Thursday, 29 November 2012

NASI LEMAK PANDAN BERHALBA BUNGKUS DAUN PISANG.. GHAU GHAUU BAU DIA..



Wahhh.. Panjangnya tajuk.. Amekkoww.. hehee.. ASSALAMUALAIKUM.. Watper tu?? Cuaca Mendung jer sekarang kann.. Best jer sesejuk ni layan mata. Perot pun tak benti benti keroncong. Bila duduk duduk aritu tetiba saya teringat sangat nak makan Nasi Lemak yang dibungkus ngan daun pisang. Cam terbau bau harumnya tu. Lama betul saya tak jumpa yang bebetul sedap macam yang Mak saya buat meniaga dulu.

Nostalgia betul Nasi Lemak ni, saya membesar dengannya. Perjalanan hidup sebagai seorang anak pegawai polis berjawatan rendah dulu tidaklah mudah. Berapa jer gaji Abah dulu untuk melengkapi kehidupan kami seharian. Tak macam tanggagaji pegawai sekarang yang jauh lebih tinggi. Untuk menampung pendapatan keluarga Mak terpaksa menjual kuih muih dan nasik lemak. Ingat lagi, dulu balik sekolah kena lap daun pisang dan gunting sesiap tuk memudahkan Mak membungkus nasi lemak seawal jam 4 pagi esoknya. Zaman kanak kanak saya tak semudah kanak kanak sekarang tapi apa pun saya amat bersyukur dan itu semua adalah kenangan yang sangat manis buat saya hari ini.




Siap bab daun pisang, gunting cili dan siapkan sambal tumisnya pulak. Bila saya kenangkan balik macam tak percaya pun ada. Satu kuali besar tu saya buat sambal tumis ikan bilis untuk jualan 2 hari. Cer suruh dak Farrah tu buat arini, memang haruslah kann.. Masa itu kengkadang hati ni merungut jugak, orang lain seumur saya boleh gi main beskal ngan kengkawan pepetang tapi saya hanya di corok dapo. Kisah benar ni taww.. Menyanyat betul tapi itulah hikmahnya mungkin cukup besar buat saya hari ini.

Buat melepaskan rindu saya pada nasi lemak bungkus daun pisang Mak tu saya buatlah jugak sikit takat makan tiga beranak tapi kalini saya tengah kemaruk daun pandan kot.. hehehh.. Abih semua berdaun pandan dari CREPE PANDAN DURIAN, BENGKANG PANDAN sampailah ker NASI LEMAK PANDAN BERHALBA ni pulak. Takperlah, musim ujan ni daun pandan akak menjadilah pulak. Saya sharelah recipenya kat sini yer..




BAHAN BAHAN :

3 pot rice cooker Beras Basmathi
200 ml Santan Kotak ~~ Ayam brand
5 helai Daun Pandan dikisar dgn 2 cwn air
2 helai Daun Pandan ~~ disiat n disimpul
2 sudu kecil Garam atau secukup rasa
2 ulas Bawang Putih ~~ hiris nipis *
3 ulas Bawang Merah ~~ hiris nipis *
1/2 biji Bawang Besar ~~ dihiris nipis *
1 inci Halia ~~ dimayang halus *
1 sudu kecil Halba
Sedikit Minyak Jagung untuk Menumis
Sedikit Pewarna Hijau ~~ jika suka




Beras tu dibasuh dan ditoskan. Daun Pandan tadi dikisar kasar jer dan perah ambil airnya. Panaskan kuali dan tumis semua bahan bertanda (*) hingga layu. Ini untuk menaikkan bau wangi dalam nasi lemak kita nanti dan juga nasi akan lebih cantek. Tak perlu banyak minyak tu, sekadar dapat melayukan tumisan sudah mencukupi. Kemudian satukan semua bahan di dalam rice cooker dan masak sehingga masak. Saya tak rendam berasmathi tu yer sebab bila masak dalam rice cooker beras tu akan terendam juga pada awalnya. Takut terlebih rendam nanti dia mudah hancur pulak. Sesekali dikacau supaya semua bahan tu sekata. Paling sesuai dimakan bersama Sambal Tumis. Tak kiralah apa jenis sambal pun. Kalini saya buat Sambal Cumiq atas permintaan hubby. 




Pernah dengar tak Sotong Cumiq ni? Biasa kat Langkawi atau kawasan yang berhampiran dengan laut ada. Saya beli kat kampung hubby. Dia anak sotong yang dikeringkan. Sedapp.. layan jer kunyahnya sampai susah nak benti selalu tu. Sebelum masak kena rendam dulu dengan air biasa sampai kembang dan lembut. Tak lama sangatlah rendamnya. Buh air lebih sikit supaya jika ada pasir akan mendak ke bawah. Bila basuh tu, angkat sotong tu perlahan lahan dan alihkan ke bekas lain dan buang air rendaman tadi yang mungkin berpasir tu. Jangan digaul balik dengan air rendaman tu takut pasir tu akan ikut naik balik. Pastu baru bilas sotong tadi. Biasanya saya ulang rendam ni 2-3 kali dan bilas. Insyaallah takkan ada masalah berpasir.




Bila dah bersih sotong tu bolehlah kita buat sambal tumis. Rasanya semua tau kan nak buat sambal tumis. Cuma satu pesan saya untuk mendapat sambal tumis yang sedap, pastikan bawang tumbuk atau kisar yang ditumis tu ditumis sampai keperangan baru masuk cili mesin pulak. Masa tumis cili tu masukkan sedikit garam supaya dia garing cantek. Api kena kecik jer dan biar dia garing perlahan lahan. Dikacau selalu, jangan sampai cili tu hangit. Kalau cili tu tak masak betul atau hangit itulah kegagalan besar dalam membuat Sambal. Pastu masukkan air asam jawa, sotong dan bawang hiris. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Bawang tumbuk atau kisar tu tadi pun sangat penting. Kalau tak, tak sedap rasa sambal tu dan jangan bubuh banyak sangat bawang putih. Saya biasa buh seulas kecik jer. 


Buah Rambutanku yang membuahkan hasilnya tahun ini.. Alhamdulillah..


Sebagai pelengkap saya buh togeder geder dalam bungkusan daun pisang tu ikan bilis goreng, telur rebus yang dibelah 4 dan hirisan timun. Apa yang ada dalam dapo tu jerlah, janji hilang kempunan saya tu. Bila nak makan, bukak jer daun pisang ituuu, Wallahwehhhh.. tak dapat nak kugambarkan keharumannya.. Puas rasa tekak sampai ke hati ni.. hehee.. Kalau nak gi piknik cuti cuti ni buat camni pun best kann.. Senang takyah basuh pinggan. Sesuailah sangat sangat.


Perghhh.. Bau dia laa bila bukak bungkusan daun pisang ni kan.. Tak yah cerita lagi lah.. ;P


Okaylah.. Buat makluman semua, mungkin ini adalah N3 terakhir saya buat bulan dan juga tahun ini.. Mungkin yer.. Saya nak berehat seketika sambil menguruskan segala yang lebih penting dan perlu diutamakan dalam hidup saya. Insyaallah ada rezeki, ada masa saya tampil lagi dan berkongsi lagi buat teman teman yang saya kasihi. Mohon doakan agar dipermudahkan segala urusan saya dan jua maafkan sekiranya ada salah dan silap yang pernah saya lakukan walaupun tanpa sedar di laman ini. Apapun segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari saya, hambanya yang serba kekurangan. Jumpa lagi.. Kalau tak berkesempatan bertemu di sini lagi bagi tahun ini, saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 juga buat semua.. Luv uol.. Muahhh.. :)





16 comments:

julia said...

Morning, wah sedapnyee..

Gee® said...

wow! fengsan....

zila norazila said...

moning kak,
nasi lemak satu bungkus..woww..mantapp..h ehehe..color hijau tue menarik hati x payah basuh pinggan lps mkn buang jew..:)

Anonymous said...

Salam Shiela

Sy sgt tertarik dgn blog ni. Perkongsian ilmu yg detail dan nampak sungguh ikhlas sekali. Sy sgt2 menghargainya. Izinkan sy ambil resepi2 n petua2 yg terdapat di sini utk kegunaan sendiri.

Tq.

kc

Kniedaz said...

Alahai...sedapnya sambal cumiq tu...terus teringat nak beli sotong kering yang besar tu...buat sambal tumis pun sedap..hehe

Qasey Honey said...

slm syg Kak Shiela..
wah tajuk n3 ni..
akak nk g mne..bcuti ker atau ape2 hihi..semoga smuanya dipermudahkan yer kak...hope smua bjalan lancar..
rindu la nti kat akak..slmt thn baru jugak buat akak sekeluarga...insyaAllah kita bjumpa pada thn dpn yer..muahh2..

nasi lemak ni..masak cmne cara pon mesti sedap punya la..paling sedap bile dbungkus dgn daun pisang tu..skrg kalu beli susah dh nak cari yg dbungkus dgn daun pisang..smua dlm polysetrin aje..xbest..klau tringin kena lamwt sdri..nk try jugak ni..

Amie said...

Udah nasi lemak pandan, bungkus lak dengan daun pisang.... wallaaaa nak dua tiga bungkus ni Sheilaaa...

Norzie hany said...

Sedapnya nasi lemak tu,wangi bau daun pandan dan daun pisang.

mama sara nur @ Cik Nor said...

wanginya bau pandan dan taambah sedap dlm daun pisang tu fuhhh k.sheila memanglah sedapp ni
ingat dulu2 zaman sekolah beli nasi lemak bungkus dlm daun pisang he hee

Mamasya said...

Aslmkum sis Shiela.
suka nasi lemak alas daun pisang....wangi je baunya..tambah2 kalau nasi lemak hidang panas.
moga sis dipermudahkan segala urusan...jumpa lagi dg entry2 yg baru.

Shiela said...

Wsalam semua.. Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen.. Maaf jika selalu lewat menjawab, kengkadang tu tak sempat, kadang tu tenet teruk sangat..

Subhie Arun said...

Wow sedap ya... Perfect... Lov ur space .. Hapi to follow u... Hapi if u follow me Balik




http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

Anonymous said...

Nak 'shortcut' garingkan cili dan bawang,gunting cili, basuh, tos, goreng dlm minyak banyak, tos, dah sejuk baru blend. Bawang pulak, hiris, goreng dalam minyak banyak, tos, dah sejuk baru blend. Goreng sekadar garing jgn sampai hangus. Selain dari menjimatkan masa menumis, boleh juga kurangkan minyak utk org yg tinggi kolestrol macam saya. Utk bagi cantik sambal, dah masak saya tuang olive oil sikit. Yg last tu ada org suka rasanya, ada tak.

ameris said...

tetiba jatuh cinta dengan blog ni. gambar sgt menarik, akak guna kamera apa yer?? masakan yg super gojes.

Shiela said...

terima kasih ameris.. saya guna Nikon D90 jer.. :)

Unknown said...

tq..menarik.good sharing.