Saturday, 14 January 2012

Cotton Soft JAPANESE CHEESE CAKE



Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu Semua   :)

Cepat betul rasanya masa berlalu, sekejap jer dah ujung minggu lagi kann. Mudah mudahan kita dilindulingi dan dirahmati Allah sentiasa serta diberi petunjuk dan hidayah sentiasa. Ameenn..




Tadi intai intai dalam fridge, nampak stock Cream Cheese yang 250gm tu adalaa lagi sebuku. Kebetulan cake kat dalam umah pon dah kehabisan. Pikir punya pikir akhirnya amik keputusan buad COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE jerlah. Lama sungguh dah simpan resepi ni, asyik tertunda jer nak buadnya.. Ada jer Cake lain yang potong queue. Tapi tulah.. Saya mohon maaf banyak banyak sebab dah lupa dari mana sumber resepi ni. Aritu Lappy saya ada problem, file recipe saya cam kena virus. Bila suami saya reformat banyak benda yang ilang dan tak dapat diselamatkan. Apa apa pon mohon dihalalkan yer resepi yang sangat sedap ni. Moga diberkati Allah.. 




BAHAN A :
250 gm Cream Cheese
50 gm Butter
150 ml Susu Segar
6 biji Kuning Telur
1 sudu besar Jus Lemon
1/4 sudu kecil Garam
60 gm Superfine Flour
20 gm Tepung Jagung

BAHAN B :
150 gm Gula Kaster
6 biji Putih Telur 
1 sudu besar Jus Lemon

TIPs : Asingkan telur putih dan kuning ketika telur baru keluar dari fridge. Lebih mudah untuk diasingkan kerana telur agak keras dan juga buang tali pusatnya supaya tidak hanyir cake kita nanti.




1. Untuk BAHAN A :
Cairkan cream cheese, butter dan susu segar dengan cara double boil. Sejukkan sebentar. Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan garam dan jus lemon, gaul sebati. Masukkan adunan cheese yang telah dicairkan dan disejukkan tadi dan gaul rata dgn menggunakan senduk kayu jer. Kemudian masukkan tepung superfine dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati. Saya guna tangan jer.. Petua dari pakar, kalau nak hasil yang terbaekk.. guna tangan jer.. Alhamdulillah.. saya cuba, menjadi pulak. Cuma kalau ada tepung yang berkutil sikit sikit tu saya tapiskan.




2. Untuk BAHAN B :
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih berbuih (foamy). Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

** PENTING: Pastikan mixer kering dan betul betul bersih terutamanya dari berminyak. Putih telur mestilah pada suhu bilik dan jangan ada sedikit pun kuning telur yang termasuk semasa mengasingkannya. Kalau tak nanti tak menjadi.


~~ Gambar diambil setelah semalaman dalam fridge.. sedap jugak makan sejuk sejuk ~~


3. Campurkan adunan Bahan A ke dalam adunan Bahan B dan kacau hingga sebati (Saya guna tangan gak taww). Sediakan bekas atau loyang yang bersesuaian untuk bake. Saya guna removable loyang anggaran size berdiameter 8in. Bagi cake yang soft camni, cadangkan guna bekas yang removable supaya senang untuk dikeluarkan tanpa menjejaskan rupa cake. Tapi jangan lupa balut bawah loyang tu dengan aluminium foil sebab kita akan bakar dengan kaedah bain marie atau steambath takut masuk air nanti. Tak perlu griskan loyang sebab ini akan menyebabkan cake turun selepas dibakar. Masukkan jer dalam bekas yang removable ataupun kalau takder balutkan jer loyang dengan aluminium foil sebelum dituang ke dalam bekas.




4. Panaskan oven terlebih dahulu dalam lebih kurang 10 minit. Bakar selama lebih kurang satu jam dengan kaedah bain marie atau steambath pada suhu 160 deg Celcius atau mengikut kapasiti oven memasing hingga masak. Saya letakkan pada tingkat yang bawah sekali menggunakan api atas bawah. Setelah masak jangan terus keluarkan dari oven yer. Renggangkan sedikit dulu pintu oven tu sedikit dan lalukan keliling cake tu dengan pisau. Ini adalah juga satu petua supaya cake tu tidak turun balik. Kemudian biarkan dia sejuk sebentar di dalam oven selama lebih kurang 15-20 minit dulu sebelum dikeluarkan. Kalau terus dikeluarkan dari oven, dia akan mendap atau turun nanti.

** Note : Kaedah Bain Marie atau Steambath maksudnya, kita letakkan loyang cake tu dalam tray yang berisi air panas MENDIDIH dulu dan terus bakar dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu.



~~ SELAMAT MENCUBA ~~


17 comments:

rahel said...

Memang cantek betul kejadiannya kek tu..tergoda lagi...macam nak buat lagi..hihihi..amik resepi dulu ek...tima kasih cayang...

Kak Noor said...

Sempurna kek cheese ini. Bersesuaian dengan namanya cotton soft... Anak-anak Kak Noor suka sangat cheese kek. Anak sulung Kak Noor pernah buat tapi x berapa nak menjadi. Nanti Kak Noor nak cuba guna resepi ini. Harap-harap menjadilah. Mohon kongsi resepi ini dalam blog Kak Noor ye! Resepi saja... not the picture. Lagi satu Kak Noor nak tanya Cream Cheese Philadelphia tu HALAL tak?

Shiela said...

Terima kasih kembali Rahel cayang.. :)

Shiela said...

Alhamdulillah Kak Noor.. Cheese Philadelphia tu setakat yg saya maklum halal lah dan ada chop halal. Ia keluaran KRAFT. Insyaallah.. Tapi kalau guna jenama lain pon boleh ajer.. janji Cream Cheese.

Anonymous said...

Looks good & appetizing
puan...kalau tk salah saya ini resepi dari alma@myresipi.com

Rohah said...

Dapat satu pun jadilah..

Shiela said...

owhh resepi dr Alma yer.. Terima kaseh byk2 pada tuan punya resepi yg sedap sgt ni.. :)

Rohah.. Rohah mesti blh buat ni.. senang n cepat jer.. :)

LinRosly said...

Assalamualaikum...Shiela

*Salam perkenalan dari Kak Lin..Tgk jer dah nampak sedap...apa tak lagi kalau dapat rasa...

Shiela said...

Wsalam Kak Lin.. :)
Alhamdulillah.. mmg sedap.. saya pun baru mencuba.. :)

Rum said...

Beb, gebus gilosss. Suma menjadik jer apa yg mu buat...congrats!!!

Shiela said...

tenkiu tenkiu Rum.. :)

Sajian Kasih said...

kak shiela, sya tengah menunggu cheese kek sya ni masak guna resepi ni,.. aduh berdebar kak.. hihihi

Shiela said...

Sajian Kasih.. maaf akak baru perasan yr comment ni.. macam mana cake tu? okay ker..

Rohah said...

gebunya kek ni kakak, sy pun nak simpan gak resepi ni erkkk..kasi dia Q juga..hehe

zila norazila said...

salam kak shiela..
dh bbrapa hari tk jgk blog akk..masakan best2 tue..sedapnya kakzila pun keep resepi jgk..lapp u:))

Anonymous said...

Thanks for the recipe. I love it. May Allah bless you.

nadiahhussain said...

Salam kak, saya baru try resepi. Sedap sangat alhamdulillah. Moga dipermudahkan rezeki akak.