Tuesday, 6 November 2012

LONTONG vs SAMBAL SOTONG KACANG




ASSALAMUALAIKUM.. JEMPUT MAKAN LONTONG.. ;P

Nampak benor ajak ajak ayamnya tu kann.. hehehh.. Watper tu? Musim musim ujan ni perot yang no school ni mulalaa tak benti benti lapau. Ada jer yang teringin, terasa kat anak tekak ni. Lontong ni pun camtulah, lama betoi dah dok teringin cuma baru nilah sempat nak membuatnya. Bukan tak boleh makan yang di kedai tapi tekak saya ni memang loghat sikit. Lebih puas rasanya makan yang buat sendiri dan semestinya menepati citarasa kita. Apa teragak nak bubuh pun boleh bubuh, baru puas makan kann..

Takmo cakap banyak lagilah, jom kita cerita camner nak buat LONTONG ni. Ramai gak yang dok tunggu resepinya ni tapi tulah bila cuaca lembab ngan mood saya pun ikut lembab sekali. Resepi ni bagi selera saya dan keluarga sendiri memang sedaplah, bagi orang lain tak taulah nak cakap. Cubalah dulu pastu kaborkan ker saya sedap ker idak rasanya kayy..




Kalini saya guna Ketupat segera Adabi untuk nasi impit tu. Cam biasa dan semua orang tahu, rebus 2 jam dengan beberapa helai daun pandan dan sedikit garam. Angkat dan toskan air rebusan dalam tapis. Biarkan betul betul sejuk dulu baru dipotong. Seterusnya kita siapkan KUAHNYA pulak.


BAHAN BAHAN :

1-2 biji Kelapa Parut
250 gm Udang Basah
3 batang Serai ~~ dititik
1/4 inci Lengkuas ~~ dihiris
3 batang Cili Besar *
6-7 tangkai Ciliapi *
5-6 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 kiub Pati Ayam Knorr
Sedikit Serbuk Kunyit
Secubit Gula
Garam Secukup Rasa
Sedikit Mimyak untuk  Menumis
Sayur Cauliflower, Carrot & Kacang Panjang
Pucuk, Soon & Tahu Lampung Secukupnya
Sengkuang pun boleh jika suka




Blend semua bahan bertanda (*). Perah santan dari 1-2 biji kelapa parut. Bergantunglah pada size kelapa tu. Kalau besar sebijik cukup tapi kalau kecik dalam 2 biji bergantung jugalah pada selera memasing nak pekat takat mana. Panaskan minyak dan tumis serai yang dititik bersama bahan yang dikisar tadi hingga garing. Kemudian masukkan santan, serbuk kunyit, kiub pati ayam, hirisan lengkuas, garam, gula dan masak hingga mendidih kejap. Masukkan juga sayur yang keras dulu seperti carrot. Selepas itu baru masukkan udang, pucuk dan sayuran lain. Pucuk jenis simpul yang saya gunakan tu tak perlu rendam lagi. Dia cepat lembut. Kalau guna yang kering tu rendamlah dulu yer. Sayur sayuran tu juga mungkin boleh mengikut pilihan masing masing. Saya cuma suka cauliflower, carrot dan kacang panjang jer. Kacang Panjang tu dipatah patahkan supaya tidak hilang manisnya, kata Mak sayalah dulu. Akhir sekali baru saya masukkan tahu lampung dan soon yang telah direndam dulu. Soon pun tak perlu banyak sangat, nanti dia serap sangat kuah tu. Rasa garam, jika dah secukup rasa siaplah kiranya. Kuah tak perlu banyak sangat garam sebab nanti kita akan makan dengan sambal sotong pun ada garam. Nasi impit pun ada rasa garam juga kan. So, kuah tu biar ala ala manja rasa garamnya.




LONTONG ni memang sedap sangat kalau dimakan dengan sambal tumis. Sambal tumis apa jer pun boleh ajer tapi pilihan saya dan keluarga tetap Sambal Tumis Sotong berkacang. Pastu ada laa pulak Tempe Goreng ngan Telur Rebus kann.. Perghhh.. Wallahhh.. Jomlah nengok resepi SAMBAL TUMIS SOTONG KACANG saya tu kalo nak try..


BAHAN BAHAN :

3 ekor Sotong Rendam size Besar
100 gram Kacang Tanah
9 sudu makan Cili Mesin
1 kiub Pati Lembu Knorr
1 biji Bawang Besar ~~ dihiris
9 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
Sedikit Belacan *
Sedikit Gula Kabung ~~ jika ada
Perahan Air Asam Jawa
Garam dan Gula Secukup rasa
Minyak untuk Menumis
Air Secukupnya




Potong sotong kepada kepingan kecil. Jangan potong terlalu kecil kerana sotong akan mengecut setelah dimasak. Bilas dan toskan airnya betul betul. Goreng sangai kacang tanah, buang kulitnya dan blend dengan air. Selepas itu blend juga bahan bertanda (*). 

Panaskan minyak dan tumis bahan (*) yang diblend tadi hingga garing dan keperangan. Masukkan cili mesin dan masak hingga garing dan hilang bau cili. Pastikan api kecil semasa menumis cili supaya ia masak sempurna dan juga masukkan sedikit garam juga supaya cantek garingnya. Cili mesin ini juga boleh dikurangkan atau ditambah ikutlah nak pedas macam mana. Selepas itu masukkan perahan air asam jawa dan kacang yang diblend tadi. Masak hingga kacang tu kembang. Tambahkan air jika perlu. Jika ada gula kabung boleh juga dibubuh sekali untuk menghasilkan rasa manis manis lemak dan juga mencantekkan lagi warna sambal tu. Setelah kacang tu betul betul kembang, keringkan sambal tu dulu sebelum masukkan sotong kerana sotong ini akan mengeluarkan air lagi. Setelah masukkan sotong, masak sebentar bagi dia kecut sedikit dan pekat sambalnya. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris tadi dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Selamat Mencuba!



10 comments:

Unknown said...

salam Sheila
aduh terlioq lah resepi yg padat ni, semua ada tapi yg tak boleh tahan tang sambal sotong kembang tu huh dpt makan ngan nasi lemak best tu,...

Shiela said...

wsalam Kak Noor.. maseh kak, betul memang sedap betul kalo makan ngan nasi lemak sambal sotong tu.

rahel said...

Salam Sheila...ambo jadi lapar pulak tengok kuah lontong ni...dah lama tak merasa ..

Qasey Honey said...

slm Kak Sheila sygg...
sedapnya tgk menu yg thidang di atas tu..mengancam habisss..

Shiela said...

wsalam Rahel.. jomlaa melontong.. ;P

Shiela said...

Wsalam QH syggg.. lama betul akak memendam rasa nak makan lontong.. ni baru terbuat.. makan puas puas.. hehehh..

ibundo said...

Ni betul-betul dah meleleh air lio ni. Sedapnyer...

Rohah said...

wala kak..ni yg tak sabar nak rasa lontong akak jugak ni..

mama ju said...

salam sejahtera,

Salam kenal. sedapnya, dah lama betul tak buat lontong ..teringin kembali.

RedRose said...

sedapnya! tengok aje pun dh kecur. T__T