Sunday, 19 February 2012

NASI GORENG Cendawan Shitake JALA Bocorku


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat yang Semua :)


Hmm.. Lawak tak bunyi nama Nasi Goreng saya malam ni.. hehee.. Sebenarnya saya teringin nak buat telur dadar tu macam roti jala tikar menggunakan botol muncung tiga yang saya beli dari teman fb saya Reen. Tapi tahlaa.. telur tu kan cair gamaknya, tu yang ilang cerita tikar jadi jala bocor dan koyak rabak.. hahahaa.. Tapi saya nak jugalaa berkongsi kegagalan saya dgn kengkawan semua. Untung untung kalau ada yang boleh mencuba dgn lebih baik, boleh saya tumpang sepinggan kan. Sebenarnya, saya nak tambah tepung bagi pekat lagi tadi, tapi suami saya tak bagi laa pulak. Tak sedap katanya, kalau telur tu rasa tepung sangat nanti. Dia dok nengok saya masak tadi, takleh nak cakap apa lah.. akur jerlah.. Nak dibuang putih telur tu sikit, cam sayanglaa pulak.. rezeki tu.. tak pun dah nak kena mereka menu lain lak tuk putih telur tu.. Malas laa pulak.. Apa apa jerlah.. janji masuk perut, sedap dan kenyang dah laa kann...





Kalau nak tau camner tangan yang tak berbedong ni buat tadi, jap saya story yer.. ;)

BAHAN TELUR :
4 biji Telur Ayam
2 sudu besar Tepung Gandum
1 sudu kecil Garam
Sedikit Lada Sulah

Pukul ringan telur, garam dan lada sulah. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam tepung gandum dan pukul ringan (dengan garpu jer) hingga rata dan mesra. Kemudian masukkan ke dalam botol muncung tiga tu dan masakkan di atas kuali leper. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Boleh dapat dalam 4 keping jala telur.





BAHAN NASI :
2 pot Beras dimasak (Nasi)
4-5 kuntum Cendawan Shitake (direndam dgn air panas)
200 gm Udang (atau apa jer yg suka)
5-6 ulas Bawang Merah *
3 ulas Bawang Putih *
10 batang Cilipadi (ikut nk pedas camne)*
1 sudu makan Sos Tiram
1/2 batang Carrot (diricih halus)
Sedikit Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan yang bertanda (*) yang telah ditumbuk sehingga keperangan. Masukkan cendawan shitake yg telah dihiris,udang dan sos tiram, masak sebentar. Kemudian masukkan carrot dan diikuti dengan nasi yang telah dileraikan. Bubuh garam secukup rasa dan masak dengan api perlahan sehingga betul betul mesra dan rasa dia dah 'IN' lah.. hehee..
Akhir sekali bolehlah letakkan sedikit nasi goreng tu di atas jala telur tadi dan gulung perlahan. Hiaskan dengan apa jer yang suka atau ada dan bolehlah dihidangkan. Senang kann.. tapi ni jerlah ghupa yang saya dapat hasilkan.. huhuu.. Jadilah untuk kami tiga beranak.. Alhamdulillah.. :)


5 comments:

sHa AhM@d said...

bestnyer...ada je idea..

Shiela said...

hehee.. saja suka suka sHa.. :)

rahel said...

Kalau ada nasi goreng cam ni..memang best sangat.Rahel suka makan nasi goreng,tapi kena ada teh panas..memang serasi bersama.

Shiela said...

waa.. memang serasi bersama betul tu Rahel.. :)

+kasih+ said...

Sedaplah.. kasih dah cuba buat.. cuma kasih tukarkan udang tuh ngn ikan bilis.. hubby kasih pun suka... thanks share resepi yang mudah nie..