Tuesday, 6 December 2011

Rosemary Grilled Chicken with Black Pepper Sauce


Pagi tadi agak blurr, tak tahu nak masak apa dahh.. Belek belek blog update, tiba tiba ternampak resepi ROSEMARY GRILLED CHICKEN dari blog Dapurmamasya yang agak menggoncang jiwaku.. hehee.. Apa apa pon terimakaseh banyak banyak pada blogger yg sudi berkongsi resepi ni. Moga diberkati Allah.

Bahan bahan utk marinade macam ada jer dalam rumah, black pepper sauce yg saya buat aritu pon masih ada lagi.. hurmm.. kira ON jelah kann.. bolehlah kurangkan pengambilan nasi kan.



BAHAN BAHAN :
1 ekor ayam 
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan
2 sudu besar jus limau- guna limau nipis
3 sudu besar olive oil
2 btg jagung
2 biji tomato
6 biji baby carot - guna karot biasa dibelah
sedikit mentega - utk sapu atas ayam


CARA PENYEDIAAN : 
Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan.
Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
Masukkan lebihan minyak zaitun (masa menggoreng bawang putih) tadi, gula perang, kiub ayam yg dihancurkan, garam dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi.
Gaulkan semua rempah tumbuk bersama ayam dan perap dalam petisejuk beberapa jam.
Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada Jagung.
Susun ayam, jagung, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam atau bakar sampai masak guna api atas bawah. Kemudian tambah lagi 5-10 minit guna api atas sahaja utk menggaringkan sikit ayam tu.


Alhamdulillah.. sedap sungguh rasanya.. Lepas tu siram pulak dgn Black Pepper Sauce kann.. mmg mantopp lah.. Jom tengok recipe BLACK PEPPER SAUCE pulak. Resepi ni saya dapat dari seorang teman lama.. Mmm.. rindu pulak kat dia. Moga dia bahagia dan dirahmati Allah sentiasa..

BAHAN BAHAN :
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan freshmilk
Segenggam black pepper yg ditumbuk kasar
2 sudu besar sliced mushroom
2 susu besar kicap
Garam secukup rasa
2 sudu besar beef stock


CARA CARA :
Cairkan butter dlm saucepan. Bila butter cair masukkan tepung, kacau rata. Bila dah berbuih2 gitu masukkan freshmilk, black pepper, mushroom & beef stock. Kacau sehingga agak pekat. Masukkan kicap dan perisakan dgn garam. Matikan api selepas menggelegak. Ikut suka la sos tu nak buat pekat mana.

No comments: