rasa nak basahkan lagi, boleh tambah sedikit lagi Air. Biarkan masak seketika dan bolehlaa dihidang. Taburkan dengan sedikit lada sula dan renjiskan sedikit minyak bijan untuk menaikkan baunya. Hiaskan lah dengan hirisan tomato, tahu goreng atau apa saja mengikut citarasa memasing. Kalau nak sedap lagi, taburkan dengan sedikit bawang goreng tapi yang sandiri bikin taww.. beli punyer, mana ada ummpphh. Dan lagi satu yang paling penting, mesti ada Cili Jeruk.. Baru Mantopppp.. hehee.. SELAMAT MENCUBA.. (",)





6 comments:

zila norazila said...

salam kak shila cygg..
kita dtg bwk piring nie..kot2 ada belen2 leh jamah sikit ..hehh eee sedapp tu kak.nk kutip sotong tu dulu .

Shiela said...

wsalam zila cayangg.. alaa ciannya dia.. dah tinggal chopstik ngan piring jer yangg.. cili jeruk pon abih kena ratah.. huhuu..

Unknown said...

Assalamualaikum Shiela :D
Kak Lin mmg suka meehoon, tak kiralah masak apa, sesekali masak gini sedap gak kan? tak kisahlah mee apa pun namanya yg penting rasanya...

rahel said...

Sedap meehon goreng ni...kite pun suke mkn meehon goreng..kalau ada cili perah limau kasturi memang mantap.

Shiela said...

Wsalam LinRosly.. :)
samalaa kita kak.. saya pun tak pernah tolak kalau ngan mee hoon ni.. tak jemu jemu.

Shiela said...

Betul tu Rahel.. memang mantoppp.. ;b