Friday, 9 December 2011

CARROT CAKE with PECANs n WALNUTs



Alhamdulillah.. My 1st Attempt of CARROT CAKE boleh dikatakan berjaya laa jugak. Memang berbaloilah penat lelahku. Terima kaseh juga pada Aini Mazlina Mohd Noor yang sudi berkongsi resepi. Saya cuma tukar beberapa bahan ikut selera saya.




BAHAN BAHAN :

2 biji Carrot size sederhana (di parut halus) 
250gm Tepung Gandum 
200gm Gula Perang 
220gm Butter (cairkan) 
50gm Walnut 
50gm Pecan 
70gm Nenas kiub (dicincang)
4 biji Telur 
1 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Soda Bicarbonat 
1/4 sudu kecil serbuk Kulit Kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk Nutmeg




CARA CARA :

Sediakan loyang dan griskan. 
Saya guna dua loyang berukuran 8 inc supaya senang untuk dibuat dua layer. 
Panaskan oven pada suhu 180 celcius selama 10-15min. 
Bakar @ Panggang dulu sedikit dalam oven kacang pecan dan walnut dan dicincang.
Ayakkan tepung, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, soda dan baking powder bersama. 
Pukul telur dengan gula sampai gula hancur dan kembang kemudian masukkan butter yang telah dicairkan berselang seli dengan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Masukkan Carrot, Pecan, Walnut dan Nenas. Kemudian gaul hingga sekata. 
Bakar pada suhu 180 celcius selama 50-60 min atau hingga masak. Sejukkan kek sebentar, baru keluarkan dari loyang. 




Selepas kek sudah betul betul sejuk, bolehlah kita deco dengan Cream Cheese Frosting mengikut creativity sendiri. Saya punya camni jerlaa yang saya mampu. Comotnyerr laa haii.. memang keras tangan betol.. Jadilah utk makan family sendiri kann.. ni pon jenuh nak dapatkan takat rupa ni. hehehh..

Topping Cheese Cream Frosting :

250gm Cream Cheese
100ml Whipping Cream
50gm Gula Icing

Pukul cheese dengan gula hingga lembut berkrim dan sebati. Kemudian masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga kembang. Selepas itu bolehlah disapu atas cake itu dan deco mengikut creativity sendiri. Selamat Mencuba.. (",)





15 comments:

Rohah said...

Salam kak Shiela, memang sedap kek carrot nie..rindu pulak, dah lama tak buat..

Shiela said...

Wsalam Rohah.. sedap kan.. akak pon suka, sebab ada rasa rasa rempah tuu.. tak muak sgt makan..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
salam kenal dan salam ziarah
kek carrot fav, sedapkan...cantik deco..
saranur74 blogsport..

~Norul Mas Hana ~ said...

Salam kak shiela,
carot cake mmg best...cantik kek akak.. =)

Shiela said...

alaahaiii.. mekasehlaa Norul Mas Hana n mama sara nur.. akak bukan pandai sgt.. main buad jer.. :)

Kak Sam said...

Teringin sangat nak cuba tapi aura masih belum sampai lagi.

Shiela said...

takpe kak sam.. saya pon lama tunggu aura tu sampai.. hehee.. :)

Shiela said...

lupa plak tadi.. wsalamm Norul Mas Hana n Mama Sara Nur.. :)

Wattie said...

Assalamualaikum Sheila,
Singgah sini sebab terbekenan dengan penampila carrot cake, happy baking

Shiela said...

Wsalam.. terima kaseh Wattie.. :)

Hany Gallery said...

Salam.
Saya dah byk x juga buat carrot kek ni, tp tak pernah letak nenas, InsyaAllah nak cuba pulak resepi Sheila ni. Menarik sekali...

Shiela said...

Wsalamm.. maseh Hany.. :)

nelly said...

salam kenal kak Sheila , boleh tanya berapa gram carrot yg dipakai jika ditimbang?

Shiela said...

Salam Nelly.. :)
Alaahai sayang.. akak tak timbang laa pulak berapa gram.. just parut jer 2 btg carrot size sederhana jer..

Unknown said...

Salam kak , macam sedap jer kak buat