Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua :)
Yayyyy.. Saya sampai New York dahh.. hehee.. Tekak ni punyalaa teragak nak makan cake tapi nak buat cake yang senang senang jer.. Tetiba semalam masa tengah skodeng skodeng lalu laa pulak resepi ni depan mata kat. Nengok cam senang jer, rasa bahan pun cam ade jer semua dalam umah.. Hmm.. Cantekkk.. Apa lagi?? Kalau mood nak membaking sudah mariiii, takleh tunggu tunggu lagi sebelum mood tu ilang.
Takleh nak bebel sangat, dah malam ni.. ngan tenet yang sangat lembabbbsss ni tah bila kalanya nak sudah ni.. Moga dipermudahkanlah usahaku malam ni. Seb baek ada pulak ~~Kuch Kuch Hota Hai~~ neman ni.. syiokk betul laa lagu lagu dia.. tak pernah jemu dengan cerita ni.. make me feel like dancing tooo.. maybe it goes in the blood too, kowtt.. Anyway, terima kaseh teman mukabuku ku Puteri Aida kerana share recipe ni,
cuma adalaa sikit sikit yang di adjust ikut selera dan kesesuaian saya.. Kayy.. Jom nengok resepinya.
BAHAN A (BASE) :
50 gm Biskut Marie ~~ dikisar halus
10 gm Original Nestum
50 gm Butter
Cairkan butter. Masukkan ke dalam biskut marie yg telah dikisar tadi
bersama nestum dan gaul rata.
Kemudian masukkan adunan biskut marie itu
ke dalam loyang yang digris atau dialas dgn baking
paper dan tekan padat. Biarkan di dalam peti sejuk selama 20-30 minit.
BAHAN B :
Satukan semua Bahan-bahan di atas dan pukul sehingga kembang bertanduk (soft peak).
BAHAN B :
3 biji Putih Telur
30 gm Gula Kastor
1/2 sudu teh Cream of Tartar
30 gm Gula Kastor
1/2 sudu teh Cream of Tartar
Satukan semua Bahan-bahan di atas dan pukul sehingga kembang bertanduk (soft peak).
250 gm Cream Cheese
70 gm Gula Kastor
3 biji Kuning telur
30 gm Tepung Jagung
3 biji Kuning telur
30 gm Tepung Jagung
2 sudu besar Sour Cream
1 sudu besar Lemon Juice
½ sudu teh Vanila Extract/Essense
Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik. Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga berkrim dan sebati.
Masukkan kuning telur satu per satu. Kemudian masukkan vanilla ekstrak/essence, yoghurt dan lemon juice. Pukul sebentar.
Slowkan speed dan masukkan pula tepung jagung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.
Seterusnya campurkan adunan BAHAN B tadi ke dalam adunan BAHAN C dan kacau dengan senduk kayu dengan cara kaup balik hingga agak rata dan sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang dan hentak hentakkan sedikit untuk kurangkan gelembung udara supaya cake kita tak banyak lubang lubang nanti. Bakar secara double boil pada suhu 170’C selama 50-60 minit atau bergantung pada kapasiti oven memasing. Kalau guna loyang yang removable cam saya ni, balut bahagian bawah loyang dengan aluminium foil supaya tidak masuk air. Size loyang yang bersesuaian untuk adunan ni adalah yang dalam 6 inci diameternya.
Kalau sudah masak jangan kuarkan
terus dari oven yer.. Renggangkan sekejap pintu oven dalam 10 minit camtu dulu.. Pastu lalukan dengan pisau keliling kek tu supaya dia tak turun sangat.
Biarkan kek sejuk dan masukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong. Seeloknya lebih kurang 5-6 jam. Kek ni sedap dimakan sejuk atau cam omputih cakap, Serve Chilled.
** Note : Kaedah Bain Marie atau Steambath maksudnya, kita letakkan loyang cake tu dalam tray yang berisi air panas MENDIDIH dan terus bakar dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu.
Boleh juga dihias dengan fresh cream atau apa jer kegemaran memasing. Kali ni saya serve dengan Blueberry Sauce yang saya buat sendiri. Caranya senang dan sempoi jer.. Jom nak stori.. :)
BLUEBERRY SAUCE :
1 cawan Buah Blueberry
2 sudu makan Gula ~~ ikut selera
1/4 cawan Air
1 sudu kecil Tepung Jagung *
1/4 cawan Air *
** bancuh sekali~~
Masak buah Blueberry bersama gula dan air. Kacau sentiasa hingga buah tu pecah dan gula larut.
Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kacau kacau sehingga agak pekat.
Sejukkan sebentar dan bolehlah dituangkan ke atas cake atau semasa hendak dihidangkan.
Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kacau kacau sehingga agak pekat.
Sejukkan sebentar dan bolehlah dituangkan ke atas cake atau semasa hendak dihidangkan.
Resepi ni nampak cam panjang kann.. tapi sebenarnya senang jer.. tak chaya cubalah.. Memang berbaloi baloi.. Seyyess sedap sangat sangat, langsung tak muak. Boleh dikatakan dalam banyak banyak cheese cake yang saya dah mencuba, ini yang paling saya suka. Memang saya recommend betul betul pada kengkawan untuk mencubanya. Saya pun rasa cam nak buat lagi. Dah licin yang saya buat ni. Alhamdulillah.. Suami dan anak pun suka sangat. Pertama kali buat cake boleh habis dalam sehari ni.
Di N3 kali ni juga saya ingin menyelitkan sedikit cerita suka saya di dunia masakan ni. Blog saya masuk Majalah JELITA keluaran Bulan Mei ni.. yeayyyy.. Actually, taklaa besar mana pun.. tapi bagi saya sudah saya terharu dan cukup gembira. Terasa segala usaha dan titik peluh saya selama ni dihargai juga walau tak jugak pernah lari dari kutukan dan sindiran. Apa apa pon yang saya terima selama ini, saya teruskan juga dengan niat yang seikhlas ikhlasnya ingin berkongsi dengan kengkawan yang berminat. Alhamdulillah sehingga ke hari ini masih ramai yang menyokong. Terima kasih yang tak terhingga teman teman.. Juga setinggi tinggi terima kasih juga pada Majalah Jelita kerana memberi ruang yang sangat bernilai dalam hidup saya.. Luv uols.. Muahhhhhh.. lebiu lebiuuuu.. (",)
17 comments:
Weeeeeeee sedapnya ciskek...lama x makan cis + kek camni...hehee. Macam takut nak makan, tp agaknya kalau Sheila letak dpn mata, lupa jer takut tu...terus berani makan punyer. Owh, salam tahniah jugak atas kemunculan blog Sheila di laman Jelita, biarpun sedikit ruangannya sudah cukup membuat kita rasa dihargai kan...Moga Spices Journey terus melangkah maju..!
saya pon dah lama tak makan cheese cake..ngidam rasanya..
Tahniah kak, masuk JELITA..
TAHNIAH yer kak...1 permulaan yg baik...
sedapnya tgk cheese cake tu...
Salam...cantik dan menarik. One of my favourite
Salam Sheila pertama2 tahniah dari akak ya masuk majalah Jelita,ramai nya geng blogger masuk majalah tahniah lah utk kalian semoga akan muncul lagi dikeluaran akan dtg..yang penting cheesecake tu lah menggoda sangatt sedapppppppp akak pernah buat sekali je pastu terus diam hehee
Sedapnya la nmpk ciz kek akak...
n
tahniah msuk jelita...
Tahniah ye kak Sheila.. Meletopzzz la blog akak ni lepas ni..hehehe
Cantik sgt gambar2 kek ni. Persentation yg cukup sempurna. Tgk gambar kek yg dah dipotong dgn lelehan blueberry toppingnya tu, sangat menggiurkan....
Tahniah kak.... Mest makin femes pas ni
mnitik2 air liur sy, kak haha....
tahniah ye moga trus bjaya ;D sy jeles btul ngan akk neh bila la nk pndai mcm ni ntah
assalam
sedapnye kak, suker sgt blueberry tu he he
tahniah k. Sheila td dah tgk kat Jelita he he
Salam kak..tahniah satu permulaan yg hebat...( u deserved that )
ni la kek faveret sy if pg secret recipe...konpem kena try ni...tq for sharing kak...
Terima kaseh yang tak terhingga buat semuaaaaa... Alhamdulillah.. moga kita sesama mendapat keberkatan dari Allah SWT.. Ameenn.. :)
saya dah cuba cheesecake ni..memang TERBAIK..
Terima kasih sudi berkongsi resepi
Terima kaseh Sally, sudi mencuba..
Slam ukhwah kak Shiela...tak tahannya sy tgk semua resepi2 akak...semuanya mengancam..rasa nk cuba semuanya esp ciskek tu!
maseh Ummiaisyah.. Selamat mencuba yer.. :)
salam sheila..kalu buat cake..butter u pakai brand per? butterlite or buttercup?? hehe..selalu konpius time nk beli butter nie..byk brand di pasaran..ada yg murah n mahal..
Post a Comment