Thursday, 23 February 2012

MEE GORENG Basah HOLiau


Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua   :)

Apa khabar semua? Saya harap kengkawan semua sihat sihat dan hepi hepi sentiasa. Arini saya nak berkongsi laa resepi Mee Goreng Basah saya kat sini. Alahh.. Mee goreng jer pon kann.. rasanya semua orang dah tahu dan selalu buad kann.. Tapi kerana blog ini saya tulis khas untuk Anak tunggal saya Farrah, maka saya tulislaa jugak supaya senang jantung hati saya tu buat reference suatu hari nanti. Kalau ada kengkawan yang sudi nak berkongsi, pun boleyyy.. lagi saya hepi.. :D

Okaylah.. takleh nak sembang pepanjang, banyak lagi kerja nak buad ni. Jomlah kita pi ke Dapoq manis Dapoqku.. hehehh..





BAHAN BAHAN :
1/2 Kilo Mee Kuning
250 gm Udang (atau apa jer suka)
3 sudu besar Cili Mesin
1 sudu besar Kicap Mee (Tamin)
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos Tomato
2-3 keping Tahu (digoreng)
10 biji fishball (klu suka)
3/4 cawan Minyak utk menumis
2 cawan air atau secukupnya
Sayur ikut citarasa
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk Lada Sula

Bahan tumbuk :
5 ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia




CARA CARANYA :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga keperangan. Minyak untuk menumis mee goreng basah ni kita lebihkan sikit dari mee goreng biasa supaya dia basah cantek nanti. Guna minyak jagung selamat sikit. hehee..

Kemudian masukkan cili mesin, sedikit garam dan masak cili hingga garing dan hilang bau cili tu. Pastu bubuhlah kicap mee, Sos Tiram dan Sos Tomato. Masukkan Air dan bagi dia mesra seketika. Kemudian masukkan udang. Kalau nak tambah ayam pon boleh. Tapi kalau buh ayam, kena masuk ayam dulu laa kan pasal ayam lama sikit masaknya dari udang. Udang cam biasalah, takleh masak lelama sangat, nanti kecut tak sedap.

Okayy.. bila udang atau ayam tu sudah masak bolehlaa masukkan mee dan sayur sayuran. Kalau rasa nak basahkan lagi, boleh tambah sedikit lagi Air. Biarkan masak seketika dan bolehlaa dihidang. Taburkan dgn sedikit lada sula utk menaikkan baunya. Hiaskan lah dengan hirisan tomato, tahu goreng atau apa saja mengikut citarasa memasing. Kalau nak sedap lagi, taburkan dengan sedikit bawang goreng tapi yang sandiri bikin taww.. beli punyer, mana ada ummpphh.





Pergghh.. mutoi mutoi HOLiauuuu woooo.. Saya laa yang cakap.. heheh.. Mee Goreng Basah ni kena makan terus lepas goreng, kalau tak nanti dah sejuk dia kembang tak sedap dan tak basah dahh.


Nengok tu anak saya.. Memang tu lah hobi dia, bila ibu atau ayah dia makan mesti dia nak ngecek mintak disuapkan ke mulut dia. Tu dia tengah kacau ayah dia makan.. Apa apa pon Ibu dan Ayah sayang Gurl sangat sangat taww.. cam lagu Mendiang Whitney Houston tu.. "Will Always Luv U".. Luv Uuu.. Luv Uuuu.. Sedap lagu tu kan.. One of my favourite song tu. Siap simpan duit belanja sekolah tu dulu nak beli keset dia.. Mana laa ada CD ker MP3 zaman ibu muda remaja dulu.. Yang ada tulaa Radio Keset bergerak Mak Tok jer, pon layan abiss.. Rasa cam Kevin Costner ada kat sebelah jer.. wahh.. ;D





~~ SELAMAT MENCUBA ~~


6 comments:

CitarasaKu said...

Salam...sedap la nampak mee goreng tu tambah lagi nampak pic girl girl yang sedang menjamu selera tu...bertambahlah rasa lapar..hha

Shiela said...

Wsalam.. maseh CitarasaKu.. :)

Qasey Honey said...

asslm...
nmpk sggh meyelerakan...
lagi2 tgk gmbr yg tgh bersuap tu...
tliur dibuatnya...hehehe

Shiela said...

hehee.. Wsalam Qaseh Honey.. :)

Rohah said...

Sebut je mee, memang saya sambar je..Hooliauuu, eh,,,betul ke ejaannya nie..

Shiela said...

kira okay jer laa tu Rohah.. janji ader munyikk.. hehee.. :)