Sunday, 4 December 2011

MeeHoon Goreng SINGAPORE




Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur walau ni jer yg dapat dijadikan makan malam tadi. Stock cili mesin dah abis langsung rupanya, tak perasan laa pulak. Buat 'MeeHoon Goreng Singapore' laa sudahnya.. tapi sedap gak kan.. sesekali kasi tukar.. hehee.. Janji perot kenyang sudah.. ;D




Keletihan sungguh arini.. Mana taknya, dari hari Khamis dok keje ngukur jalan.. Bukan ke mana sangat pon, sekadar bawak anak jalan jalan cuti sekolah ni. Nak pergi jejauh, ayah dia tengah bzee sangat, tkleh nak amik cuti lelama. Maka kami just bercuti cuti Lembah Klang jerlah ditemankan oleh my dear fren Amida Adam n the kids. best sangat sangat.. Walaupon penad, tapi seronok.. Thank you very much Mida sayangg.. Hanya ALLAH yg dapat membalas budi baik mu.. :)




Intai intai kat dapur tadi, bahan setakat nak buad MeeHoon Singapure ni adalaa.. Apa lagi? tumbuk2kan sikit bawang merah dan putih, cili api dan tumis jer.. Ada udang, fishball masukkan jer. pastu saya buh sikit Sos Tiram dan lada sula serta garam secukup rasa. Bila sudah hampir masak, saya masukkan sedikit sayuran yang ada, kobis dan carrot. Taburkan tahu yang sudah digoreng, siaplahh. Kalau ada minyak bijan, renjiskan sedikit pon sedap dan menaikkan lagi aromanya. Ni cara saya yang sempoi laa yer.. :)


2 comments:

Acik Erna said...

beehoon singapura adalah pilihan pertama acik..pi mana2 pun mesti cari beehoon ni..tapi tak semua kedai ada..kena jugak masak sendiri..

Shiela said...

Betul Acik Erna.. :)