Thursday, 9 May 2013

RED VELVET CHEESE BROWNIES


Assalamualaikum dan Salam Sayang buat Semua. Agak lama jugak kan saya tak update sebarang N3 kann.. Rindu jugak rasanya cuma saya agak sibuk kebelakangan ni dengan tempahan tempahan dari teman teman. Alhamdulillahh.. Rezeki dari Allah SWT. Terima kasih juga pada semua yang membuat tempahan. Harap berpuas hatilah dengan apa yang saya usahakan sebaik mungkin itu.

Sebagai menepati janji saya pada teman teman pada N3 ini saya akan kongsikan resepi RED VELVET CHEESE BROWNIES yang sangat ngetop permintaannya sekarang. Resepi ini adalah dari olahan saya sendiri setelah beberapa kali juga  try an error. Alhamdulillah feedback dari pelanggan pelanggan saya semuanya amat positif dan sangat berpuas hati. Kalau ada yang nak mencuba bolehlah rujuk resepi di bawah.




BAHAN BROWNIES :

250gm High Grade Butter (used SCS)
1/2 cawan Minyak Jagung
2 sudu besar Serbuk Koko
200 ml Natural Yoghurt
1 1/4 cawan Gula Kaster
2 biji Telur Grade A
2 cawan Tepung Cake
1 sudu teh Pure Vanilla ekstrak
1 sudu teh Soda Bicarbonate
1 sudu teh Cuka/Lemon Juice
1 sudu teh Wilton Red gel paste 

Note : Tepung Cake BUKAN Tepung Naik Sendiri/Self Raising Flour yer. Jangan SILAP nanti lain texturenya. Sebaiknya kita buat sendiri Tepung Cake, bagi sukatan 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan penuhkan selebihnya dengan tepung gandum. Ayak sebelum digunakan. Kandungan tepung jagung dalam Cake yang membuat rasanya lebih sedap. Selain itu pastikan menggunakan bahan yang berqualiti untuk mendapatkan Cake yang betul betul sedap.




CARA CARANYA :

Cairkan mentega dan minyak jagung (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair dan sejukkan sebentar. Ayak tepung cake yang kita buat tadi bersama serbuk koko. Dengan menggunakan elektrik mixer, pukul gula kaster dan telur hingga sebati. Masukkan mentega dan minyak jagung yang telah dicairkan tadi dan gaul sebati. Kemudian masukkan yoghurt yang telah dibancuh dengan gel pewarna merah, pukul sebentar hingga mesra. Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang vanilla extract, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 2-3 sudu besar untuk dibuat corak atas cheese tu nanti. Akhir sekali, campurkan soda bicarbornat dan cuka/lemon juice di dalam bekas kecil, kacau dan tuang cepat cepat ke dalam adunan. Gaul rata dengan pantas, tuang ke dalam loyang 4 segi bersaiz 9"x9" atau 10"x10" dan terus bakar dalam 40-50 minit pada suhu 175C (bergantung pada kapasiti oven masing masing) atau hingga brownies masak. Sementara menanti brownies masak kita boleh terus sediakan Lapisan Cheese.




BAHAN LAPISAN CHEESE :

350 gm Cream Cheese
1 cawan Gula Icing
1 biji Telur gred A
1 sudu besar jus Lemon

Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan. Tak perlu sejukkan brownies itu. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg dan kemudian lorekkan mengikut creativity memasing. Sambung membakar selama 30 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul betul sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan.


32 comments:

Gee® said...

Mabeles...mabeles...

Irfa said...

'emmm yummilices'
kata anak saya

Isma..... said...

guna loyang berapa inci ni.....

Zee Suhaini said...

tergoda tengok kek ni..cantik

Bbwana adienia said...

salam kak..

wow..rvcb tu looks so yummy..nyum2

Liza said...

cantiknyaa..

Anonymous said...

Extract vanilla kat mana leh dapat ye..stengah kedai bakery x de..susahny nk dpt..leh ganti ngn esen vanila x..

Shiela said...

Isma : guna loyang 9"x9" atau 10"x10" pun boleh..


Anony : boleh juga esen vanila tu tapi rasa dan harum dia tak sama..

mama sara nur said...

assalam k.sheila
cantiknya
rajinlah kak sheila

Sury Abil said...

Mengancam kak...mmg nk try buat...:-)
Terliur je bila asyik tgok kak sheila tayang kat fb..:-)

Mamasya said...

Aslmkum Sheila
menarik tengok RVC brownies ni....ada letak yogurt...itu nampak moist...sedapp. boleh cuba nanti...
byk tempahan kek tengok kat bawah itu...tahniah.moga terus maju....

zila norazila said...

salam rindu di angin lalu kak..;)))
mmg kemas dan nampak gebuss..smoga biz bertmbah lps nie tau kak..aminn

CT Delima said...

As'salam Shiela

Menarik untuk dicuba. Tr kasih berkongsi ilmu ya.

suhaida che zahari said...

hi sis, butter SCS tue brand ape ? thanks .. :)

Qasey Honey said...

cantik sggh la kak kejadian kek ni..

Amie said...

Assalamualaikum Sheila,
kalau dah begini cantik teksturnya, ditambah lagi dengan rupa parasnya yang nampak kemas... siapa yang tak puas hati Sheila! Amie yang jauh kat seberang laut ni pun teruja melihat hasil air tangan Sheila... seronoknya ikuti perkembangan Sheila dalam dunia bisnes...moga terus sukses ye darling! Try & error... I suka kata2 pegangan Sheila tu... betul!!!!

Anonymous said...

salam sheila, cantik sungguh kejadian kek tu... :) zila66

umi's cup cake said...

Assalamualaikum kak shiela,
resepi yang ditunggu2..terima kasih

Lisa H. said...

Beautiful bake :)

Rohah said...

Mcm nk tangkap dan masuk mulut

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak shiela..

Amboi kakkkk... warnanya mengancam habis ni kak...

Syuhairah Anuar said...

salam kak,
rasa da terpost kat entry yang lain la.huu
nak tanya, macam mana nak keluarkan kek tue kalau kita dah letakkan topping cheese atas tue erk?
sbb syuha just pakai loyang biasa je. tak boleh yang bukak tepi tue. takut nanti nak keluarkan kek rosak pulak nanti cheese tue.hee

Asyifa Mustaffa said...

as salam kak...
sy copy resepi ye...simpn dlu...nnti nak try buat...:-)

lola federer said...

agak2.kos nak buat ni berapa nya..? nmpk yummy..kena cuba.. thanks for sharing..

neini said...

salam kak, sy nak order camne ye? ada contact no?

Ummi said...

Sheila, akak terasa pulak nak cuba RVC marble brownies ni...izinkan akak ambik resepi eh...dulu pernah cuba resepi Maz Bahrain, ni kali nak try resepi Sheila lak...tq for sharing..muuahhh!

Anonymous said...

Assalam...nak minta izin share resepi...boleh ye..tq

lifeislikethat said...

Syukur Alhamdulilah saya jumpa seorang insan yg tulus dan telus...
amat susah nak jumpa insan yg tak lokek ilmu...semuga Allah berkati,redhai dan rahmati anda sekeluarga..Aminnnn


I will definitely try the recipe,insyaALLAH.

Terima kasih dari hati saya.
ana

Mas, Singapore said...

you are an amazing cook, sis! ive tried your bubur lambuk recipe for yesterday's iftar...sedap sangat!

Nur said...

Salam...
Nk tny 2sudu tpg jagung tu bg setiap cawan ke.....kira 2 cwn 4 sudu tpg jagung....
Tq....

Shiela said...

betul Nur

Emma said...

Salam sis, hr ni sy try buat rv cheese brownies ni. Mmg sedap sgt. Tq so much sbb sudi share resepi yg sgt fantastic bombastic ni. JazakAllahu khairan katheeran xoxo