Friday, 18 May 2012

Aneka Rupa PUDING ROTI


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat Semua  :)

Sejak kebelakangan ni cuaca panas sungguh kann.. Payah sungguh hujan nak turun kat tempat saya ni, takat hujan renyai sekali lalu jer. Bukan nak merungut yer.. tapi tulaa qesahnyaa.. Dengan cuaca sebegini yang sedapnya kalau dapat makan yang sejuk sejuk tu.. sedap jer nyaman lalu kat tekak kann.. 




Kebetulan selalu ada jer roti yang tak habis, tu yang dari membazir eloklaa dijadikan PUDING ROTI. Sedap dan sangat mudah jer membuatnya. Selain itu berbagai bentuk pilihan boleh kita buat ikut kerajinan masing masing. Jom nengok resepinya.. Sempoiii.. 




~~ BAHAN BAHAN ~~

3 keping Roti Gardenia
1 tin Susu Cair
1/2 cawan Susu Pekat Manis
2 biji Telur
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Tepung Kastard
*Semua bahan-bahan diatas di blend*
*Semua bahan-bahan di bawah di masak sehingga hancur*
1 paket Agar-Agar strip 20 gm (direndam dulu)
1 litre Air
1 cawan Gula Pasir
Pewarna ikut suka




Masak agar-agar strip bersama gula dan air sehingga hancur. 
Tutup api dan tapis agar agar takut ada yg tak hancur..
Blend semua bahan utk di blend tu hingga sebati dan masukkan ke dlm agar agar tadi. Sambung masak dengan api kecil hingga mendidih tapi kena sentiasa kacau supaya tak hangus di bahagian bawah dia.
Bila dah masak, bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. Bubuh warna mengikut citarasa sendiri.
Letakkan satu senduk setiap warna di dalam loyang @ bekas berselang seli sehingga habis. Ni cara untuk yang berbelang tu, pastu tarik ngan lidi atau pisau ke tepi bekas.
Sejukkan sebelum disimpan di dalam fridge. Enak dihidangkan ketika sejuk @ chilled.

** Puding ni cepat keras. Sangat senang dan masa penyediaan pun singkat. 




Di sini saya nak berkongsi juga beberapa bentuk Puding Roti yang pernah saya buat ikut mood saya laa.. hehee..




~~ SELAMAT MENCUBA ~~

14 comments:

Asyifa Mustaffa said...

Salam sis shiela,
sy dah penah buat nie...tp sy sorang jer yg makannya...anak2 x brapa la sngt pulak...
jadinya...bila sy teringin..sy buat...yg bnyknya antar rmh orng...hehe...

Shiela said...

Wsalam Asyifa.. yeker? kat umah saya ni dorang suka pulak.. anak saya siap cakap cam ada nestum laa ibu.. hehee..

Mamasya said...

Salam Shiela.mcm2 bentuk puding roti ada..semua nampak menarik.mmg sedap mkn terutama musim panas....rasa nyaman je tekak.

Shiela said...

wsalam Mamasya.. betul tu. mmg nyaman jer rasa.. :)

Amie said...

Sheila....
banyaknya koleksi puding dia.... puaslah Amie datang menjamu mata dengan puding di sini!

Shiela said...

hehee.. maseh Amie sudi singgah jamu jamu mata.. :)

mama sara nur said...

assalam k.Sheila
wah sedapnya, terliur sy sblama tak makan puding2 he he
tp kat umah ni roti selalu habis nampaknya kena simpan sikit kalu nk buat
cantik mcm2 btk camni lagilah suker nak makan

Shiela said...

Wsalam mama sara nur.. Betul betul betul.. Kidnap sesiap kann.. :-)

Si Matatajam said...

Cam best. Mesti sedap kan

Mrs SufatihaNur said...

puding faveret sejak kecik lagi...

Gee® said...

waaaa...macam2 ada....sedapnyaaa

Shiela said...

sedap si Matatajam, Sufatihah n Gee.. :)

Baby wiewie said...
This comment has been removed by the author.
Mazwita Azi said...

Sedapnya kak, nak bt la ptg ni