Friday, 22 June 2012

Spaghetti AGLIO OLIO with PRAWNs





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Salam Syaaban juga pada teman teman yang beragama islam. Ramadhan sudah makin hampir nampaknya, tak sampai sebulan jer lagi kan.. Alhamdulillah utang puasa tahun lepas sudah settle, kalau ada peluang dan diizinkan Allah cuma ingin melaksanakan yang sunat pula. Insyaallah.. Marilah kita bersama memanfaatkan bulan yang mulia ini dan semoga kita mendapat keberkatanNYA.. Ameenn..




Hari hari kalau kita makan menu yang sama jer pun bosan jugak kan. Sesekali jom kita try SPAGHETTI AGLIO OLIO pulak. Bagi saya, ianya amat mudah disediakan tetapi tetap sedap, berasa dan mengenyangkan juga. Bahan bahannya pun mudah jer, boleh dikatakan sentiasa ada lah dalam fridge kita tu. Sebelum ni saya ada share recipe Spaghetti Aglio Olio ni dengan menggunakan Mussels tapi kali ni saya hanya menggunakan Udang jer.. Mussels tak timboi timboi.. hehee.. Kali ni saya buat bagi pedas sikit, maklumlah tekak orang melayu kann.. Tapi anak dan hubby saya cakap, yang ni lagi sedap, mungkin ada rasa pedas tu kowt.. Kaylah, jom nengok resepinya sebelum saya pejam depan lappy ni.. (:


BAHAN BAHAN :
500 gm Udang ~~ medium size
300 gm Spaghetti
2 biji Bawang Besar Kuning/Holland
6 ulas Bawang Putih
2 batang Cili Merah
6-8 tangkai Cili Padi
Jus dari 1-2 biji Lemon ~~ ikut citarasa
Minyak Zaitun untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Oregano
Daun Parsley ~ Saya suka byk daun ni




Dalam peruik bersesuaian didihkan air dan rebuskan spaghetti hingga lembut. Masukkan juga sedikit garam dan minyak zaitun dalam air rebusan tu. Setelah lembut dan boleh dipotong, angkat dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat dan kering.

Chop atau cincang cincangkan bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi dan juga daun parsley. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi hingga layu dan naik bau. Masukkan pula udang dan sedikit garam dulu. Kemudian bubuh sedikit oregano, serbuk lada itam dan lada sulah. Kacau rata hingga udang tu masak. Masaknya tak lama sangat.

Bila Udang sudah masak masukkan spaghetti yang kita rebus tadi. Perisakan dengan sedikit garam dan masukkan jus lemon dan gaul rata. Biarkan masak seketika sambil dikacau selalu. Akhir sekali masukkan daun parsley yang telah kita cincang halus tadi dan gaul rata. Angkat dan bolehlah dihidangkan. Boleh juga ditabur dengan sedikit Parmesan Chese dan Chilli Flakes ketika hendak makan jika suka. Enak juga dijadikan juadah berbuka puasa ni. Selamat Mencuba.. (",)




7 comments:

ibundo said...

salam pagi jumaaat shiela. Mengancam spaghetti ni. Rasa nak cekut je dengan garpu.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sedap tu..terliur Kak Ros...

Bicara Kak Noor said...

Salam Sheila,anak2 akak suka sngat kalau spaghetti or apa saja jenis pasta ni,seharian makan pun durang tak jemu apa lagi dpt yg ni tak cukup sepinggan ni heee

Tina Othman said...

salam

sedapnya olio, saya suka makan mcm ni sebab simple je kan, naknya kalau untuk dinner, mmg pasta jadi pilihan

Azie said...

Ternganga tengok gambar gambar terutama gambar bahan bahan yg digunakan. Macam mana Shiela ambik gambar tu? Tepi tingkap juga ke

Shiela said...

Wsalam dan terima kasih semua yg sudi singgah.. :)

Azie.. betul, saya amik tepi tingkap ni..

Anonymous said...

thnx a lot for d resepi...my husband really love this...wanna suprise him later for berbuka puasa...;)