Tuesday, 11 September 2012

NASI BERIANI UDANG RAYAku



Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah tertunai dan selesai sudah hasratku menjalani ibadah posa nam. Agak lewat dapat dijalani kalini kerana masalah kesihatan yang kurang  baik pada awal Syawal aritu. Sekadar rayanya yang sempoi untuk kami tiga beranak kat umah ni, saya terfikir cam nak masak Nasi Beriani. Kebetulan adalaa pulak stock udang dalam peti sebok tu, maka jadilah NASI BERIANI UDANG.




Lama jugak dah saya tak masak Nasi Beriani sampai satu insiden berlakulah. Seingat ingat saya, masih ada rempah beriani dalam simpanan saya. Sekali bila semua bahan dah siap dan beras pon dah siap rendam baek punyer, cari cari rempah beriani takder langsung. Adehhh.. takkan nak kuar gi pasaraya pulak nak beli kan. Panik gilerr dan gubra Mak sekejap.. Tetiba baru teringat Rempah Soto Serbaguna Tok Mak, Rempah Kurma dan Rempah Kari ada kat dapur tu.. huhhh.. legaaa.. Karang jerlah buat rempah beriani bidan terejun rekaanku sendiri. Saya campokan jer ketiga tiga jenis Rempah tadi dalam 1 satu besar setiap jenis dan bancuhkan menjadi pes. 1 sudu tu takat paras paras jer, jangan sampai membumbun pulak. Saya memang suka Nasi Beriani yang ada rasa rasa rempah giteww. Kalau tak, bak kata Mak saya, "Tu bukan nasi beriani cheq oii.. Nasi minyak namanya". hehehh.. Tapi tu selera kami lah yer.. Mungkin tak sama ngan selera orang lain.




Bila dah siap masak tu, suspen gilerr nih nak tau rasanya. Sekali bila rasa, yahooooo.. Seb baek sedapppp.. rasanya lagi sedap kowt dari rempah yang saya beli siap sebelum ni. Paling lega lagi, bila tanya hubby dia cakap sedap jugak. Kalau nak tau resepi NASI BERIANI tu leh skodeng kat SINI. Sama jer, cuma yang ni saya guna rempah beriani bidan terejun tadi citer tu dan saya taburkan dengan buah gajus dan kismis yang digoreng sebentar dengan minyak sapi. Kebetulan bendanya ada, bolehlaa bubuh buat penyedap.




Udang tu pulak saya buat masak PESAMAH sebab masakan inilah yang dorang kat umah ni suka sangat. Tapi takder masalah. memang 'IN' betoi dengan Nasi Beriani. Sesekali kita tukarlah pulak kan.. Asyik ayam dan daging, muak jugak rasanya. Resepi UDANG PESAMAH ni juga boleh skodeng kat SINI. Saya dah pernah share sebelum ni cuma yang ini saya ada tambah dalam 1 sudu besar Rempah Soto Serbaguna Tok Mak juga.




Pastu saya cuma buat JELATAH. Sempoi jer, potong potongkan nenas, carrot, timun, bawang besar kuning, cili hijau dan cili merah. Kemudian perisakan dengan sedikit cuka, gula, garam dan gaul rata. Sedap tu, krak krukkk meratah pun. Dessert pon adaaa.. dessert PUDING TAUHU COCKTAIL.. kan saya cakap banyak dapatnya.. haaa.. tu yang masih ada lagi. Resepinya pun baru jer saya masuk pada N3 sebelum ni. Okaylah.. Nak ke dapo pulak jap, apa nak digodek pun tak taulah. Jumpa lagi.. Daaaa..






8 comments:

rahel said...

Salam Shiela....tak boleh tahan tengok lauk n nasi yang sedap ni...tambahan pulak dg adanya puding tauhu...semuanya menggamit selera...

Shiela said...

Wsalam Rahel.. bolehlah sikit sikit tuk kami tiga beranak.. tq my dear.. :)

zila norazila said...

sedapnya kak,kalau ada org hidang depan kita camnie..bertambah2 la nasi tue kita mkn:)

Shiela said...

Kalau orang yg hidangkan kita mmglah sedap betul kita makan tu Zila cayang.. :-)

Rohah said...

beso2 udang tu haaa..

Shiela said...

Kalini yg beso beso yg sangkut kt jaring tu Rohah.. Hehehh.. :-)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.sheila
sedapnya..udangnya besar2 ni kalu en.suami sy memang suka sgt la he he

Shiela said...

wsalam mama sara nur.. samalaa ngan hubby n anak akak ni.. tak sempat sempat nk makan kalau masak udang besar.. :)