Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua :)
Alhamdulillah dengan izin Allah saya masih kita jumpa lagi. Sebelum saya membebel panjang panjang kan, mula mula sekali saya ingin merakamkan setinggi tinggi terima kaseh kepada teman teman yang telah menghantar message kepada saya atas sokongan dan terhadap blog Spice Journey yang tak seberapa ini. Syukur sangat sangat.. Dan itu jugalah yang membakar semangat saya untuk meneruskan perjalanan ini selagi termampu dan terdaya. Mudah mudahan dipermudahkan sentiasa.
Okaylah arini takleh bebel panjang panjang, En Somi ada umah. Japgi saya dah nak ke dapoq. Ni cuma saya nak berkongsi lah dengan kengkawan satu resepi yang saya reka reka sendiri dan saya bagi nama Roselle Cheese Brownies. Actually, saya memang teringin nak makan red velvet cake tapi malasnya nak buah cheese frosting bagai tu. Maka saya jadikan brownies jerlaa. Tapi bila memikirkan penggunaan pewarna merah yang agak banyak digunakan untuk memerahkannya, saya agak kurengglaa sikit. Tak berapa sukalaa guna artificial color ni banyak banyak. Tetiba teringat pulak pada buah Roselle. Selalu saya cuma rebus dan minum airnya sahaja. Suka sangat, banyak khasiatnya kann.. Elok jugak kalau digantikan dengan pewarna merah tu kann.. Selamat sikit rasanya. Bukan apa, kengkadang saya makan RVC kat luar sampai terasa pahit dek color atau pewarna merah yang terlebeh tu. Tak suka laa..
Kalaulah kengkawan boleh dapat atau jumpa buah Roselle bolehlaa mencuba, memang berbaloi baloi.. sedap sangattt.. Anak dan suami saya pun suka sangat. Suami saya sampai siap pesan sebelum gi keje aritu, "Jangan abiskan Brownies tu yer, nanti balik kang saya nak makan lagi.. sedaplah".. hehee.. seronok dan kembang setaman lah kejap rasanya hati ni. hehehh.. mesti laa kann.. ;D
BAHAN BROWNIES :
100 gm Buah Roselle
2 cawan Air
250 gm Butter
1/4 cawan Minyak Zaitun
2 sudu besar Serbuk Koko
1 cawan Susu Sejat
1 1/4 cawan Gula Kaster
3 biji Telur
2 cawan Tepung Cake
1 sudu teh Vanilla ekstrak
1 sudu teh Soda Bicarbonate
1 sudu teh Cuka
1/4 sudu kecil red gel paste (saya guna Wilton food coloring)
** Buah Roselle tu ditimbang setelah dibuang bijinya yer kengkawan.
** Utk buad tepung Cake sendiri, bagi sukatan 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan penuhkan selebihnya dengan tepung gandum.
BAHAN CHEESE :
300 gm Cream Cheese
1 cawan Gula Icing
1 biji Telur gred B
1 sudu besar jus Lemon
CARA MEMBUATNYA :
Mula mula kita masak buah Roselle yang telah dibuang bijinya dengan 2 cawan air tadi sehingga menjadi 1/4 cawan dengan api perlahan. Ia akan jadi cam jus Roselle yg pekat dan merah sangat. Tapiskan dan sejukkan sebentar.
Kemudian lenserkan loyang/bekas untuk membakar berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega atau boleh juga bubuh baking paper jer. Panaskan oven pada suhu 175C selama lebih kurang 10 minit.
UNTUK BROWNIES :
Cairkan mentega dan minyak zaitun (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair dan sejukkan sebentar. Ayak tepung cake yang kita buat tadi bersama serbuk koko. Kacau gula kaster dan telur dengan whisk tangan hingga sebati. Masukkan mentega dan minyak zaitun yg telah dicairkan tadi dan gaul sebati. Kemudian masukkan susu cair dan jus roselle tadi, gaul hingga mesra. Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Jikalau suka, boleh juga dibubuh sedikit pewarna merah untuk menaikkan lagi warnanya. Saya bubuh Wilton Red gel paste ujung sudu kecil jer. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 2-3 sudu besar untuk dibuat corak atas cheese tu nanti. Akhir sekali, campurkan soda bicarbornat dan cuka di dalam bekas kecil, kacau dan tuang cepat cepat ke dalam cake. Gaul rata dengan pantas, tuang ke dalam loyang tadi dan terus bakar dalam 40-50 minit pada suhu 175C (bergantung pada oven masing masing gak yer) atau hingga brownies masak.
UNTUK CHEESE TOPPING :
Putar cream cheese dan gula icing hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Kemudian masukkan jus lemon dan putar hingga sebati. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg dan kemudian lorekkan mengikut creativity memasing. Sambung membakar selama 20-30 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul betul sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan.
Brownies ni juga yang saya suka, ianya senang untuk disimpan. Tak perlu simpan dalam fridge melainkan kalau nak simpan lama sangatlaa kan. Setakat ni, saya simpan dalam bekas yang kedap udara pada suhu bilik selama 2 hari pon masih eloq jer fresh. Malah makin sedap. Tapi kalau lebih dari 2 hari tu saya tak taulaa yer sebab selalu tu tak sempat lebih lama dari tu. SELAMAT MENCUBA.
Brownies ni juga yang saya suka, ianya senang untuk disimpan. Tak perlu simpan dalam fridge melainkan kalau nak simpan lama sangatlaa kan. Setakat ni, saya simpan dalam bekas yang kedap udara pada suhu bilik selama 2 hari pon masih eloq jer fresh. Malah makin sedap. Tapi kalau lebih dari 2 hari tu saya tak taulaa yer sebab selalu tu tak sempat lebih lama dari tu. SELAMAT MENCUBA.
12 comments:
asslm kak...
hmm mmg nmpk mnarik brownies tu...
spi sya ttarik2 jugak ni...
nti nk cuba juga la...
tq yea kak resepi
cantik warna brownie nampak kemerahan buah roselle.
mcm RVC pun yer jugak..
dulu kat kampung bersepah buah roselle..tak tau nak buat apa..
Shiela...rasa2nya gue nak singgah umah la..nak cuit2 cheese brownies yang cantek mewah tu...
mmg terguda gak dgn ayat2 shiela tu.. teringin nk rasa kene puji2an en hb.. hihihi.. kene ke kebun kt kg baru jumpa sirossel ..
Salam...
Rasa ur kek mesti sedap mcm rupanya yg.mengoda...Pujian utk ur work nampak kemas n rapi.
As'salam Sheila
buah rossel ni setahu k.ct hanya buat air jer, tapi bila dah boleh dibuat pewarna kek, eemmm..memang seronoklah dengarnya.
dulu masa duk di JB ada juga tanam pokok ni kat depan rumah. bila nak buat air jer petik rebus jadilah pewarna merah..memang sedaplah kan. bila tengok brownies ni lagi2 sedapnya :)
Wsalam dan terima kaseh semua.. Cubalah.. insyaallah sedap dan murah jugak buah roselle tu kann.. :)
Hi Shiela,
Kat mana nk dapatkan buah roselle tu? Kalau tak dapat buah tu, bole gantikan dengan yang lain tak? contoh coklat ke...
Hi Lieya.. saya kat sini dapat roselle tu kat pasar jer.. boleh ajer kalau nk buat yg coklat.. cuba nengok resepi yg kat sini.. http://spicesjourney.blogspot.com/2012/01/dark-choc-cheese-brownies.html
Thanks kak shiela..t blh cuba..
Assalamualaikum kak shiela, kalau saya guna kordial roselle aci tak? Terima kasih :)
Post a Comment