Friday 17 February 2012

SPAGHETTI BOLOGNESE.. SemPOi


Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat Semua   :)

Nampaknya hujung minggu hampir tiba lagi. Cepat sungguh masa berlalu. Malam tadi, sebenarnya saya plan taknak masak. Saya dan anak saya memang kurang makan belah malam tapi bila dengar suara Kekande dalam talipon tadi cam lemah jer bila suh makan luar tak sampai hati pulak rasanya. Dia pon taklah merungut atau marah, kerana selama saya menjadi isterinya dia memang seorang suami yang tak pernah memaksa saya melakukan sesuatu. Cuma agak kesianlaa pulak, berkata jugak dalam hati ni, kejam ker aku? kesian pulak.. teruslah ke dapo selepas solat maghrib tadi tinjau apa yang ada.




Nak masak nasi cam heavy sangat pulak.. tetiba terpandang spaghetti yang masih ada stock, jadilah.. Bahan bahan pun adalaa sikit sikit kat dapo tu. SPAGHETTI BOLOGNESE jer lah nampaknya yang senang dan cepat. Mulalah operasi.. kekande dah nak sampai tu..




BAHAN BAHAN :
500gm Spaghetti
500gm Daging/Ayam Kisar
200gm Tomato Paste
200gm sliced Mushroom
2 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
5-6 helai Bay Leaves
Sedikit Oregano
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Olive Oil utk menumis
Sedikit Daun Ketumbar
Sedikit Parmesan Cheese (utk tabur)
Garam dan Gula secukup rasa





CARA CARA:
Mula mula rebus Spaghetti dgn sedikit olive oil dan garam hingga lembut.
Tumiskan bawang besar dan putih yg dah dichopped sampai layu.
Masukkan daging kisar, sedikit garam dan lada sulah goreng hingga masak.
Masukkan mushroom, oregano n bayleaves, goreng hingga naik bau
Kemudian masukkan tomato paste dan goreng sekejap. Bubuh sedikit air
Masak hingga mendidih dan biarkan pekat sedikit.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Bolehlah dihidangkan.
Taburkan sedikit daun ketumbar yang dihiris halus dan juga parmesan cheese.




Ni cara saya yang sempoi dan emergency tadi laa.. kalau nak nengok yang lagi proper boleh jengok ke entry saya yang terdahulu 'Spaghetti Bolognese with Meatball' ni link dia http://spicesjourney.blogspot.com/2011/12/spaghetti-bolognese-with-meatball.html.

SELAMAT MENCUBA   (",)



10 comments:

Amie said...

Selamat pagi Sheila,
bukan lagi sempoi tu.... dah cukup lengkaplah tu! Sedapkan!

rahel said...

Selamat pagi Sheila,bila tengok spageti ni,teringat lagi spageti kat pizza hut tu,memang sama betul.

Shiela said...

Terima kaseh Rahel dan Amie.. Assalam dan Selamat pagi juga.. :)

Unknown said...

Salam kenal Sheila..besar pahala tu kita masak utk suami. Kesian kat dia pun dah dpt pahala, apa lagi memasak dan lain2. Akak pun selalu plan taknak masak tp bila fikirkan suami, gagahkan juga kedapur.

Shiela said...

Wsalam kak Zana.. tulaa tu.. malas malas pon gagahkan jugak lah kan.. :)

Azlita Aziz said...

salam Shiela..

Baru pertama kali singah sini.. menarik2 resepi dlm blog shiela ni.. nanti bolehlah akak cuba ye..

Shiela said...

Wsalam kak Azlita Aziz.. Ya Allah.. terharunya saya, akak sudi singgah kt dapo saya yg tak seberapa ni.. Selama ni akak laa idola saya.. Terima kaseh kak.. :)

Ayam said...

salam, saya pun suka makan spaghetti nie senang di uruskan takala emergency. Apapun janji kencang dan sedap.

Ummi said...

Sheila...akak goreng meehoon jek pg ni...meh tukar la dgn spaghetti bolognese ni...nampak menyelerakan laaa.. happy weekend Sheila..

Shiela said...

boleh kak Ummi.. jom kita tukar sesama suke yer.. hehee.. thanks akak Ummi cayangg.. :)