Thursday, 1 December 2011

BAKED MACARONI


BAKED MACARONI ni makanan kegemaran Anak Tunggal saya, Farrah. Tak pernah tidak pada menu ni, dia suka sangat sangat. Thanx my dear fren Zai Eddie Hashim for sharing the recipe.. Moga diberkati ALLAH sentiasa.. Aminn..



BAHAN BAHAN :

Macaroni - 2 cups / 16oz (direbus hingga lembut)
500g daging kisar
Rempah kari - 3 sudu besar
Bawang merah 5 biji *
Bawang putih 3 biji *
Halia 1/2 inci *
1 sudu besar lada hitam *
(Semua bahan bertanda * ditumbuk)
Minyak utk menumis
Susu Cair Ideal 1 tin + 1/2 tin air
Sedikit daun sup / daun bawang
Sedikit bawang goreng
Telur 4 biji - dipukul
Garam secukup rasa (lbh kurang 2 sudu kecil)



CARA CARA :
Tumis bawang & rempah hingga garing dan naik bau
Masukkan daging kisar & goreng hingga masak
Masukkan susu cair dan air, masak sekejap
Masukkan macaroni dlm bekas & tuangkan bahan yg telah dimasak tadi, gaul hingga rata (boleh tambah cheddar cheese yg dah diparut skali (klu suka).
Masukkan dlm bekas pembakar, tuang telur yg dah dipukul  (tak perlu gaul, tuang rata2 kt atas macaroni tu). 
Boleh tabur cheese lagi kalau suka.
Taburkan daun sup & bawang goreng.
Bakar pd suhu 180C selama 50 min (bergantung pada saiz bekas)
Boleh juga letak Mushroom, Capsicum dan Tomato yang dipotong dadu, kalau suka. Selamat Mencuba.. :)


6 comments:

Shasha said...

SEDAAAAAAAAAAAPPP !!!!!!

So Shy Lady said...

lama t.buat ni....dh lupa dah haha
sdapnya kak,tngok gmbar pun dh gulp gulp ;)

Norshila Abd Rahman said...

hehee.. ni mmg cukup laris klu buat.. can try the recipe So Shy Lady :)

Shasha.. tenkiu dear.. :)

~Insan Biasa~ said...

try comment.....yummy...x daya setakat nengok jer kak oiii...kena mtk beli ven nih!!

~Insan Biasa~ said...

opsss...*oven....hahaha akhirnyaaaaaaaaaaa boleh komen dahhhh yebedabeduuuu!!!

Norshila Abd Rahman said...

haaa.. mintak, jgn tk mintak yer Insan Biasa.. ;D