Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu Semua. Alhamdulillah mood membaking datang balik bila anakanda tercinta balik weekend ni. Lama jugak saya tak buat Kek Baldu Merah aka RVC ni, tetiba teringinlaa pulak. Kebetulan ada member nyebut teringin nak makan, saya pun lagilah bersemangat nak membuatnya. Kalau tak kang, dekat sebulan dok dalam fridge tu.
Recipe ni dulu saya skodeng kat Joy of Baking tapi setelah beberapa kali mencuba saya adjust balik sikit sikit mengikut citarasa saya. Okaylah saya takleh bebel pepanjang kalini, semua ahli keluarga ada dirumah jadi kena gunakan betul betul quality time dengan keluarga tercinta kann.. Bukan senang dapat berkumpul anak beranak camni sekarang. Recipe ni juga asalnya dalam bahasa inggeris, saya cuba alih bahasakan ke bahasa malaysia semampu saya.
BAHAN BAHAN :
2 1/2 cawan Tepung Cake
1/2 sudu kecil Garam Halus
2 sudu kecil Serbuk Koko
1 cawan Unsalted High Quality Butter @ Suhu bilik
1 cawan Gula Kaster
3 biji Telur Size A
1 sudu kecil Vanilla Extract
1 1/2 cwn Buttermilk
1 sudu kecil Gel Pewarna Merah
1 sudu kecil Cuka/Jus Lemon
1 sudu kecil Baking Soda
BUTTERMILK saya lebih suka guna yang buat sendiri, cuma campurkan 1 cawan Yoghurt atau Sour Cream dengan 1/2 cawan Susu Sejat Ideal. Yoghurt juga boleh dibuat dengan mencampurkan 3 sudu besar Lemon Juice pada 1 cawan Susu Sejat Ideal dan kacau rata. Ia akan membeku sedikit dan terus masukkan dalam fridge dulu seketika. Sebaiknya kita sediakan terlebih dahulu sebelum mula membuat cake.
TEPUNG CAKE juga boleh dibuat sendiri. Untuk mendapat sukatan 1 cawan Tepung Cake, campurkan 2 sudu besar Tepung Jagung pada 3/4 cawan Tepung Gandum atau Tepung Superfine dan ayak. Tepung Cake juga BUKAN Tepung Naik Sendiri/Self Raising Flour. Jangan silap nanti lain jadi texture cake RVC.
Panaskan oven pada suhu 175C selama lebih kurang 10 minit dan griskan 2 loyang bulat berukuran 9 inci. Dalam mangkuk berasingan ayakkan tepung cake, garam dan serbuk koko dan ketepikan dulu. Dalam mangkuk electric mixer pula, pukul butter hingga lembut selama lebih kurang 1-2 minit. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang dan ringan lebih kurang 2-3 minit. Selepas itu masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebentar hingga kembang. Masukkan Vanilla extract dan pukul hingga sebati.
Dalam measuring cup kacau sebati Buttermilk (yoghurt, susu sejat dan gel pewarna makanan merah). Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan ke dalam adunan berselang seli dengan bahan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan garam tadi.
Campurkan baking soda dengan cuka dalam bekas kecil menjadi buih buih kecil. Tuangkan ke dalam adunan dan dengan pantas kacau rata dengan spatula. Kemudian dengan pantas juga bahagikan adunan kepada 2 bahagian, tuang ke dalam loyang pembakar. Bakar dalam oven dengan menggunakan api atas bawah pada suhu 175C selama 30-40 min atau mengikut kapasiti oven memasing. Setelah masak, sejukkan dulu atas jaring selama lebih kurang 10 minit dan kemudian terbalikkan. Sebaiknya mengikut pesanan recipe omputih ni juga, dibalut cake yang telah sejuk tadi dengan plastik dan masukkan ke dalam fridge selama 1 jam atau semalaman untuk memudahkan kerja membubuh filling dan cheese frosting pada cake.
Seterusnya kita buat CREAM CHEESE FROSTING pulak. Jika nak buat deco boleh gantikan Mascarpone Cheese tu dengan Butter dan tak perlu letak Whipping Cream TETAPI saya lebih suka dengan bahan dan cara di bawah. Ianya lebih sedap dan rasa seperti makan cake dengan eskrem jer.. Sedap bangettt.. Cuma kalau nak deco sikit sikit tu, saya masukkan sedikit dalam piping bag dan sejukkan dalam fridge sebentar sebelum dideco supaya dia keras sikit dan senang untuk dibentuk. Terpulanglah pada citarasa memasing, saya lebih mementingkan rasa yang sedap daripada rupanya.
CREAM CHEESE FROSTING :
250gm Cream Cheese @ Suhu Bilik
250gm Mascarpone Cheese @ Suhu Bilik
1 sudu kecil Vanilla Extract/Lemon Juice
1 cawan Gula Icing ~~ diayak
1/4 cawan UHT Whipping/Thickened Cream
Dalam mangkuk elektrik mixer, pukul cream cheese dan mascarpone cheese hingga halus. Masukkan vanilla extract dan gula icing hingga sebati dan halus. Kemudian masukkan cream dan pukul hingga cukup pekat untuk disapu. Boleh juga ditambah sedikit lagi gula icing jika perlu.
SELAMAT MENCUBA!!!.. ;)
18 comments:
Selamat petang kak shiela...
Lama saya x jln2 meng'skodeng blog, hehe...Nampak cantik cake akk, pasti rasanya pun sedap, tengok pun tau, hehe..
Selamat petang juga Lyn.. Terima kasih Lyn yg lebih pakar.. :)
nak sepotong kak he he sedapnya
rasa nak makan tp tu la takut nanti tak terhabis lak
wah cantiklah kak deconya tu special ni sb Fara ada ye
Mama sara nur.. cukup ker sepotong? hehee.. yerlaa kot, anak blk baru ada mood sikit kann.. :)
salam p'kenalan...
Boleh bg 3,4 potong..?
Klau s'potong rasanya x ckup...
Slm perkenalan...Wah... Tergodanyer.. Nanti nak try versi ni plak..tq..
http;//tarabozu2@blogspot.com/
jangan...jangan tergoda! :)
Pernh buat yg job tu.xbape gemo sgt.
Last2 suke yg bobby flay punya dlm throwdown dia tu
Yg tu mmg xmsm.
Xmnis sgt..
Aslmkum sis sheila.
kalau RVC mmg yummy....terasa nak mkn yg sis hidangkan ni.....nak buat lagi asyik tertangguh...
as salam kak shiela...
dah lama tak bw sini...
best tgk tekstur rvc...nti leh cuba :)thanks utk resepi...
slm Kak Shiela..
resepi leh krg dgn resepi yg biase QH gunakn tu...rvc ni mmg tbaek..sedap..xpnh jemu utk mcubanya..
kak,kita teringin juga nak buat RVC utk kali keduanya setelah gagal membuatnya kali pertama dulu..
Salam..masuk blog ni mmg ssh nk carik jn kluar..adoii rambang mata nk pilih yg mn satu..
salam syg kak shiela
rajinnn...tgok pun dah kecurr kak ..cantikk
sedapnya rv. kebelakangan ni 2 kali bundo buat. tak sempat nak snap gambr pun. Mood tadak. Mood makan ade je pulak tu. Heran betul...
Salam kak shiela. nampak best sangat kek ni.. mcm nk cuba. ~ Aliya :-)
askum sis,sy dah cuba resepi ni,menjadi tp sy x deco sb x suka mkan cream. ;)
Salam sis shiela..tengok rvc akk nie...teringin pula nk membuatnye versi kak shiela ni:)
Post a Comment