Bila dah dapat Siakap yang sesegar itu, memang takder menu lainlah dalam kepala ni selain Steam. Saya masih ingat pesanan dari seorang teman sepejabat saya dulu yang berbangsa cina. Kata dia, kalau nak makan ikan steam yang sedap, pastikan ikan tu benar benar fresh. Biasanya ikan Siakap ni, saya nengok matanya, kalau matanya masih jernih dan timbul tu kira okay sangatlah. Pastu bolehlah tinjau insangnya, kalau masih merah berlendir dan bila ditekan badannya baek punyer mantul tu bolehlah suruh Apek tu timbang dan tapau. Sebelum tu mintak dia siang dan potong Butterfly sesiap yang ala ala dok posing meniarap ngan sayap mengepak tu. Apek tu kompom tau.. kaborkan jer ker dia. Lagi satu sebaiknya, dapatkan ikan yang memang ditangkap liar dari laut. Saya tak berapa boleh terima Siakap yang dibela dalam sangkar sebab bila makan cam terasa tanah.
APEK ni tanya, "Lu TV3 punya orang ka??".. kehkehkeh..
Dari dulu lagi, jika nak Steam SIAKAP ni memang inilah cara yang paling saya dan keluarga suka sangat. Tak jemu dan muak rasa memakannya. Tak terasa hanyir langsung dan semuanya secukup rasa. Pendek kata memang takder belen langsunglah.. licinnn.. kuahnyer pun habis dorang hirup hingga menjilat jari.. Tapi ni bagi tekak kami lah yer.. Kalau nak tau kebenaran dan kesedapannya, jomlah cuba resepi saya yang sungguh mudah ini.
BAHAN BAHAN :
1 ekor Ikan Siakap ~~ size sederhana
1 biji Buah Lemon ~~ ambil jusnya
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Lada Sulah
5-6 keping Cendawan Shitake
Sos Tiram Secukupnya
Sedikit Kicap ~~ jika suka
2-3 inci Halia Muda ~~ dimayang halus
1 biji Bawang Besar ~~ dihiris nipis
5 ulas Bawang Putih ~~ dicincang halus
Sedikit Cilipadi atau Cili Merah
Sedikit Daun Ketumbar
Garam dan Gula Secukup Rasa
Minyak untuk Menumis
Sedikit Sesame Oil
Memula bersihkan ikan dan toskan. Kemudian seasonkan dengan sedikit sos tiram, garam dan serbuk lada hitam/lada sulah. Balutkan dengan cling wrap dan perapkan di dalam peti sejuk selama sekurang kurangnya 1/2 jam. Kalau dapat lama sikit lagi bagus, lebih serap rasa bahan bahan tadi. Panaskan kukusan terlebih dahulu sehingga betul betul panas. Sebelum dikukus, perahkan sedikit jus lemon pada ikan dan ratakan. Taburkan dengan daun ketumbar dan sedikit halia muda yang dimayang halus tadi dan kukus selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
Sementara ikan sedang dikukus, bolehlah kita membuat Sos atau Kuahnya. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga layu dan keperangan. Kemudian masukkan cendawan shitake yang telah kembang direndam dengan air panas. Saya potong tiga cendawan tu. Kalau nak dibiarkan sekeping sekeping pun boleh juga. Up tu your babyfacelah.. hehehh.. Pastu masukkan pula sedikit garam dan goreng sebentar cendawan tu dulu. Selepas itu masukkan sedikit sos tiram dalam 2 sudu besar, sedikit kicap dan cili padi yang dipotong. Masak sebentar dan perisakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukupnya mengikut citarasa sendiri. Akhir sekali masukkan sedikit jus lemon secukupnya dan renjis renjiskan sedikit sesame oil atau minyak bijan untuk menaikkan lagi aromanya.
Bila ikan sudah betul betul masak, bolehlah dikeluarkan dari kukusan. Hati hati panas tu yer. Kemudian tuangkan sos yang kita buat tadi ke atas keseluruhan ikan dan taburkan dengan daun daun ketumbar. Saya suka banyak daun ni. Pastu, apa lagi??? Jomlah Bismillah.. Kena makan masa panas panas ni, barulah terangketttt.. Kono pulak tu ngan Kerabu Mangga dan Sambal Udang tu. Wallahhh.. Jemputlah nengok yer.. Ampunnn.. Satu pesanan dari saya, pastikan Ikan Steam ini adalah hidangan terakhir yang disediakan supaya lebih segar dan mantops bila dimakan.
Kalau ikut 'MasterChef', failed kowt bab pinggan yang isi Siakap ni. Bak kata Chef tu, penoh sangat. Tapi nak wat camner? Pinggan ni jer yang hakaq ada paling panjang tuk isi Sang Siakap tu.. Kira Bolehlah yer.. Selamat Mencuba.. Insyaallah.. Berbaloi baloi.. Lama tak dengar pantun ni;
"SIAKAP SENOHONG
GELAMA IKAN DURI
CAKAP BOHONG
LAMA LAMA MENCURI"
Kalau teragak nak gi cari follow jer road signages kat atas ni dari atas sebelah kiri, insyaallah tak sosek.. dibuka setiap hari dari pagi sampai tengahari selagi ada stock ikan.
10 comments:
Mmm...sedapnya..kami kalau beli siakap jarang buat camni...maybe lepas ni ble try resepi sis ni... ^_^
Cubalah pulak Kniedaz.. nanti sharelah pulak cara yang Kniedaz selalu buat yer..
assalam k.sheila
amboi mengoda betul dgn menu ikan siakap gini, kecur air liur dah ni he he sedapnyeeeeeeeee memang suka ikan siakap tp kat luar sendiri lum penah masak hu hu terukkan...
anak bujang sy tu skrg pun dah pandai makan ikan siakap kalu order seekor dia sorang je
wsalam mama sara nur.. takper ada masa nanti leh try masak pulak.. hehee.. anak akak pun camtulaa jugak..
Am terliur tengok gambar-gambar ni semua. Kalau guna ikan lain pun 20 minit jugak ke kak? Sebab siakap mahal.
Uish.. Sodap. Dapek ikan baru naik memanglah tak hengat dunya meratahnya. Buleh terai cara shiela ni..
Maseh Am, sudi singgah.. :)
Rasanya kalau ikan lain pun lebih kurang jugak tapi bergantunglah pada sizenyer yer Am. Boleh dicucuk tinjau sikit ker, kalau belum cukup masak tambahlaa sedikit masa lagi.
betul bundo.. memang tak hengat hengat.. hehee.. :)
Amboi....kan main lagi tayang ikan kukus...segerrr...
hehehh.. best ni Rahel.. di Sabah pun senang dapat ikan segar kan..
Post a Comment