Thursday, 15 December 2011

PULUT KUNING vs KARI TELUR Berkerisik



Pulut Kuning dengan Kari Telur ni saya buat masa besday anak saya aritu. Memang dah jadi tradisi org Jawa, keluarga sebelah suami saya untuk menyediakan juadah ini setiap tibanya hari lahir seseorang. Karinya mesti kari telur jugak, kari lain tak boleh. Kenapa?? Saya pon tak tau.. Saya dah cuba bertanya pada keluarga suami saya tapi mereka cakap, tak tau camne nak cakap atau explain dlm bahasa melayu.. duhhh.. tak payah nak pening pening kan kepala lah, yang penting Pulut Kuning ni memang sangat sedap dimakan dengan Kari Telur ni sudah.. hehee.. :P




Untuk menyediakan Pulut Kuning ni, memula 1kg pulut yang telah dibersihkan tu hendaklah direndam bersama sedikit serbuk kunyit dan sekeping asam keping, seeloknya semalaman baru dia betul kembang dan warna kuning tu akan serap dengan cantek. Asam keping tu untuk mengilatkan pulut tu bila sudah dimasak nanti. Keesokan paginya, pulut tu dibilas sekali dan dikukus sehingga 3/4 masak atau masak sepenuhnya. Sambil tu masak 400ml santan pekat dengan beberapa helai daun pandan dan 3 sudu kecil garam (ikut citarasa) dengan api perlahan hingga mendidih.

Kemudian keluarkan dulu pulut dari kukusan dan gaul rata bersama santan tadi. Tuang santan tu sedikit demi sedikit dan biar dia serap sekejap dan Siap.. Boleh juga kalau nak kukus balik sekejap tapi saya yang menurut perintah Mak saya, tidak suka kukus lagi selepas dibagi santan tu. Nanti manis dia hilang. Lagipun santan tu pun kita dah masak pun tadi. So, terus hidangkan atau boleh juga dimasukkann dalam acuan untuk mencantikkan lagi hidangan kita.




Kari Telur ni pulak, macam kari biasa jugak cuma yang lainnya saya ada letak kerisik dan serai. Jom nengok cane saya buadnya.. :)

BAHAN BAHAN :
10 biji Telur Rebus
3 biji Ubi Kentang (dibelah 4)
300ml Santan
600ml Air (blh adjust ikut kepekatan yg suka)
5 sudu besar Rempah Kari Daging
6-8 ulas Bawang Merah*
3 ulas Bawang Putih*
1 inci Halia*
3 sudu Besar Kerisik
2 sudu Besar Tomato Puree
1 cawan Minyak utk menumis
2-3 batang Serai (dititik)
2 kuntum Bunga Lawang
3 biji Buah Pelaga
Sedikit Kulit Kayu Manis
Sedikit Daun Kari
Garam secukup Rasa
Hiasan : boleh bubuh buah Tomato
Tumbuk atau blend semua bhn bertanda *




CARA CARA :
Mula mula panaskan minyak dan tumis serai, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian tumis pula bahan yang telah ditumbuk atau diblend tadi hingga kuning keemasan. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes dan daun kari. Tumis dengan api perlahan supaya rempah tu tidak hangit dan pahit. Masukkan sedikit garam dulu. Bila rempah tu dah mula garing dan naik bau, masukkan tomato puree dan kerisik tadi dan masak sebentar. Selepas itu masukkan sedikit air dulu dikuti dengan ubi kentang dan telor. Bila ubi kentang hampir empuk masukkan pula santan. Teruskan memasak hingga menggelak, kemudian kecilkan jer api dan masak sekejap hingga terbit minyak. Barulaa cantek rupa kari kita tu nanti. Sebelum matikan api baru masukkan buah tomato yer. Kari ni bagi dia pekat sikit, baru laa kick makan dengan Pulut Kuning tu. Haaa.. sempoi jer kannn.. Cubalaa.. Tak payah tunggu besday. Sesekali sedap jugak makan Pulut Kuning dengan Kari Telur ni. Selalu takleh laa.. Bahayaa.. ;D


4 comments:

ROHAH said...

Salam kak, cantikkknya deco pulut ni..terliur gak tgk kari telur tu..

Liza said...

makan pulut ngan kari telur yg sedap tuuuu....terliur la pulak...

cik cek said...

Nampak cantik je pulut kuning tu....emmm...memang best makan ngan kari telur...:)

Shiela said...

wsalam Rohah.. terimakaseh Liza n cik cek.. mmg sedap ni.. alhamdulillah.. :)